The Friends.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 9 : The Friends.

 

Jungkook terjaga apabila telefonnya berdering beberapa kali dan dia menjawab tanpa membaca nama si pemanggil. “Hmm....” Sapanya malas. “Hello? Jungkook?” Mendengar suara familiar itu membuatkan Jungkook membuka matanya luas dan membaca nama si pemanggil sesaat sebelum menekup telefon  itu pada telinganya semula. 

“Oh, Hoseok hyung. Hi...” Katanya sebelum dia menguap panjang. “Baru bangun ke? Sorrylah kaca-“ Jungkook menggelengkan kepalanya laju dan mencelah. “Eh takdelah. Memang waktu bangun dah pun sekarang ni.” Jungkook menguap lagi kali ini matanya memandang ke arah jam locengnya yang duduk diatas meja belajarnya yang terletak betul-betul disebelah katilnya. 

“Eh? Hehe. Okay bagus sangatlah tu. Aku nak minta tolong sikit.” Hoseok menjawab. “Hm nak minta tolong apa?” Jungkook mengheret punggungnya sehingga kakinya mendarat tepat diatas lantai bambu yang terasa sejuk lebih-lebih diawal pagi sebegitu.

“Aku sampai rumah Hana lambat sikit sebab kena ambil ubat herba untuk Hana kat pasar pagi Itaewon. Kalau tak keberatan korang tengoklah dia macam mana sekarang sebab semalam dia ada mesej aku lepas kau balik. Dia kata dia okay.” Jelas Hoseok panjang lebar. Jungkook terangguk-angguk. 

  “Takde hal. Aku boleh je periksa dia sekarang.” Jungkook boleh dengar yang Hoseok ketawa kecil dan dia boleh dengar suara orang lain dilatar belakangnya tapi Jungkook malas mahu membuat spekulasi sendiri. Mungkin juga Hoseok sedang bergurau dengan makcik atau pakcik yang berada dipasar itu bukan? “Okay. Pesan kat Jin tak payah buat sarapan. Nanti kita breakfast sama ye?” Jungkook mengiyakan saja kata Hoseok itu dan menutup telefonnya.    Jungkook menguap lagi dan masuk ke dalam bilik air sambil mengomel. “3 jam je aku tidur. Mengantuknya~” Sebaik saja dia selesai membasuh muka dan menggosok gigi. Jungkook memeriksa gaya rambutnya yang serabai itu. “Uish, nasib baik aku tak pergi macam ni.” Omelnya lagi dan segera menyikat rambutnya – cukup sekadar untuk mengemaskan penampilannya sebelum keluar dari rumah. Tidak terfikir untuk memeriksa sama ada abang-abangnya yang lain sudah bangun ataupun belum.   Jungkook berdiri didepan pintu rumah Hana dan mengetuk pintu itu beberapa kali dengan perlahan. Sementara menunggu pintu dibuka tangan Jungkook seakan tindakan refleks naik ke atas mencapai rambutnya dan menyikat rambutnya dengan menggunakan beberapa jarinya. Sebaik saja pintu dibuka tangannya jatuh kebawah dan dia pantas memandang ke arah pintu.   “Kookie?”   Mata Jungkook membuntang sedikit.    “J-jin hyung...?” Jungkook tergamam sedikit.   “Yeah, kenapa Guk datang awal sangat  ni?” soal Seokjin. “Huh, hm tadi Hoseok call Guk, dia suruh kita tengok-tengokkan Hana. Tapi hyung dah ada so Guk boleh baliklah.” Jelas Jungkook acuh tak acuh sambil matanya terkerling-kerling ke dalam rumah Hana yang nampak kosong itu.   “Ah. Yeke. Hyung datang nak periksa dia. Hm takpe. Guk pergi balik nanti hyung balik sediakan sarapan.” Jungkook mengangkat mukanya dan menggeleng kepala dua kali. “Hoseok hyung kata dia bawakkan kita sarapan nanti.” Seokjin mengangguk faham. “Ah...okay.”   Jungkook masuk ke dalam rumah semula dan menghempap punggungnya diatas sofa. Bibirnya terjuih sedikit dan matanya di julingkan keatas sebelum dia menarik rambutnya dan menggosokkan kepalanya sedikit kasar.   ‘Kalau aku tau. Tak delah aku bangun dan korbankan masa tidur aku!’ Hati Jungkook menjerit kuat. ‘Hari cuti aku kot!’ sambungnya lagi sebelum terbaring meniarap diatas sofa dan menendang-nendang kakinya ke udara.    