Prolog.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Prolog.

Seperti biasa, hari Ahad saja adalah hari bermalasan untuk sesetengah orang dan ada juga yang bekerja tidak kurang juga menjadikan hari Ahad sebagai hari untuk keluar lepak dengan baik sahabat mahupun kekasih. Yang penting hari Ahad memang hari kegemaran setiap orang untuk bertenang dan melupakan hal-hal berkaitan dunia harian mereka. Namun bagi Hana yang tiada kekasih mahupun kenalan sama bebas sepertinya (cuti di hari Ahad) menjadikan hari Ahad sebagai hari dia bermalasan diatas katilnya yang tidaklah empuk mana. Dia bergolek-golek diatas katil walaupun sudah terjaga dan akan melelapkan matanya jika dia berasa mengantuk lagi. Itulah kebiasaannya. 

Tapi Ahad pada minggu kedua bulan April itu agak luar biasa sedikit - Apabila pintunya diketuk kuat dan yang mengetuk itu bukan seorang tapi seperti ramai kerana apa yang Hana dengar bunyi pintunya seperti hendak runtuh saja. Hana berdengus kuat. 'Siapa datang pagi buta ni!?' Jerit mindanya yang belum bersedia hendak bangun. Badannya terasa berat atau lebih tepat seperti digam kuat pada katil. Pintu diketuk lagi. 'Aku kena baiki loceng rumah lepas ni.' Hana mengingatkan dirinya secara mental kerana dia langsung tidak menggemari bunyi pintu rumahnya diketuk sebegitu rupa namun dia masih tidak mahu berganjak daripada tempat baringnya itu. Namun pintu itu diketuk kuat lagi - kali ini Hana sangka pintunya mungkin sedikit masa lagi akan musnah. Hana sangka mungkin itu sahabatnya yang mungkin mengambil cuti kerja pada hari Ahad itu. Tapi...

Hana bangun jua walaupun malas. Kemungkinan besar Yoonsun datang membawa kawan-kawannya yang lain? Atau mungkin Hoseok yang sengaja membuat Hana bengang di pagi Ahad yang cukup indah itu. Kalau benarlah apa yang dia duga itu tepat - Hana tidak berfikir dua kali untuk mengheret baik Yoonsun mahupun Hoseok ke belakang rumah dan membuang dua makhluk itu kedalam kolam mandi atau lebih teruk - lubang jamban. Atau mungkin tidak.

Tidak menyedari atau perasan akan rupanya yang serabai dan rambutnya yang kusut masai seperti ditelan ribut  dek kerana baru bangun daripada tidur tadi. Dengan selambanya Hana membuka pintu dengan wajah yang mengantuk dan tidak bermayanya hanya untuk ditegur oleh 4 orang lelaki yang kurang familiar wajahnya bersuara garau dan lantang - dan menyakitkan hati dan haih.  

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...