The Struggles.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 4 : The Struggles

 

"Jungkookie, opern da douh!" Jimin bersuara sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Jungkook. "Kookie ah, buka pintu. Nanti ada monstre kat bawah katil Kookie macam mana?" Kali ini Taehyung pula bersuara - cuba menarik perhatian Jungkook yang sepertinya sedang mengurung diri didalam biliknya. Seokjin berada ditepi mereka - tidak berdaya untuk memujuk Jungkook yang semakin lama semakin degil.

 "Yah! Pintu tak kunci dan aku mana ada katil!" Jerit Jungkook dari dalam bilik kedengaran. Seokjin menjeling Jimin dan Taehyung sambil memulas tombol pintu bilik itu. Mereka bertiga kini berada didalam bilik Jungkook dan Jungkook sedang membaca buku - menghiraukan kehadiran para hyungdeulnya itu. Jimin menyucuk pipi Jungkook perlahan dan menerima jelingan tajam daripada Jungkook.

"Apa!?" soalnya - garang.  Jimin melompat kebelakang dan bersorok dibelakang Seokjin. Seokjin mengeluh perlahan. "Kookie, kenapa ni?" soal Seokjin perlahan. Jungkook masih memandang ke arah bukunya dan Taehyung memerhatikannya dengan kedua keningnya terangkat. "Uh- Guk, kau baca buku terbaliklah." kata Taehyung.

Jungkook berdengus dan mendongak - memberikan Taehyung jelingan tertajam yang dia pernah ada. Seokjin sempat memarahi Taehyung dan menyuruh lelaki kasihan itu berundur kebelakang. Taehyung mencebik dan menurut saja. 

"Okay, sekarang bagitahu hyung siapa buat Kookie bad mood sampai jadi macam ni?" Seokjin bertanya lagi, kali ini dia mengambil tempat duduk disebelah Jungkook. Jungkook menutup bukunya dan muncungnya kelihatan sedikit ketika dia mengangkat dagunya hanya untuk memandang Jimin dan Taehyung berselang-seli.

Seokjin faham dan lantas memberikan jelingan tajam kepada dua makhluk itu. Jimin dan Taehyung membulatkan mata mereka serentak dan mahu berkata sesuatu untuk mempertahankan diri masing-masing tapi pandangan Seokjin itu membuatkan kata-kata mereka tersekat ditekak sendiri.

"Huh, well, okay. Hyung tahulah apa nak buat kat dorang nanti. Tapi Kookie boleh bagitahu apa dorang buat?" Seokjin bersuara menyebabkan Jungkook mengeluh berat. "Hyung," Jungkook bersuara tidak lama itu membuatkan semua mata kini memandangnya.

"Come on kookie. Do tell us." Seokjin berkata cuba memujuk Jungkook untuk meneruskan ayatnya. "Yeah du taer us." Taehyung mencelah dan dia menerima satu lagi jelingan tajam daripada Seokjin. Taehyung mencebik lagi sambil berbisik. "Okay, aku senyap." Seokjin menepuk perlahan bahu Jungkook.

"Cakaplah kenapa?" Seokjin berkata lagi. "Guk- Guk... malu dengan Hana..." Jawab Jungkook dan perlahan saja dia menyebut nama Hana tetapi cukup untuk mereka semua dengar kecuali Taehyung yang berkata selepas itu. "Haha? Malu dengan Haha? Wae?" Jimin berdengus dan memijak kaki Taehyung sekali.

"Hana! Jung Hana bukan Haha!" Taehyung mengangkat kedua tangannya keudara dan berundur sekali. "Yah okay, aku minta maaf tapi janganlah gelakkan aku!" Dan kali ini mereka memilih untuk menghantar Taehyung keluar dari bilik Jungkook sebelum betul-betul mengunci bilik itu kerana mereka masih perlu memberitahu Jungkook tentang majlis yang mereka akan adakan pada malam esok. 

Taehyung menjeling pintu itu dan membebel seorang diri sebelum turun ke tingkat bawah dengan riangnya. "Taetae, apa patut Taetae buat huh? Hah!" Taehyung memetik jarinya. "Pergi lawat Hana pun okay juga!" katanya perlahan tapi penuh dengan keterujaan dalam nada suaranya sebelum dia keluar dari rumah dan ternampak Yoonsun yang baru keluar dari rumah Hana. Taehyung mengedipkan matanya beberapa kali dan menyengetkan kepalanya sedikit sebelum mengatur langkah perlahan untuk berdiri dihadapan pintu rumah Hana. Dia mengetuk pintu beberapa kali. Perlahan. 

