The Weirdos.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 1 : The Weirdos.

 

"Daripada kita tak buat apa, asyik duduk diam macam tunggul tunggu lori yang bawak barang kita dan dua ekor monyet tu, apa kata kita-" 

"Chop, chop!" Jungkook mencelah Jimin - dia tahu benar pasti Jimin ada sesuatu yang tidak senonoh bermain didalam fikiran sempitnya itu. Jungkook memandang Jimin dengan mata sengaja dikecilkan sebelum dahi si diva itu bekerut dan menjeling Jungkook.

"Apa?!" Soalnya jelas rasa menyampah kerana sudah terang lagi bersuluh tidak ada seekor makhluk pun dibenarkan memotong ayat Park Jimin. Tidak ada! Jimin menggelengkan kepalanya perlahan penuh dengan emosi tatkala ayat itu terngiang-ngiang ditelinganya dengan halus seperti bisikan angin malam yang sayup.  

"Ugh. Lantaklah. Jangan buat benda tak senonoh sudahlah.." Jungkook bersuara sambil tunduk memandang ke arah skrin telefonnya. Membuatkan Jimin menjulingkan matanya ke atas dan si diva itu berpeluk tubuh dan dalam diam memaki hamun Jungkook sebelum berkata; "Please lah , aku cuba cadang kita pergi rumah sebelah, panggil dia untuk tolong kita berkemas!"  lalu tertawa - bangga dengan cadangan yang dia sangka bernas sungguh itu. "Hey! Kenapa aku rasa macam tak kena je cara kau sebut Kook hah?" Jungkook bersuara sambil matanya membuntang memandang Jimin yang masih tergelak bagai nak gila. Bagi Jungkook tawa Jimin itu persis nenek sihir yang berjaya menghasilkan mantera baru. Dahi Jungkook terkerut sedikit sebelum mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja gelaran tidak kena yang Jimin gelar dia tadi dan berkata - nadanya jelas kedengaran sedikit ragu-ragu dengan cadangan Jimin itu. "Hm..tak melampau ke kau suruh jiran tolong kau kemas? Dahlah baru kenal.." 

"Melampau kau kata? Hello encik Jungkook Jeon yang takdelah kacak sangat pun tapi bajet kacak. Dengar sini eh- Kita sebagai manusia eh salah. Salah. Ehem. Kita sesama jiran kenalah membantu antara satu sama lain disamping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita da-"

Maka kepala Jimin dihempuk kusyen yang Jungkook baling sekuat hatinya. 

"Yah! Jeon Jungkook!" Jimin menjerit lantang - bengang dengan tindakan tiba-tiba Jungkook itu.

"Jangan merepeklah. Idea kau tu kurang bernas langsung!" Jungkook menunjukkan yang dia memprotes - sangat memprotes!

"Kau, kau tunggu! Seokjin dan Taehyung balik nanti hmph! Kita undi!" 

Kali ini Jungkook menjulingkan matanya ke atas malas hendak ambil tahu dengan cadangan bodoh Jimin itu. Jungkook mengeluh untuk kesekian kalinya sehinggalah bunyi sebuah kenderaan memarkir dihadapan rumah mereka kedengaran. Jimin melompat dari tempat duduknya dan keluar sambil memekik ceria "Seokjinnie hyung dan Taehyungie dah pulang!" Jungkook hanya menggelengkan kepalanya dan melangkah keluar juga. Seokjin dan Taehyung berhenti dihadapan mereka sambil memandang sekeliling. 

"Sedia nak angkat?" Soal Seokjin. Jimin mengedip-ngedipkan matanya dan mengangguk laju. Maka mereka berempat serta pemandu lori itu bertungkus-lumus untuk mengangkat semua kotak-kotak, bagasi serta beberapa perabot, tilam dan sebuah televisyen masuk ke dalam rumah tanpa berkemas! Seperti yang Jimin kata tadi ketika pemandu lori tersebut bertanya dimanakah dia patut meletakkan barangan yang dia angkat. "Kita sumbat je. Kita sumbat dulu. Nanti kemas!" 

