The Party?

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 5 : The Party?

 

"Hana!" 

"Tung-"

Bbamm!

Langkah Yoonsun, Jimin dan Taehyung terhenti dihadapan pintu Hana yang baru saja dihentak kuat. Sudah terang lagi bersuluh yang majlis mereka itu akan berlangsung tanpa si penyebab majlis itu diadakan. Yoonsun memandang Jimin dan Taehyung sebelum menoleh kebelakang melihat Jungkook tercegat disitu.

"Well, you guys dan Hana betul-betul dah takde apa-apa hubungan sebagai jiran." Yoonsun bersuara. Jimin menekup mulutnya - Taehyung meniru perbuatannya tidak lama selepas itu. Jungkook mahu masuk ke dalam rumah tapi langkah terhenti dihalaman apabila disapa Hoseok.

 "Hey! Dah balik ke? Kenapa kat situ? Marilah masuk!" Hoseok berkata. "Dan mana Hana?" Kali ini mereka semua hanya mampu berpandangan dan Hoseok tahu benar apa maksud pandangan itu. "Duh, takkanlah marah lagi?" Hoseok bersuara. Yoonsun hanya mengangkat bahunya kerana dia benar-benar tidak tahu hendak berbuat apa lagi. 

Mereka semua kini berada didalam rumah dan senyap - kecuali Jimin yang sejak daripada tadi meniup belon. "Okay, kita kena buat apa ni?" Soal Yoonsun - dia tidak suka duduk dalam keadaan sesunyi begini.

"Aku rasa aku nak makan, mandi dan tid- Ow!" Jungkook menggosokkan belakang kepalanya yang diketuk Seokjin - Jungkook agak terkejut kerana dia tidak menyangka yang Seokjin bertindak sebegitu rupa sehingga dia berasa sedikit kecewa sebelum mendengar Seokjin berkata.

"Ada lalat dua ekor hinggap tadi. Mianhae Kookie." Jungkook mengedipkan matanya dan terangguk-angguk - seratus peratus melupakan niatnya tadi. "Aku tak tau tapi korang kena buat Hana sejuk. Siapa suruh kantoikan dia kat Yoongi tadi." Yoonsun bersuara. "Kena minta maaf lagi ke?" soal Jimin. "Yelah dah mulut kau yang celopar sangat tadi!" Mata Jimin membuntang dan menekup mulutnya dengan belon. "Opps."

"Aku nak pergi sebelah, ada apa-apa pandai-pandailah korang." Yoonsun berdiri dan langsung berlalu pergi, sebaik saja dia membuka pintu. Penghuni rumah yang duduk diruang tamu boleh mendengar suaranya berkata. "Oh, Yoongi, masuklah. Yang lain ada kat dalam. Aku nak pergi sebelah jap." Jungkook segera bangun dan pergi ke pintu utama mendapati Yoongi tercegat disitu.

"Oh, hyung! Masuklah." Jungkook mempelawa dan Yoongi masuk tidak lama selepas itu sambil menutup pintu memandangkan Yoonsun sudah berada disebelah. Mungkin?

 Yoongi dan Seokjin berkenalan sebelum Yoongi disapa Hoseok. "Aigoo. Lamanya tak jumpa kau." Hoseok berkata setelah meleraikan salaman tangan mereka. Yoongi tersengih dan menjawab. "Aku baru balik hantar atuk aku pergi China." Hoseok mengedipkan matanya dan mengangguk faham kerana sejak kenal Yoongi untuk beberapa tahun dia tahu yang setiap bulan atuk Yoongi akan pergi ke sebuah kuil yang terletak di China atas sebab-sebab perayaan tertentu.

"Dan... Aku datang awal sangat ke? For party?" soal Yoongi. Kali ini semua terkebil-kebil kerana jika bukan kerana mulut Jimin tadi sudah tentu majlis itu berjalan dengan lancar. Sejak daripada tadi, Yoongi melangkah masuk ke dalam rumah itu. Jimin tidak pernah memandang Yoongi - takut kalau lelaki itu bertanya tentang apa yang dia katakan tadi.

