The Routines.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 7 : The Routines.

 

Jungkook meletakkan beg kertas yang berisi manisan hasil pemberian Hoseok tadi diatas meja kopi dan mencapai huluran Seokjin yang merupakan anak patung singa tidak berkepala milik Taehyung itu. Jungkook ternonong sedikit sebelum bertanya.

"Woa, apa jadi ni?" Seokjin berdiri dan memandang dua orang yang masih melutut itu. "Hyung Jungkook ni lah, macam budak-budak, sorang mehrong sorang lagi balas dendam dengan gunting kepala patung tak bersalah ni." Mendengar penjelasan Seokjin, Jungkook hanya menggelengkan kepalanya dan meletakkan patung itu diatas meja juga.

"Jadi, apa yang hyung nak buat? Biar dorang melutut je?" soal Jungkook - memandang muka Jimin dan Taehyung satu persatu. Seokjin mengangkat bahunya dan bertanya kepada Jungkook tentang barang yang dia bawa pulang. "Apa barang yang kau bawa tu?"  Jungkook menepuk tangannya dan tersenyum lebar.

"Cakes Hoseok hyung bagi!" Kepala Jimin dan Taehyung terdongak serentak memandang beg kertas yang berada diatas meja kopi itu tetapi tunduk semula tatkala pandangan mata mereka bertemu dengan Seokjin. "Hm? Hoseok?" soal Seokjin. "Hm  Dia yang hantar Guk dan Hana pulang tadi, kitaorang sempat singgah kafe yang Hana dan Hoseok jaga." Seokjin mengangguk dan sebelum sempat dia bersuara.

Jungkook berkata lagi. "Oh yeah, Hoseok hyung ada call hyung?" Seokjin menggelengkan kepalanya. "Uhm, kenapa?" Jungkook tersengih dan menyiku Seokjin. "Nanti hyung tahulah." Seokjin masih dalam kehairanan - hairan kenapa Hoseok akan menelefonnya nanti dan hairan kenapa dia tidak pernah melihat kelibat telefon berwarna merah jambunya itu. 