Dahi Hana terkerut sedikit. Mungkin Yoonsun lupa akan sesuatu dan datang kembali. Hana membuka pintu. "Ka-" Atau mungkin tidak apabila dihadapannya kini bukanlah Yoonsun tetapi Taehyung yang sedap tersenyum - tersipu malu ke arahnya. Hana cuba kekal bertenang dan bersuara.

"A-apa kau nak?" Dalam diam Hana memarahi dirinya kerana suaranya tidak stabil apabila berhadapan dengan Taehyung. Taehyung menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu beberapa kali sambil berfikir sejenak. "Jap, err aku tak ingat hmm.. Apa eh?" Hana mahu menutup pintu sambil bersuara.

"Kalau takde apa yang penting,kau boleh balik aku nak tid-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Taehyung mencelah dengan, "Ah! Yeah, omo. Hana...kau tau Jinnie hyung, Chim dan Kookie halau aku keluar dari rumah." Taehyung bersuara dan kali ini senyuman lebarnya yang tadi itu menghilang dan digantikan dengan muncung sedepanya. Dahi Hana terkerut sedikit dan memerhatikan wajah Taehyung sebentar. Dia memandang sekeliling dan seperti biasa kawasan perumahan itu agak sunyi dan hari sudah hampir gelap. "Uhm- masuklah dulu." 

"Kau dah makan?" soal Hana yang sedang berdiri dibelakang kaunter dapur berhadapan dengan Taehyung yang sedang duduk diatas sofa yang terletak ditengah ruang tamu. Taehyung menggelengkan kepalanya wajahnya kekal sedih. "Takpe ke kalau aku hidang ramen je?" Hana menyoal lagi. Taehyung mengangkat wajahnya sedikit dan bersuara perlahan. "Perisa?" soalnya dan Hana memeriksa label yang melekat pada maggie cawan itu. "Huh- original?" jawabnya.

"Oh my, andwae. Aku tak boleh makan ori sebab nanti tak selera melainkan ada kimchi dan ikan bilis rebus goreng. Oh yeah, kalau boleh ada soda sekali." Hana hampir terngadah tapi dia hanya mampu menelan air liurnya dan meletakkan maggie cawan itu diatas kaunter dengan sedikit kuat sebelum tersenyum kepada Taehyung.

"Taehyung?" Hana bersuara. Kedua kening Taehyung diangkat. "Neh?" Melihat wajah Taehyung yang tidak faham dengan apa yang sedang berlaku Hana melepaskan keluhan perlahan dan menggelengkan kepalanya seraya berkata. "Aku takde ikan bilis tapi kimchi ada." Taehyung menepuk tangannya beberapa kali dan mengangkat kedua belah ibu jarinya.

 

●~●

 

"So, Yoonsun-ssi ada kata tadi kalau hyung tak mampu nak masak semua, kita boleh tempah katering kat kafe Hana melalui Hoseok!" Jungkook mendengar dengan teliti rancangan Seokjin dan Jimin sejak daripada tadi sibuk menyusun botol-botol jemnya masuk ke dalam kotak kerana Jimin sempat mengomel yang sekiraya majlis esok berlangsung mungkin ada yang jatuh cinta dengan para jemnya dan mencuri sebotol dua.

Dan dengan penuh dramatiknya Jimin bersuara "Chimchim takkan benarkan!" Akhirnya Seokjin memilih untuk mengabaikan Jimin sementara Jungkook menahan diri untuk tidak menghalau Jimin juga. "Okay. Sempat ke nak urus benda ni kurang dari 24 jam?" Seokjin tersenyum untuk menyakinkan Jungkook. "Kita tak jemput ramai orang." katanya ringkas. Jungkook memandang Seokjin dengan sedikit hairan tapi malas hendak memanjangkan cerita.

"Jadi, sesiapa yang kelas habis awal esok, balik awal dan pergi jemput jiran-jiran kita okay?" Cadang Seokjin. "Uh- Chim boleh je ponteng kelas esok hehe." Dahi Seokjin terkerut. "Baru masuk nak ponteng dah?" Jimin tersengih. "Kan nak buat horsewarning partae." katanya membuatkan Seokjin teringat akan sesuatu. "Oh yeah, Taehyung mana? Kenapa senyap semacam je dia?" Jungkook memandang sekeliling biliknya dan ketara sekali Taehyung tidak berada disitu.

"Tidurlah tu." Jimin menduga. "Tapi kita tak makan malam lagi. Hyung ada masak tu, jom lah turun makan. Jimin, ajak Taehyung turun makan sekali okay?" Seokjin berkata sambil bangun dari tempat duduknya - diekori oleh Jungkook dari belakang. 