Walaupun begitu. Jimin tidak boleh berhenti menoleh memandang Yoongi secara diam setiap kali lelaki itu bersuara dan ada satu ketika mata mereka bertembung dan Jimin cepat-cepat mengalihkan pandangannya ketempat lain.

Jungkook dan Seokjin berpandangan seketika sebelum Jungkook membuka mulut. "Party t-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Seokjin mencelah. "Party mula sekarang." Semua mata memandang Seokjin dengan hairan.

"Walaupun tak ramai, yeah. Hoseok dari jauh bawa makanan dan aku dah bayar. dan kita ada sedikit cocktail for tonight. Well, yeah?" Jimin orang pertama yang berdiri dan menjerit. "YASSS! Sebab Chimchim happy giler, Chim bagi setiap orang rasa jem paling Jimin suka! Taetae, teman aku pergi- Uh, Tae?" Jimin tertoleh tiga ratus enam puluh darjah memandang sekeliling setelah mendapati tidak ada kelibat Taehyung diantara mereka dan kali ini kesemua melilaukan pandangan tercari-cari dimanakah lelaki itu pergi?

"Aku tak rasa Yoongi dengar apa Jimin cakap. I mean. Mungkin dia dengar tapi dia tak faham apa maksud dia." Yoonsun berkata sambil menarik-narik lengan Hana yang sejak dari tadi menancapkan matanya pada skrin televisyen saja. Dia pada mulanya agak terkejut apabila Yoonsun masuk ke dalam rumahnya tanpa memberi apa-apa kata sapaan tapi sudah tentu Yoonsun akan masuk saja kerana kawan baiknya itu tahu akan kod rahsia rumahnya. Tsk.

"Hana, kau dengar tak apa aku cakap? Hana ya.." Tetapi Hana masih membisu. "Jung Hana. Sampai hati kau buat aku macam ni eh? Kita dah lebih 10 tahun kawan." Yoonsun sudah mula menarik Hana masuk ke lembah kesedihan yang dia tahu mungkin dapat melembutkan hati Hana yang keras kalah batu itu. "Hana, Yoongi datang tadi dan dari apa yang aku nampak kat muka dia. Aku tak rasa dia tahu dan nak tahu." - "Yeah, Yoongi hyung nampak cool je tadi."

Hana mahu menoleh. Tetapi setelah mendengar suara yang datang dari belakang sofa membuatkan dia bangun dan terjerit sambil memandang ke arah belakang. Mukanya sama seperti pelakon cerita seram yang terkejut melihat hantu sementara Yoonsun menoleh saja tapi matanya membulat tidak seperti kebiasannya.

"Taehyung?" Yoonsun bersuara.  "Macam mana kau boleh ada kat situ!?" Hana bertanya. Taehyung berdiri dan menyengetkan kepalanya sedikit. "Tadi, Yoon masuk dan tak tutup pintu so aku masuklah sekali untuk tutup pintu." Jawab Taehyung. 

"Oh my, tapi kau tak perlu masuklah kan? Kau nak tutup pintu boleh je dari luar." Hana menyerang. "Omo-jinjja?" Taehyung bersuara sambil menutup mulutnya. "Omo- sorry, aku tak tau pula. Sorry tapi- uh." Sambung Taehyung tidak lama itu. Hana berdengus dan memicitkan batang hidungnya.

"Haih, cukuplah. Aku dah bosan nak hadap semua benda ni. Kat mana-mana aku pergi sekarang mesti tak berjalan lancar dan korang pula- okay mungkin dia tak dengar tapi kalau dia dengar macam mana?" Hana bersuara dan Yoonsun agak terkejut melihat Hana bercakap lebih dari 50 patah perkataan kepada seseorang yang dia baru kenal beberapa hari. Taehyung hanya memandang Hana yang membebel dengan muka tiada ekspresinya sebelum berkata. Sebaik saja Hana sudah habis bercakap. 