Jungkook mengerling ke arah jam tangannya yang tepat menunjukkan pukul sebelas pagi sebelum dia berdiri disebelah Taehyung yang sedang memerhatikan rumah mereka dari pintu hadapan tanpa bergerak walau seinci pun kerana rupa rumah itu adalah sama saja seperti tongkang pecah.

"Ni semua semua kau sumbat punya pasallah!" Jungkook menyerang Jimin dengan suara lantangnya - Jimin tidak dapat menahan dirinya daripada terus melatah tatkala ditengking Jungkook. Seokjin menahan Jungkook - takut kalau budak itu menyerang Jimin dengan satu tumbukan atau sepakan maut. Membayangkan saja kejadian itu membuatkan Seokjin tergeleng kepalanya laju - cuba membuang imej bayangan negatif itu jauh daripada benaknya.

"Tapi kau orang semua setuju juga sumbat kan!?"

"Kau-!"

"Takde guna pun bergaduh sumbat tak sumbat sama je barang-barang ni takkan kemas." Taehyung yang sedang mengorek hidungnya mencelah. Ketiga mereka mengalihkan pandangan kepada Taehyung. "Sama macam korek hidung. Banyak tahi hidung tersumbat tapi hanya bersih lepas kita korek. Kan kan? Hehe..." Jungkook, Jimin dan Seokjin terngadah kecil disitu hairan dengan kata-kata Taehyung serta perumpamaannya yang entah apa-apa itu. "A-aku salah cakap ke?" soal Taehyung wajahnya sedih saja menunggu jawapan. Seokjin menggelengkan kepalanya sebelum mereka berempat mengeluh bersama.

"So!" Jimin menepuk tangannya sekali. "-Aku nak pergi tegur jiran sebelah kita dan ajak dia ke sini untuk tolong kita kemas. Siapa setuju sila angkat ta-" Sekali lagi ayatnya belum habis disebut dia sudah boleh melihat Seokjin dan Taehyung menuju ke pintu utama. Sambil bercakap sesama sendiri tentang bagaimana hendak menyapa jiran baru mereka. Jimin tersengih puas dan menoleh memandang Jungkook yang hanya mampu terngadah memandang ketiga hyungdeulnya itu – Jimin sempat menjelir lidah kepada Jungkook sebelum mengekori langkah Seokjin dan Taehyung keluar.