Jimin berlari anak menuruni anak tangga dan tersadung langkahnya pada tangga yang terakhir sambil tercungap mendekati Seokjin dan Jungkook yang kini sedang duduk di meja makan. "Hyung! Taetae takde kat atas pun?!" Seokjin dan Jungkook memandang Jimin dengan mengedipkan mata beberapa kali sebelum mereka mula mencari Taehyung diseluruh ruangan bawah rumah itu.

"Oh! Oh! Kau tau, esok kan kitaorang buat hauswan-haswan. Oh, hauswaning praty! Hana kau kena datang tau? Chim kata kau adalah tetamu VVIP kitaorang, bery bery impotran persen!" Kata-kata Taehyung itu membuatkan Hana yang sedang menghirup sup maggienya tersedak - terbatuk dan segera mencapai cawan berisi minuman sebelum diteguknya sehingga separuh untuk melegakan tekaknya yang terasa pedih itu.

"Omo- kau okay? Hana?" Taehyung berkata sebelum menekup mulutnya dan matanya membulat besar memandang Hana. Hana menganggukkan kepalanya sebelum mengelap bibirnya dengan menggunakan belakang tapak tangannya dan berkata. "Kau kata apa tadi?" Taehyung mengedipkan matanya.

"Ah, praty tu, esok kau kena datang okay?" 'Buat party pula? Gosh, mestilah aku tak nak datang!' jerit hati Hana sebelum tumpuannya diganggu oleh Taehyung lagi. "Dan kita akan berseronok!" Hana memberikan Taehyung senyuman palsu sebelum mataya mengerling ke arah cawan maggie Taehyung.

"Oh, kau dah habis makan kan? Mesti hyung kau dah cari so..." Taehyung mencelah. "So- aku stay lama sikit kat sini dan biar dorang cari aku! Aku merajuk okay? Hmph-" Katanya diakhiri dengan cebikan manja membuatkan Hana hampir menyembamkan wajahnya pada meja. 

"Okay, Tae. Tapi aku nak naik atas dan tidur. Esok aku ada kelas pagi lagi." Hana bersuara. "Eo. Boleh aku ikut sekali?" Dengan selambanya Taehyung berkata. "Neh?" Taehyung tertawa dan memukul bahu Hana sekali. "Gurau je! Takpe kau boleh pergi tidur, aku kat bawah ni duduk sampai dorang panggil." Hana menggarukan pipinya. 'Suka hati mamat ni je nak tinggal sini, dah lah baru dua hari kenal.' bisik Hana dalam hati lagi.

Dia perlu menghalau Taehyung secepat mungkin. Baru saja Hana hendak bersuara lagi - mereka berdua terkejut dek kerana terdengar bunyi pintu rumah Hana diketuk- dipukul atau kemungkinan besar disepak oleh beberapa orang. Hana segera bangun dari tempat duduknya dan Taehyung sudah melompat dan bersorok dibelakang Hana. "Omo- monstre!" Taehyung menjerit dalam nada berbisik. Hana mengabaikannya dan maju kehadapan. Rasanya dia familiar dengan suara yang terpekik terlolong diluar rumahnya ketika itu. 

Hana membuka pintu rumahnya dengan yakin dan dahinya berkerut melihat Seokjin, Jimin dan Jungkook yang kini tercegat dihadapan pintunya. Masing-masing mulut terngadah dan tangan ke udara. Seperti sebuah video dijedakan sebentar. Dahi Hana terkerut dan mereka semua bertentang mata sementara Taehyung yang perasan akan kehadiran ketiga beradiknya itu dia mahu tersenyum - menyapa mereka tetapi teringat akan kejadian tadi membuatkan Taehyung menjeling mereka serta-merta.

"Err- kitaorang-" belum sempat Seokjin menghabiskan ayatnya - pejam celik Taehyung sudah berada diluar bersama yang lain dan pintu rumah Hana tertutup rapat. 

"Tengok! Hana tambah marah kat kita!"

 

●~●

 

Walaupun Hana mengarahkan Hoseok untuk mengambilnya dirumah Yoonsun tetap datang untuk mengambil tiga beradik yang kasihan itu. Sebelum mereka bertolak ke kampus - Yoonsun sempat mendengar cerita daripada Seokjin tentang insiden yang berlaku semalam.

"Hm, korang buat je party tu dan aku akan uruskan Hana malam ni." Yoonsun memberikan semangat kepada ketiga lelaki itu. "Aku tak taulah kenapa kita kena buat semua ni." Jungkook bersuara setelah lama dia membisu. "Apa maksud kau?" soal Jimin. "Maksud aku, kalau orang tu dah tak nak bergaul dengan kita. Biarkanlah dia." Jungkook bersuara - kedengaran seperti sudah berputus asa.

"Boleh ke kau menghindarkan diri? Hana dahlah jiran kau lepas tu satu course dengan kau pula." Yoonsun b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...