The Teacher.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 10 : The Teacher.

 

I’ll contact you once I got my new number!

“Sun ni pelik-pelik je. Nak tukar nombor lagi. Guna nombor lama kan cukup.” Omel Hana perlahan setelah membaca mesej terbaru yang Yoonsun hantar kepadanya. Tetapi tidak lama itu dia tersenyum. Lega kerana walaupun mereka berjauhan. 

Yoonsun sudah berjanji yang mereka tidak akan terputus hubungan selamanya. Hujung minggu berlalu dengan pantas. Awal pagi Isnin lagi Hoseok sudah terpacak dihadapan rumah dupleks di Hannam-dong kerana selagi salah seorang daripada mereka belum mendapatkan lesen memandu sendiri selagi itu Hoseok menjadi sukarelawan untuk menghantar mereka semua ke kelas walaupun dia sendiri sibuk. 

Tambahan pula, hari itu adalah hari pertama Seokjin mula bekerja di Army Café. Segala-galanya harus berjalan dengan lancar dan Hoseok bertanggungjawab untuk memastikan semuanya baik-baik saja!

Sambil menyisip masuk telefon kedalam poketnya semula. Hana menguap panjang melihat Jungkook yang sedang memarahi Jimin dan Taehyung yang berdegil tidak mahu ke kelas. Kalau diikutkan hatinya – dia mahu saja berjalan sendirian ke kelas tetapi Jungkook, Hana mendekati mereka bertiga dan Jungkook berhenti bercakap. 

 