"Seokjin hyung! Taehyungie hyung! Jangan khianati aku-!" Namun jeritan dramatik Jungkook itu diendahkan seratus peratus oleh ketiga hyungdeulnya yang sudah tekad hendak menebalkan muka meminta pertolongan daripada jiran sebelah rumah mereka yang dihormatilahsangat.   Akhirnya mereka berempat berdiri tegak seperti para prebet dihadapan pintu rumah jiran sebelah mereka.   "Tekan loceng." Arah Jungkook kepada Seokjin yang berada paling dekat dengan loceng rumah. Seokjin menekannya berkali-kali tapi loceng itu seakan tidak berfungsi kerana tiada sebarang cahaya sebagai gerak balas muncul. Taehyung pula berkerut dahi dan mengangkat tangannya keudara sebagai tanda untuk mengarahkan Seokjin berundur. Dia mengambil satu langkah maju kehadapan mendekati mesin loceng yang tidak bersalah itu dengan dahi terkerut - lagaknya seperti seorang profesor tua sedang merungkai misteri formula rumit milik molekul-molekul udara di Marikh. Jimin, Jungkook dan Seokjin pula terngadah melihat Taehyung. "Kenapa? Taehyungie?" soal salah seorang daripada mereka. Taehyung mengusap dagunya perlahan dan kepalanya terangguk-angguk. "Hm.. sah." Omelnya. "Apa yang sah? Siapa yang kahwin? Saksi seorang lagi siapa? Heol! Jawablah. Kim Taehyung!" Jimin bersuara hampir menjerit tapi Jungkook sempat menepuk belakang kepalanya menyuruh agar Jimin mengawal suaranya dan apa yang Jimin lakukan selepas itu adalah ketawa mengekek dan memberitahu mereka yang dia saja hendak bergurau kerana bosan.    "Tae. Kenapa dengan loceng tu? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Seokjin bersuara setelah  Jimin dimarahi Jungkook agar berhenti ketawa mengekek. Taehyung menekan loceng itu berkali-kali dan bersuara "Memang sahlah. Loceng rumah ni rosak."   Jungkook menepuk dahinya - perlahan dia mencarut dan menahan dirinya untuk tidak membelasah Taehyung yang sedang khusyuk mengusap loceng rumah itu dan kadang bersuara dengan nada kecil dan sedihnya "Nanti. Taetae suruh harabeoji tukarkan bateri awak eh?" Atau kedengaran begini. "Siannya dia...dah lama sakit takde siapa nak rawat huhu.."    Jimin pula terkejut dan melatah tidak tentu pasal mungkin sebab bunyi tepukan dahi Jungkook yang bukan alang-alang lagi kuatnya. Atau mungkin juga sebab dia sama gila seperti Taehyung. Duga Jungkook yang masih cuba mengisi parunya dengan kapasiti udara yang mencukupi untuk membuatkan dirinya berasa lebih bertenang.   "Kalau macam tu ketuk jelah pintu.." Seokjin bersuara sekaligus mengetuk pintu itu dengan kuat sekali - Mata Jungkook, Jimin dan Taehyung teralih ke arah Seokjin yang seakan hendak merobohkan pintu jiran sebelah rumah mereka itu. "Harini kan Ahad, mungkin jiran kita masih tidur ke?" Taehyung bersuara lagi membuatkan Jimin mengetuk pintu itu dengan kedua buku limanya pula - kalau Seokjin tadi seperti hendak merobohkan pintu itu. Kali ini Jimin mengetuk seperti dia menumbuk beg penumbuk yang tergantung di gim kegemarannya.   “Yihah!”   Hampir 25 minit juga mereka mengetuk barulah pintu terbuka. Seokjin dan Jimin berhenti mengetuk sebaik saja melihat pintu dikuak dan mempamerkan seorang perempuan yang sangat-sangat serabai. Figuranya lebih kurang seperti pontianak yang hilang anak. Mereka berempat terkejut tapi memberikan reaksi biasa kerana mereka tahu tiada hantu pada siang hari dan Taehyung tidak segan menjerit kegembiraan dek kerana melihat benda itu dihadapan matanya.   "Hi! Awak pontianak ke? Cool gila! Gem-" Belum sempat Taehyung yang teruja tiba-tiba itu menghabiskan ayatnya - lengan gagah milik Jimin menolak kuat tubuh keding Taehyung itu ke tepi sehingga dia hampir memberikan ciuman pertamanya pada dinding rumah yang sudah pudar warnanya itu. Taehyung berdengus perlahan menjeling tajam ke arah Jimin tapi tidak menghalang dirinya untuk berdiri disebelah teman-temannya lagi.   "Hi jiran baru! Kami jiran baru sebelah rumah awak je!"  Jimin yang memulakan perbualan memandangkan semua ini adalah ideanya.    Namun pintu ditutup sebaik saja dia bersuara lantang.   "Omo- Kookie takutkan dia!" Jimin menjerit - menekup kedua pipinya sambil mulutnya ternonong luas.   "Siapa nak tolong kita kemas barang?" Soal Seokjin kekal bertenang.   "Aku dah kata idea ni lame." Jungkook bersuara sebelum matanya membuntang memandang Jimin. "-Eh jap. Hoi! Kenapa aku pula yang takutkan dia?!" Soal Jungkook bengang - Taehyung terangguk-angguk melihat hidung Jungkook yang kembang-kempis dan mengeluarkan asap imaginasi miliknya. Jimin mengedipkan matanya dan cuba bersuara untuk menenangkan hatinya sekaligus cuba untuk mengabaikan Jungkook dan tidak lama itu pintu dibuka semula. Jiran mereka meminta maaf kerana menutup pintu secara tiba-tiba dan mereka berempat faham kerana tiada siapa mahu dilihat sebaik saja baru bangun tidur kan?   Mereka berkenalan sebentar cukup hanya nama dan berapa orang penghuni yang tinggal didalam rumah itu. Dan yang mengejutkan hanya dia seorang saja yang huni rumah itu dan Jimin sempat lagi mengusik "Untunglah awak dapat 4 orang jejaka gagah sebagai jiran awak-" sebelum ditarik oleh Jungkook untuk pulang ke rumah mereka.   Dia sempat menoleh dan menjerit sebagai pesanan kepada Hana.   "Hana-ssi nanti datang yer! Tak gosok gigi pun takpe!"    "Jangan harap aku nak datang!" Hana menjerit dalam hati sebelum menghempap pintu rumahnya dengan kuat. Macam-macam perkataan kurang bermoral yang keluar daripada mulutnya. Tapi plot telah terpintal apabila -   Hana datang.   Hana betul-betul datang!   Sebagai jiran yang bagus. Konon. Hana telah memaksa dirinya yang malas itu agar bangun dan mengheret kakinya keluar dari rumah dan pergi ke rumah sebelah. Hana memujuk dirinya yang hanya sekali ini saja dia tolong dan bercakap dengan jirannya memandangkan dia memang mempunyai status dan nama yang baik diberi oleh kawasan kejiranan mereka itu. Jadi! Hana tidak boleh merosakkan namanya yang baik itu hanya kerana tidak mahu membantu 4 orang jejaka baru pindah masuk ke rumah yang betul-betul terletak disebelah rumahnya.   Senyuman Hana dilebarkan tatkala Jungkook membuka pintu - mempelawa Hana masuk. Terdetik dihati Hana kenapa mereka yang baru pindah masuk dan hendak mengemaskan rumah menutup pintu? Keningnya terangkat satu sebelum kedua-duanya terangkat apabila dia terdengar Jungkook berkata. "Jimin kata kalau tak tutup pintu ada orang ambil kesempatan dalam kesempitan." Hana mula terpinga-pinga dan memandang Jungkook tanpa mengedipkan matanya. ‘Uish. Budak ni. Dia dengar ke apa aku cakap tadi. Okay scarynya!’  Hati kecil Hana berbisik lagi.    "Ya. Aku ada dengar dan sebab bahayalah kau kena hati-hati. Kitaorang pun sama." Jungkook berkata membuatkan Hana mula berasa bagai hendak pengsan disitu tapi dia menarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang.   ‘Memang sah dia boleh dengar apa yang aku cakap dalam hati! Heol!’ jerit hati Hana dengan kuat apabila dia melihat Jungkook menghilang masuk ke dalam ruang dapur. Hana ditinggalkan disitu dan keliru kerana dia tidak tahu hendak berbuat apa. Dia memandang sekeliling sebelum mengambil keputusan untuk merempuh kotak-kotak yang bertaburan ditengah jalan sepanjang lorong ke arah dapur.  Baru saja dia memasang langkah pertama satu kelibat muncul daripada timbunan kotak itu dengan memakai topeng serigala yang sudah kelihatan usang. Serigala itu menjerit. Hana turut menjerit kerana terkejut bercampur dengan ketakutan serta bengang. Maka Jeritan serigala dan Hana bercampur-baur menjadi satu bunyi yang sangat tidak harmoni dan mengumpulkan semua penghuni rumah disitu.   