Seokjin menyediakan makanan yang Jungkook bawa itu dan mengabaikan dua pasang mata yang sedang meminta simpati. Sementara Seokjin berada didapur. Jimin memanggil Jungkook yang mahu naik ke tingkat atas. "Psst, Kookie." Pada mulanya Jungkook tidak dengar. "Pssst Jungkookie!" Jungkook menoleh dan memandang Jimin. "Hm?" Jimin memanggil Jungkook agar datang dekat padanya.   "Tolong cakap dengan Seokjin hyung?" Jimin berbisik. "Alaa, kan salah kau sendiri. Cakaplah dengan Seokjin hyung atau kau minta maaf dengan Tae hyung ke?" Jimin berdengus. Dia menjeling Taehyung dan Jungkook. "Kalau tak nak, melututlah korang dua sampai esok." Jungkook bersuara sebelum meluru naik ke tingkat atas - membersihkan dirinya.   Jimin berdengus, berulang kali dan Taehyung daripada tepi memandangnya. Taehyung mengeluh dan berdiri, meninggalkan Jimin bersendirian di situ hanya untuk pergi ke dapur. Dari situ Jimin boleh dengar suara Taehyung menyapa Seokjin dengan manjanya.    "Hyuuung..."   Seokjin menoleh sebentar sebelum menghadap sinki semula - membasuh tangannya. "Kenapa?" soal Seokjin. "Hyung, Tae nak minta maaf, mm?" Seokjin menutup paip air dan kali ini sepenuhnya menghadap Taehyung dengan muka kasihannya itu. "Okay, sekarang Tae dah sedar belum. Apa salah Tae?" soal Seokjin. Taehyung menganggukkan kepalanya.   "Jadi boleh bagitahu hyung apa yang Tae buat sebenarnya?" Taehyung menjilat bibirnya yang terasa kering itu sebelum berkata. "Tae, mehrong Chim tadi dan mehrong orang tak baik." Seokjin tersenyum dan mendekati Taehyung - meletakkan tangannya diatas bahu pemuda itu.   "Baguslah Tae sedar, sekarang ambil pinggan-pinggan kek tu letak atas meja makan dan panggil yang lain makan." Jelas Seokjin. "Uh. Chim?" Seokjin mengeluh. "Budak tu takkan datang sendiri untuk minta maaf. Lagipun dia belum makan dari tadi. Panggil jelah." Taehyung mengangguk sebelum mula bergerak.   ●~●   what happened to you?    Hana memandang mesej terakhirnya yang dia hantar kepada Yoonsun beberapa puluh minit lepas namun masih belum dibalas. 'Ada masalah lagikah keluarga dia?' duga Hana sebelum duduk dengan tegak dan meletakkan telefonnya diatas katil. Dia berjalan dan berhenti apabila berhadapan dengan tingkap rumahnya. Memandang keluar - sunyi seperti biasa dan menoleh ke sisi, tertanya-tanya apa yang sedang jiran-jirannya lakukan.   'Eyy penyibuk pula kau ni,' bisik Hana sebelum menggelengkan kepalanya laju. 'Esok takde kelas, mungkin aku patut pergi kafe esok.' cadang Hana sebelum melangkah untuk pergi ke bilik air, tapi langkahnya terbantut apabila teringat akan sesuatu.   'Aku kena cakap dengan dorang pasal giliran bersihkan kolam mandi kat belakang tu! Tapi bukan hari ni of course.' bisiknya dan berfikir sejenak. "Bila eh?" Soalnya kepada diri sendiri. Hana mengeluh dan mengangkat bahunya sekali sebelum betul-betul masuk ke dalam bilik air, memandangkan esok dia tidak perlu bangun begitu awal - Hana mengambil keputusan untuk merendamkan dirinya didalam tab mandi setelah memastikan air mandiannya suam-suam kuku dan sedikit cecair mandian wangian lemon yang menjadi pilihannya. Matanya terpejam dan bibirnya mengukir sedikit senyuman kerana sudah lama dia tidak rasa tenang sebegini rupa. 'Aku patut buat macam ni selalu' bisiknya lalu turun kebawah lagi, meninggalkan hidung dan matanya berada dipermukaan air sementara yang lain semuanya direndam bersama.    Keesokkan harinya tiba dengan sukar, ya. Sepatutnya hari itu Hana akan bangun lebih lewat daripada biasa dan bersantai dirumah tetapi bunyi kecoh yang datang dari sebelah rumahnya membuatkan Hana terjaga awal dan bunyi telefonnya berdering-dering membuatkan Hana kini berada diruang tamu rumahnya dan membaca mesej yang Yoonsun hantar kerana dia terlepas panggilan Yoonsun sebanyak 7 kali.   sorry Hana, tolong Tae dgn Jimin pergi campus? Aku tak dpt dtg pagi ni   Dahi Hana berkerut bukan kerana malas hendak membantu jirannya itu tetapi bimbang kerana temannya, Yoonsun seperti ada masalah besar sejak daripada semalam. Hana mengeluh.   meet up hari ni boleh? kat kafe   Tidak lama itu Yoonsun balas. Can't babe :(   Hana mencebik sebelum perasan ada satu lagi mesej yang masuk tetapi bukan daripada Yoonsun.   Hana, boleh keluar jap?   'Okay, siapa ni?' bisik Hana sebelum bangun dari tempat duduknya - setelah memastikan pakaiannya selamat untuk keluar tanpa berasa sejuk yang amat, Hana keluar dan melihat Jungkook berada dihalaman rumahnya. Mata Hana sempat mengerling ke arah pintu masuk rumah Jungkook tetapi tiada sesiapa selain pintu rumah mereka yang terbuka luas.   "Kenapa?" soal Hana, melihat Jungkook yang lengkap berpakaian kasual, seperti hari kebiasaan dia mahu pergi ke kelas. Jungkook ada kelas lainkah? "Sorry sebab ganggu kau pagi ni tapi boleh bagitau aku macam mana nak pergi kampus guna bas?" soal Jungkook terus ke poin utamanya memanggil Hana keluar.   "Oh, yeah-" Yoonsun takde. Hana berdehem dan bersuara lagi. "Pergi Subway je memang ada kereta api bawah tanah yang berhenti betul-betul kat seberang Wonju Campus. Kau takde kelas kan?" Jungkook menggelengkan kepalanya. "Hantar hyungdeul lah, Seokjin sibuk bersihkan rumah."    