“Kenapa korang malas sangat nak pergi kelas?” soal Hana tiba-tiba. Jimin memuncungkan bibirnya dan bermain-main dengan jarinya sendiri – tidak tahu henda berkata apa. “Korang masuk kelas ok? Jangan ponteng-ponteng. Jungkook, jom gerak.” Hana sempat menepuk bahu Jimin sekali sebelum berlalu pergi. Jungkook mengerling sekilas ke arah Jimin dan Taehyung yang kelihatan seperti anak kucing di tinggalkan ibu sebelum dia sendiri mengekori langkah Hana dari belakang.    “Kau tau kan Tae hyung dan Jimin dah dapat surat amaran sebab tak pernah masuk kelas?” Jungkook berkata dengan bibirnya hampir di muncungkan. Hana menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Bila dorang dapat?” soal Hana tidak lama itu. “Hari Sabtu, Jin hyung jumpa surat amaran tu dalam peti surat.” Jawab Jungkook seraya melepaskan keluhan kecil.    Hana mengeluh kecil serentak dengan Jungkook. “Chill, kalau dorang still sama dalam minggu ni pihak kaunseling akan panggil mereka berdua.” Jungkook mengangkat bahunya sekali. “Lantaklah, apa pun yang nak jadi dengan dorang.” Hana hanya memandang wajah Jungkook dari sisi. Dari situ saja Hana tahu yang Jungkook sedikit pun tidak maksudkan apa yang dia katakan sebentar tadi.    “Sudah, sudah, tak payah nak masam sangat muka tu.” Hana berkata sambil perlahan menepuk belakang Jungkook. Mata Jungkook berkelip-kelip dengan tindakan tiba-tiba Hana itu. Jungkook ketawa janggal dan hanya mampu menganggukkan kepalanya.    Ketika berada di dalam kelas Jungkook lebih banyak mengelamun daripada menumpukan perhatian kepada penjelasan pensyarah mereka. Apa yang Jungkook dengar adalah peperiksaan mereka semakin dekat dan jatuh pada seminggu dari sekarang. Selepas itu, Hana lebih banyak mencuit lengan Jungkook untuk mendapatkan tumpuan lelaki itu kepada keadaan sekeliling mereka semula.    “Fokus, Jungkook!”     ●~●     Sebaik saja Seokjin tiba di Army Café pagi itu. Semua pekerja asal kafe itu memberikan Seokjin teguran dan sapaan paling istimewa yang Seokjin pernah ada. Mungkin sebelum itu Hoseok sudah memberitahu yang Seokjin adalah ketua di dapur mulai hari ini? Seokjin tersenyum janggal kerana – tak Seokjin lah kalau tak janggal, bukan?    “Okay boys, kenalkan diri korang semua kat ketua dapur kita yang baru ni.” Hoseok berkata sambil memeluk bahu Seokjin yang daripada tadi duduk tersipu. Seokjin memandang wajah beberapa orang pekerja yang sedang berdiri dihadapannya – dimana terdiri daripada 2 orang pekerja saja iaitu; Youngjae, seorang juruwang dan mengambil pesanan di kaunter. Daehyun, pembantu dapur dan chef pastri.    “Err, Hoseok. Kau pasti mereka berdua je yang ada?” soal Seokjin. “Hah? Maksud hyung?” Hoseok kurang mengerti. “Maksud hyung. Sebelum ni kau kata kafe ni ada 8 orang kakitangan kan? Dan, mana lagi 3 orang?” soal Seokjin. “Oh, haha. Hyung! 5 orang itu. Hyung, aku, Hana dan mereka berdua ni lah!” jelas Hoseok sambil ketawa. Mata Seokjin membulat sedikit.   “Kenapa sikit sangat pekerjanya? Patutlah selalu tak cukup tangan. Dan, Hana?” Hoseok menepuk-nepuk bahu Seokjin perlahan. “Hana bekerja kat sini tapi tahun ni tahun kolej dia bermula so aku bagi dia cuti sementara dia menyesuaikan diri dengan college life. Dan 3 orang yang hyung cari tu, aku baru je upah dorang dan salah seorang daripada mereka pekerja separuh masa je. Yang dua lagi syif malam. Pukul 11 nanti kau akan berkenalan dengan mereka berdua.” Jelas Hoseok dan Seokjin tidak mampu berkata apa-apa selepas itu kerana dia masih terkejut dengan bilangan pekerja yang bekerja di kafe sebesar Army Café itu.    “Youngjae dan Daehyun jaga depan hari ni. Aku nak tunjuk ajar Seokjin kat bahagian dapur.” Setelah memberikan arahan kepada pekerjanya. Seokjin dibawa Hoseok  kebelakang. Masuk ke dalam dapur penuh dengan dekorasi tradisional tapi moden – yang penuh dengan kontemporari tapi selesa diguna.    “Whoa, daebak.” Hoseok tersengih bangga. “Kan? Hana yang design.” Hoseok berkata membuatkan Seokjin terkejut lagi sehingga kata-katanya tersekat di kerongkongnya. “Okay okay, mari aku tunjuk ‘pejabat’ kau.” Hoseok melangkah kehadapan berdiri di hadapan Seokjin dan mula memberitahu Seokjin segala selok-belok yang berada di dapur itu.    “Biasanya, Daehyun dah datang subuh tadi untuk buat pastri semua. Sebab awal pagi, orang sarapan pagi minum kopi, dan beberapa jenis roti je. Kalau makanan berat after 11 pagi baru kau mula masak.” Seokjin terangguk-angguk tatkala Hoseok menjelaskan dengan penuh serius.   “So, kualiti bahan kita akan periksa tapi itu bukan tugas kau lah, selalunya tugas periksa bahan tu aku atau Hana. Kalau takde apa...Hyung ada apa-apa soalan?” Hoseok mengakhiri penjelasannya.   Seokjin menggelengkan kepalanya beberapa kali dan menepuk tangannya beberapa kali. “Whoa.” Dahi Hoseok terkerut sedikit. “Hyung...kenapa tepuk?” soalnya. Seokjin tersenyum lebar dan menunjukkan Hoseok ibu jarinya. “Kau nampak macam the real boss bila bekerja. Daebak.” Jelas Seokjin.   Hoseok meledakkan ketawa kecil dan menarik nafas sedalamnya sebelum berkata. “Tapi. Aku bukan boss tahu.” Seokjin mahu membuka mulut tapi tidak lama itu. Sebuah monitor besar yang tergantung pada dinding yang berada di belakang mereka berdering.    “Eo? Ada order?” Seokjin bersuara. Hoseok memicit bahu Seokjin beberapa kali seraya berkata. “Yeap, baca pesanan dan mula masak. Kalau hyung kurang pasti, tekan je resepi nanti keluar.” Seokjin terangguk-angguk. Tanpa membuang masa dia mendekati monitor dan Hoseok berjalan keluar dari dapur – memberikan Seokjin ruang untuk masak masakan pertamanya di kafe itu.   “Pasta Bolognese.” Seokjin tersenyum kerana masakan itu adalah paling mudah disediakan dan Seokjin yakin yang dia boleh buat dengan sempurnanya.   “Seokjin! Let’s do this!”    Seokjin menyarungkan apron khas untuk ketua chef dan membasuh tangannya terlebih dahulu. Walau berada di mana-mana pun kebersihan harus dipelihara sebelum memasak itu adalah polisi utama Seokjin dalam menyediakan masakan.    Seokjin mengesat peluh didahinya ketika dia sudah selesai memasak pesanan pertamanya. Senyumannya melebar apabila melihat masakannya yang masih berasap itu. Dia membawa pinggan tersebut kehadapan dimana tingkap mengambil pesanan berada dan menekan loceng beberapa kali – menunggu sama ada Hoseok, Youngjae atau Daehyun mengambil pesanan itu dan memberikannya kepada pelanggan. Tetapi belum sempat kepalanya yang terjengah itu ditarik kedalam dapur semula. Seseorang menyerunya.    “Jin hyung!” Kepala Seokjin tertoleh-toleh memandang sekeliling sehingga pandangannya jatuh memandang Hoseok yang sedang duduk di sebuah meja dan melambaikan tangan ke arahnya. Dahi Seokjin terkerut sedikit.   “Hyung! Bawa pinggan tu ke sini!” Hoseok bersuara lagi. Tanpa banyak soal dan bicara Seokjin mengangkat pinggan itu keluar dari dapur.    “Whoaaaa.” Hoseok terliur melihat pasta bolognese yang Seokjin baru letak di hadapannya. Seokjin memandang sekeliling kafe yang kosong – bebas daripada sebarang pelanggan itu. “Siapa yang pesan ni?” soalnya – mata masih melilau.   “Aku.” Hoseok menjawab sambil menjilat bibirnya dan menggosokkan kedua tapak tangannya bersama.   Mata Seokjin terbeliak tatkala memandang Hoseok yang kini mengangkat garfunya. Mata Seokjin membesar lagi kerana – sejak bila Hoseok memesan makanan ni? Dan sejak bila pula ada garfu kat meja ni? – Seokjin menggelengkan kepalanya laju dan mengambil tempat duduk dihadapan Hoseok.   “Kau pesan? Tapi kenapa?” soal Seokjin. “Biarpun aku dah rasa masakan kau tapi semua tu makanan Korea. Sekarang-“ Hoseok mengangkat mukanya dan tangannya sedang berpusar untuk mengaut pasta di pinggan.   “Western food pula macam man-“ Hoseok memasukkan sedikit pasta kedalam mulutnya. Sebelum matanya membulat besar memandang Seokjin. Seokjin pula sedang menelan air liurnya – risau kalau masakannya tidak menepati citarasa Hoseok.    “H-how does it tastes?” soal Seokjin. Hoseok memejam matanya. “Mmm~! Mmph!” Hoseok berbunyi dan Seokjin tidak faham. Tercekikkah Hoseok? Maka dahinya hanya mampu dikerutkan.   “5 STARS!” Hoseok bersuara setelah menelan makanannya. Seokjin terkebil-kebil. “Dae! Jae! Cuba rasa!” Hoseok menyeru dua lagi pekerjanya yang sejak daripada tadi memerhati dari jauh.    Kedua mereka berlari terkedek-kedek mendekati meja itu dan berebut mahukan garfu yang Hoseok sedang genggam. Tetapi Hoseok tidak memberikan mereka berdua peluang – kedua tangan mereka dipukul oleh Hoseok.   “Pergi ambil garfu sendiri!” Maka dengan itu mereka berdua pergi mengambil garfu sendiri dan merasa masakan Seokjin. Kedua mereka memberikan respon yang sama dengan Hoseok tadi dan Seokjin sangat sangat dan sangat berpuas hati.    “Oh yeah,” Seokjin mencelah sementara Hoseok masih terjilat-jilat garfunya. Kening Hoseok terangkat dua dan Seokjin sambung ayatnya. “Cikgu memandu dorang tu, sampai bila?” Hoseok melepaskan satu sendawa kecil dan meletakkan garfunya diatas pinggan yang kini kosong.   “Hm, tengah hari nanti dia datang kot? Semalam aku text dia, dia cuma cakap yang dia datang tengah hari.” Seokjin menganggukkan kepalanya. “Kalau macam tu aku ke dapur dulu.” Hoseok melambaikan tangannya ke arah Seokjin yang pergi dengan pinggan kosong ditangannya.      ●~●     “Masa berlalu dengan pantas, kelas Hana dan Jungkook belum habis lagi. Taehyung pula sedang memegang berus warnanya dan melakar indah diatas kanvas milik Jimin yang masih lagi terkedek-kedek mendapatkan warna poster yang terlalu tinggi untuk ketinggiannya itu.” Tangan Taehyung bergerak melakar apa saja yang fikirannya mahukan tapi mulutnya langsung tidak boleh ditutup sehingga hampir semua pelajar yang berdekatannya sedang mengerling ke arah Taehyung dengan hairan. Taehyung mengeluh. Kepalanya dibengkokkan ke kiri sedikit sambil dia memerhatikan lukisannya itu.    “Yih, somding is rong..” Bisiknya lalu sekali lagi melakar secara rawak diatas kanvas itu. Tiba-tiba. “Yah! Kim Taehyung!” Jimin menjerit tatkala melihat Taehyung sedang men’conteng’ kanvasnya. Taehyung melatah terkejut.   “Ah, mwoyah? Aish.” Taehyung menjeling Jimin. “Tu.Kanvas.Aku!” Jimin membentak. Dari muka marah Taehyung langsung tersengih-sengih seperti kerang busuk. “Eheh sorry!” Taehyung perlahan-lahan kebelakang dan berlari laju tidak lama selepas itu untuk kembali ke tempatnya sendiri. Jimin masih bengang. Dia meletakkan warna poster yang dia ambil dari rak tadi diatas mejanya sebelum dia pergi mengejar Taehyung tapi niatnya terbantut apabila matanya tertangkap lukisan yang berada pada kanvasnya itu.    Jimin menelan air liurnya dan dengan dahi terkerut sedikit dia menoleh memandang Taehyung yang kepalanya sedang terhuyung-hayang sambil mengomelkan sesuatu yang tiada siapa faham – yang tangannya tidak berhenti mencucuk-cucuk kanvas sendiri dengan berus warnanya. Jimin kembali memandang kanvasnya sendiri dan terpaku disitu sebelum melatah terkejut apabila profesor seni mereka menjerit nyaring tanda kegembiraan dan keterujaan.   “Hoomaigad, Park Cheymin.. My My look at this..Haa~” Tangannya digenggam bersama dan matanya terkedip-kedip laju mengibaskan bulu matanya yang tak berapa nak lebat itu. “Err, Louis-songsaeng. Nama saya Jimin bukan Ch-“ Jimin terkejut lagi apabila ayatnya dicelah oleh profesor bernama Louis itu.    “Cheymin! Come on tell me. Apa yang Cheymin buat ni..” Louis menepuk-nepuk kanvas dan teruja mahu mendengar penjelasan Jimin. “Err- Louis-songsaeng. Saya ta-“ Dan sekali lagi ayat
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...