"Aku minta maaf okay? Kitaorang minta maaf. Majlis tu berlangsung pun sebab kami minta maaf secara ikhlas pada kau. Seokjin hyung. Hyung yang susah payah atur majlis tu supaya kau tak marahkan kitaorang lagi.  Yeah. Kami bising, kecoh dan keanak-anakan dan aku minta maaf sebab kami orang kampung. Orang yang tak cukup pengajaran dari ibu bapa dan hidup sendirian sejak kecil. Seokjin hyung ada fikir. Patutkah kitaorang pindah rumah sedangkan nak cari rumah kat Seoul ni susah? Rumah ni pun kami dapat sebab Jimin sanggup bayar lebih asalkan kami berempat dapat keluar dari rumah anak yatim tu."

 Hana terkedu dan Yoonsun sendiri tercegat disitu. "A-aku-" Hana mahu bersuara dan Taehyung mencelah. "Dan...Kenapa kau nak marah kat aku pula? Bukannya aku yang cakap benda tu kat Yoongi." Taehyung berdengus perlahan dan menundukkan kepalanya. "Aku akan cakap dengan yang lain dan tolong maafkan kitaorang." Dan - Hana hanya mampu terngadah melihat Taehyung keluar dari rumahnya dan kelihatan sangat berbeza sekali.

Yoonsun juga terngadah dan berdiri disebelah Hana. "Jangan cakap lelaki tadi tu bukan Taehyung?" Yoonsun menoleh ke sisi setelah tidak mendengar sebarang jawapan daripada Hana dan mendapati Hana sedang melihatnya dengan dahi terkerut dan bibirnya diketap rapat - riak wajahnya penuh dengan penyesalan.

"Sun ah, I'm screwed." Yoonsun mengeluh dan memeluk bahu Hana sebelum dia usap bahu kawannya itu perlahan. 

 

●~●

 

Taehyung menekan loceng rumahnya sendiri dan terkejut apabila mendengar suara nada tinggi Jimin menjerit "Taehyungie! Kau dari mana!?" Jimin menarik Taehyung masuk ke dalam dan menyapa Yoongi terlebih dahulu.

"Hey, Yoongi hyung!" Yoongi melambaikan tangannya kepada Taehyung semula. "Tae, kau dari mana?" soal Seokjin pula. "Uh dari luar. Ingatkan ada anak kucing tadi rupanya sampah." Jawab Taehyung membuatkan ada diantara mereka berkerut dahi tetapi tidak pula mahu bertanya lebih.

"Tolong Kookie ambil cawan kat dapur." Arah Seokjin dan Taehyung menganggukkan kepalanya penuh bersemangat. "Aip, aip captaen!" Taehyung berlalu pergi. "Hyuuung! Kenapa tak suruh Chim juga?!" Jimin bersuara tidak lama itu. Seokjin melepaskan keluhan dan bersuara. "Okay. Pergi tolong Kookie." Jimin meniru Taehyung. "Aip aip capjin!" Dahi Seokjin terkerut. "Cap-what?" Bisiknya sebelum menoleh dan memandang Hoseok yang sedang tertawa dan Yoongi jelas diwajahnya sedang dalam kehairanan. 

Mereka semua sudah bersedia untuk makan. Hoseok pula sedang bersedia untuk memasang muzik dengan sedikit kuat - kerana dia tahu dan mereka semua tahu Hana tidak boleh tahan dengan bunyi bising itu. "Makanlah. Aku nak sangat rasa masakan Hoseok yang istimewa ni." Seokjin berkata sambil menepuk tangannya sekali.

"Ah, makan makan." Baru saja mereka semua mahu mengangkat sudu dan garfu pintu mereka diketuk beberapa kali dan tidak lama itu loceng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...