Jimin menendang punggung serigala itu sehingga topeng muka itu tercabut daripada kepalanya. Jeritan Hana turut mati. "Yah! Kim Taehyung! Kenapa kejutkan tetamu kita macam tu!?" kali ini Jimin yang menjerit - lantang sekali. "Omo. Hana, sorrylah. Budak-budak memang macam ni." Kata Jimin - suaranya bertukar menjadi lembut dan senyumannya pula lebih manis daripada biasa yang berjaya membuatkan Jungkook dan Taehyung berlari ke dapur untuk memuntahkan hijau, merah atau pelangi. Hana tidak boleh menahan dirinya daripada terus tersenyum sinis memandang Jimin - lebih-lebih lagi penampilannya. 'Kata seorang budak yang memakai apron berkartunkan Pororo dan topi keledar Pororo dikepalanya. Wow. Hana wow. Kau dapat jiran yang sangat- unik.' Bisik hati Hana diakhiri dengan keluhan sebelum dia sedar yang dia diarahkan oleh Jimin untuk mula mengangkat kotak-kotak kecil naik ke tingkat atas.   45 minit berlalu.   Hana meletakkan bingkai gambar yang dia angkat diatas lantai untuk berehat sebentar tapi dia mengambil kesempatan untuk melepaskan keluhan terberat yang dia ada. 'Omg nilah hari Ahad aku yang paling buruk dan BURUK- Kalau aku tau lah jadi benda macam ni.. dah lama aku sambu-'   "Hana! Bingkai gambar tu letak kat bilik saya yer, gitar tu suruh Jungkook bawak sendiri." Suara Jimin yang menyakitkan hati itu lantang saja menganggu Hana yang sedang dalam kebengangan kerana ketenangannya sudah tidak ada lagi.    Hana menoleh memandang Jimin dengan senyuman dan melangkah laju pergi ke bilik Jimin dengan dahi terkerut dan dia berdengus perlahan. 'Menyampah!' Jerit hatinya lalu meletakkan bingkai gambar yang Jimin maksudkan diatas katil. Dia melihat bingkai  gambar bersaiz sederhana besar itu dan ada ianya adalah potret empat orang kanak-kanak. Suasananya berada ditepi pantai dan keempat kanak-kanak itu seakan berlari. Namun tafsirannya diganggu oleh suara yang datang daripada pintu masuk bilik itu.   "Kau janganlah ambil hati sangat dengan mulut Jimin tu eh. Dia memang lantang macam tu. Aku dah cakap dah tak payah susahkan orang tapi dia nak juga panggil orang tolong kemas." Hana menoleh dan mendapati Jungkook masuk dengan beberapa lagi bingkai  gambar bermacam saiz dan semuanya agak besar. Hana tersenyum dan bersuara "Tak susahlah...Lebih ramai lagi senang kerja kita kan?" Jungkook tersenyum janggal dan meletakkan para bingkai yang dia bawa ditepi dinding. "Nasib baik kami dapat jiran sebaik awak." Kata Jungkook perlahan dan Hana langsung tidak mendengarnya.   "Korang memang rapat eh?" Soal Hana tiba-tiba. Kening Jungkook terangkat dan memandang Hana yang sedang perhatikan gambar dan potret mereka berempat.    "Oh. Haha, rapatlah juga. Daripada kecil kitaorang duduk rumah anak yatim sama-sama. Sehinggalah atuk Jimin cari cucu dia dan tinggalkan sedikit duit untuk cucunya dan bbam! Kitaorang beli rumah ni sebab Seokjin hyung kata rumah penting. Jelas Jungkook. Hana tersenyum. Rumah memang penting tapi kenapa mesti disebelah rumahnya!? Hana melepaskan keluhan yang berat secara mentalitinya. Ah. Cakap pasal Seokjin - lelaki tampan berdada bidang itu. Sejak daripada dia masuk kedalam rumah itu tidak pernah lagi dia ternampak Seokjin. Hana memandang Jungkook semula. Jungkook mengangkat keningnya ketika memandang Hana. "Err-  Tak silap aku korang berempat kan? Lagi seorang mana?" soal Hana. Entah kenapa dia sibuk saja menjaga tepi kain jiran barunya itu. Hana memarahi dirinya secara senyap-senyap dan berhenti apabila terdengar Jungkook bersuara "Kat dapur kot? Daripada pagi dia kemas dapur tu tak siap-siap juga." Kening Hana terangkat satu. "Tak bantu dia ke?" soal Hana. "Ah tak perlu. Haha. Dia cukup kuat untuk buat benda tu seorang diri." Jelas Jungkook diakhiri dengan senyuman penuh makna. Yang Hana terlepas pandang.   Seokjin mengerling ke arah pintu masuk dapur. "Manalah budak-budak ni pergi? Tadi kata kalau dah siap angkat barang
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...