Hana tersenyum dan bersuara. "Jelas kan?" Jungkook mengangguk. "Thanks Hana." Hana menganggukkan kepalanya sebelum melihat Jungkook menoleh dan memanggil Taehyung dan Jimin yang tidak lama selepas itu keluar.    "Guk, boleh je kitaorang tak payah pergi kelas hari ni, macam kau dan Hana." Jimin berkata sebaik saja berdiri dihadapan Jungkook. Hana memerhati. "Merepeklah, kau dahlah buat Jin hyung bengang semalam, masih nak ponteng kelas!" Jimin mencebik sedepa sebelum matanya teralih ke belakang dimana Hana sedang berdiri - wajahnya berubah menjadi ceria seperti sang matahari pagi ketika matanya bertembung dengan Hana.   "Morning Hana!" Hana menyapa kembali kerana dia tidak mahu merosakkan mood sesiapa di pagi yang indah itu. "Dah sarapan!?" soal Jimin dan Hana menggelengkan kepalanya sebagai jawapan sebelum matanya memandang Taehyung yang berada dibelakang Jimin.   "Taehyung? Senyap je?" Hana bersuara. "Uh, hm well, err- apa kata kita pergi dulu?" Jimin bersuara. "Jomlah." Lalu mereka bertiga melangkah kehadapan sambil mengucapkan selamat tinggal kepada Hana. "Jumpa lagi!" Hana hanya menganggukkan kepalanya.   "Yeah, mestilah, korang kan tinggal kat sebelah je." bisik Hana perlahan sebelum menoleh dan mahu masuk ke rumahnya tetapi langkahnya terhenti sesaat untuk melepaskan satu bersin yang kuat.   "Ugh, I hate coldness!"    Sebaik saja dia masuk ke dalam rumahnya, rasa panas dan nyaman menyapa Hana. Dia menghela nafas yang lega sebelum menghempapkan dirinya diatas sofa. 'Aku patut tidur lagi' bisiknya sambil memejam matanya erat - satu, dua, tig- telefonnya berdering. Dahinya berkerut secara automatiknya. Namun dia jawab juga kerana dia sempat mengerling ke arah nama si pemanggil.   Hoseok.   "Huh?" Hana berdengus. "Amboi, sapalah abang kau yang kacak ni." Hoseok menjawab dihujung talian. Hana menjulingkan matanya keatas dan berkata. "Morning, dan apa kau nak?" Dia boleh dengar yang Hoseok ketawa mengekek dihujung sana.   "Hana-ssi, aku ada tugas nak bagi kat kau memandangkan hari ni kau takde kelas." Kerutan didahi Hana kelihatan sedikit sebelum ianya hilang sepenuhnya. "Yeah, aku tau. Tapi petang sikit aku datang kafe." Hoseok ketawa lagi. "Good tapi bukan tu sebab aku call kau." Dahi Hana kembali berkerut. "Habis tu?" Hoseok berdehem. "Aku nak tanya Jin, pasal dia nak tak jadi chef kat kafe kita tu. Sebab dia pandai masak dan suka masak." Belum habis Hoseok bercakap Hana mencelah. "Jadi? Apa kena mengena dengan aku?"   "Ugh Hana, aku tak habis cakap lagi!" Hana mengeluh dan berkata. "Okay, Sorry." Kemudian Hoseok sambung bercakap. "Tapi aku tak dapat hubungi dia. Asyik masuk peti suara je dan bila aku tanya adik-adik dia semalam dorang kata mungkin Jin hyung dorang sibuk. Kan kau takde kelas. Pergi sebelah dan tanyakan dia since you're the manager of Army Cafe." Hana berfikir sejenak. "Tapi, aku urus kafe je kau yang bertanggungjawab ambil orang bekerja kan? Why me?"    "Yah! Jung Hana, kau kat sebelah rumah dia je aku ada kira-kira 20kilometer jauh dari dia. Kau nak aku tinggalkan kafe semata-mata nak pergi Hannam-dong?" Hana mengetap bibirnya - geram sebelum menjawab.   "Fine." Baru saja Hoseok mahu berkata sesuatu Hana sudah menutup telefonnya. Mencebik panjang. 'Menyampahnya Hoseok ni.' bisik Hana perasan ada satu mesej masuk dan ianya daripada Hoseok.   Tanya dia kalau dia berminat dan bagitau dia benefits kerja dengan kita!   "Benefits apa lagi? Buat kafe macam rumah sendiri?" Soal Hana kepada dirinya sendiri sambil membaca mesej daripada Hoseok itu berulang kali - tiba-tiba saja dia teringatkan pekerja lamanya yang merangkap ketua chef lama kafe mereka, Joowon. Lari kerana meletupkan dapur sekali dan mujurlah yang meletup itu hanya kuali yang terlampau panas dan tidak mencederakan sesiapa - itu adalah kerana Hoseok punya prinsip yang entah apa-apa; "Pekerja kita, rumah kita semuanya ada kat sini, di Army Cafe." Hana mencebik lagi. "Rumahlah sangat." Omelnya sebelum duduk tegak dan berdiri. Dia perlu mandi sebelum pergi berjumpa dengan Seokjin.    Jimin dan Taehyung duduk bersebelahan - berhadapan dengan mesin jual tiket yang Jungkook sedang guna untuk mendapatkan tiket mereka ke kampus mereka. Masing-masing senyap kerana perang dingin mereka masih berlangsung - itu apa yang Jimin fikir kerana sejak daripada semalam Taehyung hanya mendiamkan diri dan kurang hyper seperti kebiasaannya.   Jimin semakin risau - risau akan kehilangan Taehyung yang ceria, Taehyung yang alien dan Taehyung yang bodoh. Jimin muncung sedikit tatkala perkara itu bermain-main difikirannya. Jimin menoleh dan memandang Taehyung yang sedang memandang kehadapan - mungkin memandang belakang Jungkook.    Jimin berdehem beberapa kali cuba menarik perhatian Taehyung tetapi akhirnya dia tetap diabaikan. Jimin mengeluarkan sesuatu dari begnya sebelum menyiku Taehyung. "Tae," Taehyung menoleh ke sisi dan menaikkan satu keningnya yang tebal itu. Jimin menghulurkan Taehyung sesuatu dan kali ini kedua kening Taehyung terangkat.   "C-chim." Jimin masih menghulur. Tae
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...