Taehyung yang baru menuruni anak tangga terpandangkan Jungkook yang kelihatan seperti seekor ikan duyung yang berada di darat itu berkerut dahi pada mulanya dan mula berlari anak sebelum menghempapkan badannya di belakang  Jungkook – sehingga Jungkook mengerang kesakitan  yang amat.    “Tae hyung! Turun cepat! Sakitlah!” Jungkook meronta dan dengan cebikan Taehyung turun namun sebelum sempat Jungkook menoleh mahu duduk. Taehyung menghempapkan badannya diatas Jungkook sekali lagi sambil ketawa terbahak-bahak.    Ketawa Taehyung itu pula telah mengejutkan Jimin dari tidurnya. Dengan sekali duduk dan mata bengkak serta merah terbuntang luas Jimin memandang ke arah pintu dan bangun. Berjalan laju – sama sekali melupakan kakinya yang ter’seliuh’ itu – menuruni anak tangga dan berhenti betul-betul ditingkat bawah. Memandang Taehyung dan Jungkook sedang ketawa bermain bersama.    Jimin menjeling dua orang lelaki yang sedang berseronok itu sebelum datang mendekati mereka dan mengacukan sepakan kakinya tepat pada punggung Taehyung yang sedang tertonggeng itu.   Selesai menyepak punggung tidak bersalah Taehyung itu Jimin melangkah naik keatas semula dengan kaki sengaja dihentakkan kuat sehingga membuatkan Taehyung dan Jungkook hanya mampu terngadah walaupun punggung Taehyung mula rasa pedih.    “Heol! Jungkook tu. Kalau dengan aku kemain lagi berlagak matang macam Jin hyung! Dahlah tak pernah panggil aku hyung lepas tu ugh- amoyingnya! Amoying! Amoying amoyiiiiing!” Jimin yang bengang itu mulalah mengeluarkan segala kata-kata aduan dengan nada suara yang menunjukkan dia sedang marah – bengang tahap dewa.    ●~●   “Demam kau dah kebah.” Seokjin berkata sambil menghulurkan Hana secawan air madu suam. Nara tersenyum dan menyambut huluran Seokjin itu. Nara meneguk air itu sedikit dan mengucapkan terima kasih. “Apapun, aku segan sangat sebab korang kena susah payah jaga aku.” Kata Nara perlahan.   Seokjin ketawa kecil dan berkata dengan lurusnya. “Nak segan apa? Bukannya kau tak pakai baju pu...n-“ Senyuman Seokjin mati dan dia tertelan air liurnya – memandang Hana dengan wajah tegang. Hana mengedipkan matanya dan perlahan-lahan meledakkan ketawa janggalnya.   “Ha...Ha...Jin, It’s okay.” Seokjin tertunduk malu kerana sekali lagi dia berjaya menjanggalkan situasi. Dia hanya mampu tersengih-sengih seperti kerang busuk dan meraba belakang tengkuknya.     Seokjin masih lagi terasa janggal dan dia sebenarnya mahu melarikan diri dari situ. Tetapi dia tidak tahu macam mana hendak meminta diri. Hana hanya menenggelamkan dirinya dengan menghirup air suam yang Seokjin beri itu dan menghiraukan Seokjin yang seperti cacing kepanasan disitu.   Seokjin meraba-raba pahanya dan membuka mulutnya – tetapi belum sempat suaranya keluar. Kedengaran pintu rumah Hana diketuk. Mereka berdua berpandangan dan terdengar pula suara yang mereka biasa dengar.   “Hana ya~ I'm home.” Mata Hana kelihatan bersinar-sinar. Pantas dia bangun dan mengarahkan Seokjin untuk duduk saja lalu dia ke pintu utama dan membuka pintu dengan luasnya, dia berniat mahu memarahi Hoseok kerana tidak datang sejak dari semalam tetapi niatnya terbantut apabila matanya jatuh memandang seseorang yang berdiri disebelah Hoseok.   “Y-Yoongi...” katanya perlahan. Ketika itu dia boleh melihat Yoongi tersenyum padanya tapi Hoseok telah memetik jari dihadapan muka Hana dan berkata. “Yah, yah. Aku kat sinilah. Sampai hati tak nak sambut abang kau yang kacak dan baik hati ni.” Hoseok mencebik sedikit di penghujung ayatnya. Hana cepat-cepat mengalihkan matanya dari Yoongi kepada Hoseok. Dia mengeluh perlahan dan mengambil selangkah ke belakang.    “Masuklah dulu, Jin ada kat dalam.” Hana berkata sambil mempelawa mereka berdua masuk. Mereka bertiga kembali ke ruang tamu bersama dan Seokjin agak terkejut melihat kehadiran Yoongi disitu. “Hey, Yoongi.” Sapanya – janggal.   Yoongi tersengih dia tidak tahu hendak menjelaskan sesuatu dan Hoseok yang perasan bersuara bagi pihaknya. “Tadi aku pergi pasar ambil ubat untuk Hana kan?” Hoseok menghulurkan Hana seplastik yang penuh dengan herba dan ginseng liar.   “Aku terserempak dengan Yoongi kat pasar. Lagipun lepas ni kitaorang ada hal nak bincang bersama. Sebelum selesaikan masalah kitaorang, aku bawa lah Yoongi singgah sekali.” Sambung Hoseok sementara Hana termangu-mangu dan cuba memaksa dirinya untuk memandang Yoongi.   Ketika pandangan mata mereka bertemu. Yoongi pula menghulurkan Hana sesuatu. “H-huh. Apa ni?” soal Hana ringkas. Yoongi tersengih janggal lagi. “Your favorite candies.” Jawab Yoongi perlahan. “Omo- banyaknya. Ak-“ belum sempat Hana mahu memberikan pendapatnya. Hoseok mencelah laju. “Yoongi dah tak tolong keluarga dia jual gula-gula. Dorang dah buka satu kedai kat Gangnam.”    “Ah..”   Air muka Hana yang berubah itu Seokjin perasan. Dia hanya tersenyum sebelum menepuk tangannya sekali. “Boleh aku tolong sediakan tu?” soalnya sambil menjuihkan bibir seksi dan tebalnya itu ke arah beg kertas yang penuh dengan bekas makanan.   Hoseok baru teringat. “Oh yeah, of course. Jom buat sama-sama.” Hoseok dan Seokjin berjalan bersama masuk ke dalam dapur, meninggalkan Hana dan Yoongi yang berhadapan antara satu sama lain sendirian.    “Err-Yoongi, duduklah dulu.” Hana bersuara cuba mematikan rasa kekok diantara mereka berdua. Yoongi mengangguk dan mengambil tempat duduk diatas sofa. Hana menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Teragak-agak mahu duduk ataupun tidak. Kepalanya kembali berdenyut tapi tidak seteruk semalam.   “Jadi-“ Hana pilih untuk duduk. “Apa khabar?” soalnya. “Baik, kau? Dah sihat?” soal Yoongi – memandang tepat ke wajah Hana. Hana berdehem cuba mendapatkan keyakinan dalam suaranya. Dia mengangguk sekali dan berkata.   “Hm. Sihat dah, yang tinggal cuma sakit kepala je kot? Mujurlah ada Seokjin semalam tolong tengokkan.” Hana tidak perasan akan perubahan pada reaksi wajah Yoongi yang mula tidak senang itu. “Oh yeah...Hm good to hear.” Jawab Yoongi sambil menyandarkan badannya pada sofa – tangannya pula mengeluarkan telefon bimbitnya keluar dari poket seluarnya.   Selepas itu semua menjadi senyap. Yoongi terlalu fokus pada telefonnya dan Hana pula dibiarkan menjadi tunggul disitu. ‘Orang kalau dah setakat anggap kita ni kawan dia. Kau ingat dia nak pandang kau ke!?’ Hana mula bercakap dengan dirinya sendiri. Dia mengeluh perlahan dan bangun.    “Aku, naik jap. Nak tukar baju.” Hana berkata lalu berlalu pergi sementara Yoongi menutup telefonnya dan matanya melirik jauh mengekori Hana sehingga Hana menghilang ditingkat atas. Tidak lama itu dia mengeluh sendirian. ‘Takkan dia masih marah kat aku pasal hari tu?’ soal Yoongi dan termenung seketika sehinggalah Hoseok keluar dari dapur.    “Eo? Yoongi hyung mana Hana?” soal Hoseok yang berhenti di belakang sofa dan menyandarkan kedua belah tapak tangannya pada sofa itu. Yoongi mendongak memandang Hoseok seraya menjawab. “Naik atas, tukar baju.” Hoseok terangguk-angguk dan kembali berdiri tegak.   “Kalau macam tu, jomlah. Pergi belakang. Kita sarapan kat halaman belakang.” Yoongi duduk tegak dan berdiri – mengekori Hoseok dari belakang. Sebaik saja dia melangkah keluar, Yoongi perasan Seokjin sedang mengemas meja yang dia baru saja angkat dari halaman belakang rumahnya untuk digabungkan dengan meja Hana.   “Hyung, kenapa tak panggil tolong angkat tadi?” Yoongi bersuara. Seokjin ketawa dan menepuk bahu Yoongi sekali. “Nak tolong kan? Pergi tolong ambilkan makanan kat dapur tu, sementara aku lapik meja.” Yoongi tidak membantah dan masuk ke dalam meminta makanan yang siap dihidang kepada Hoseok.    Beberapa minit kemudian,   Seokjin pulang ke rumahnya melalui pintu belakang saja untuk memanggil tiga orang adiknya yang entah masih tidur ataupun sudah bangun. Namun sebaik saja langkahnya berhenti diruang tamu. Matanya menangkap imej Taehyung yang sedang baring diatas sofa dan menonton televisyen.   “Tae? Mana yang lain?” soal Seokjin. “Eo? Chinyung, hyung dari mana?” soal Taehyung seraya bangun dari posisi baringnya. “Dari sebelah, tengokkan Hana. Tae dah mandi belum ni? Hoseok bawa sarapan untuk kita semua.” Mata Taehyung bersinar-sinar serta merta mengabaikan soalan Seokjin.   “Mana!?” soal Taehyung, tidak lama itu Jungkook turun dengan rambutnya masih lembap, kemungkinan baru selepas mandi – duga Seokjin ketika memandang adik bongsunya itu sekilas. “Apa yang Hoseok hyung ni?” soal Jungkook sebaik saja berdiri di sebelah Seokjin. “Hoseok dah sampai, dia ada kat sebelah, maksud hyung kat halaman belakang.”  Jelas Seokjin. “Oh, huh, kita kena pergi belakanglah?” Seokjin mengangguk. “Ya, makan ramai-ramai.” Katanya.    Sebelum sempat Jungkook memberi respon, mereka terdengar hentakan kaki laju menuruni anak tangga. Dan sudah pasti orang itu adalah Jimin yang turun dengan mata membulatnya.   “Makan ramai-ramai? Macam...PRATY!?” Soalnya – teruja. Seokjin mengeluh dan berpeluk tubuh, matanya dilirikkan kebawah memandang kaki berbalut Jimin. “Dah sihat dah?” soal Seokjin. Jimin terngadah dan memandang kakinya sebelum memegang lengan Jungkook sambil berdiri dengan tempangnya.   Bibirnya muncung sedikit dan menggelengkan kepalanya perlahan. “Stir hurch...” katanya membuatkan Seokjin dan Jungkook menjulingkan mata mereka ke atas. Taehyung yang perasan langsung meniru perbuatan menjuling tidak lama selepas itu.   “Kalau dah mandi pergi belakang. Yang tak mandi lagi pergi mandi dulu!” Arah Seokjin dan semua orang mula mengorak langkah menuju ke pintu belakang yang terletak di dapur. Sebelum sempat Jimin melangkah jauh, kolar bajunya ditarik dari belakang sehingga langkahnya terbantut.   “Hey hey there, Jimin tak mandi lagi.” Jimin menoleh dengan dahinya berkerut seribu. “Jimin dah mandilah.” Katanya. “Bukti?” soal Seokjin. “Uh, bukti-“ Jimin menundukkan kepalanya memandang tubuhnya yang masih lengkap dengan baju tidurnya. “Alaaa hyung. Bagilah Jimin makan dulu baru mandi.” Jimin mula memujuk rayu.   “Tak boleh.” Seokjin tegas menegahnya. “Kenapa!?” Jimin mula tidak berpuas hati. “Sebab kau tak malu ke? Ada Hana, Hoseok dan ada Yoongi sekali!” Jimin terngadah. “Ramai orang macam....PRATY!?” Responnya lalu menekup bibirnya kegembiraan. “Okay hyung! Jimin pergi mandi sekarang dan pakai baju lawa-lawa! Weee~” Dalam sekelip mata saja Jimin menaiki anak tangga dengan lajunya. Seokjin dibawah hanya mampu menggelengkan kepalanya.    “Hey,” Yoongi menyapa ketika melihat Taehyung dan Jungkook baru saja keluar dari rumah dan menuju ke arahnya. Dahi Taehyung berkerut memandang Yoongi – seakan tidak puas hati dengan Yoongi.   “Hyung...” Jungkook menyiku Taehyung. “Hyung.” Kali ini Taehyung bersuara – merujuk kepada Yoongi. “Yeap?” soal Yoongi kekal bertenang seperti tidak ada ap
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...