The Caretaker.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 8 : The Caretaker.

 

Maka dengan itu, Hoseok belum berpeluang untuk bertanya lagi kepada Seokjin kerana sekarang dia diharuskan mengambil Jungkook dan sekaligus menghantar orang-orang Hannam-dong pulang. Sebaik saja tiba dikampus. Jungkook masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa-apa. Hatinya benar-benar panas. Dia hanya menyapa Hoseok, Hana dan Seokjin sebelum mengasingkan dirinya daripada yang lain.

Jimin dan Taehyung menyiku antara satu sama lain - Seokjin pula memberikan pandangan yang sukar ditafsir apabila matanya bertembung dengan mereka berdua. Namun Jimin, yang selalu fikir bertentangan dengan apa yang Seokjin maksudkan (melalui pandangan itu) membuka mulutnya. "Jyongg-" Akan tetapi - ayatnya tidak dapat diteruskan apabila seseorang didalam kereta itu bersin dengan kuat.

Achoo!

Hana menggosok hidungnya dan mengerang sedikit - sakit hidungnya saat itu sehingga ke kepala. Dengan suara sedikit sengaunya Hana berkata ringkas dan perlahan. "Sorry." Hoseok menoleh ke sisi sesaat sebelum memandang ke arah hadapan - jalan raya yang sibuk dan sesak, pukul 5 tepat dimana semua orang bekerja dipejabat berpusu-pusu hendak pulang.

Dalam diam Hoseok mengeluh tapi tidak melupakan niatnya untuk bertanya kepada Hana. "Dah berapa kali aku tengok kau bersin, alergik kau datang lagi?" Hana menggelengkan kepalanya laju. 

"Entahlah." Jawabnya. "Selesema ke?" Kali ini Seokjin bersuara setelah lama mendiamkan diri. Hana menggarukan kepalanya dan teringat akan pagi tadi - dimana dia bersin kuat dan berasa seram sejuk. "Tak kot? Mungkin kereta Hoseok ni banyak sangat habuk." Hana berkata cuba mengisi sedikit unsur kelakar dalam ayatnya tetapi tiada siapa yang menganggap apa yang dia katakan itu lucu.

"Merepek, aku baru servis pembersihan dua hari lepas. Habuk apanya." Hana hanya menjulingkan matanya ke atas dan menyandarkan kepalanya pada tingkap - memang kepalanya terasa berat dan pening. Hana mengeluh.

"Jungkook, senyap je?" Hoseok membuka satu lagi topik baru apabila mereka berenam terperangkap didalam kesesakan lalu lintas. "Huh? Huh- hm, tak tahu nak cakap apa?" Jungkook menjawab.

"Cakaplah apa kau buat kat perpustakaan tadi. Baca buku ke, tidur ke atau mengorat gegirl ke?" Taehyung mencelah - seperti tidak ada apa-apa yang berlaku diantara dia dan Jungkook. Jungkook menjeling Taehyung yang duduk disebelahnya itu sebelum membuang pandangannya ke luar tingkap semula.

"Oh kat library tadi, hm seronoknya baca buku lepas tu tunggu orang berjam-jam lamanya." Jungkook menjawab dengan penuh sarkastiknya. Jimin sudah mula diterpa rasa bersalah dan begitu juga dengan Seokjin kerana membiarkan adik bongsunya bersendirian di kampus tadi. Sementara Taehyung. "Tsk, kesiannya Gukkie. Kalau Taetae hyung lah kan. Dah lama balik lepas tu tidur kat rumah. Buat apa nak tunggu orang yang tak dikunjung tiba kan?" Kata Taehyung - penuh selamba dan Jungkook mula ketawa gila. 

 

Hoseok memandang Hana cuba berkomunikasi melalui pandangan mata tetapi sedar yang Hana sedang menutup matanya - tertidur mungkin? Lalu matanya dialihkan kepada cermin hadapan yang memantulkan barisan manusia dibelakang. Matanya bertembung dengan Seokjin yang sedang berkerut dahi.   "Err Jungkookie, apa yang lawaknya?" soal Jimin yang memberanikan dirinya. Jungkook berhenti ketawa dan memandang Jimin. "Kita cakap kat rumah." Jungkook berhenti ketawa dan berkata kerana dia tidak mahu Hana menyaksikan pergaduhan diantara mereka.   Setelah hampir 15 minit terperangkap dalam kesesakan itu. Akhirnya kereta Hoseok berparkir indah dihadapan rumah teres dupleks itu. Jungkook turun dari kereta terlebih dahulu itupun setelah mengucapkan terima kasih kepada Hoseok dan diikuti oleh Taehyung, Jimin serta Seokjin. Seokjin berhenti dan memandang Hoseok ketika Hoseok menyeru namanya - perlahan. "Hyung." Kening Seokjin terangkat dua. "Hm?" soal Seokjin.   "Kerja tu, macam mana eh?" soal Hoseok. "Hyung terima?" Sambungnya dan memberikan Seokjin pandangan penuh berharap. Seokjin tersenyum tapi dalam senyumnya matanya agak sedih. "Yang tu, aku nak sangat tapi- aku bincang dengan mereka bertiga dulu. Ada apa-apa aku contact kau okay?" Hoseok mengangguk.   "Apapun terima kasih sekali lagi. Kau betul-betul tak boleh singgah makan malam?" Hoseok menggelengkan kepalanya. "Kafe makin sibuk malam ni, ada tempahan hari jadi." Jawabnya sebelum menghantar Seokjin keluar dengan matanya - setelah memandang Seokjin masuk matanya teralih kepada Hana pula.   "Amboi budak ni-" omel Hoseok mula menggoncangkan tubuh Hana perlahan. "Oi Jung Hana, bangun. Kita dah sampai." Hoseok berkata dan perlahan matanya terbuka sebelum ia terbuka seluas mungkin. "Oh my, dah sampai. Okay okay aku turun dulu. Bye." Hana berkata , keluar dari kereta dan meninggalkan Hoseok yang hanya mampu berkerut dahi.   "Dah kenapa?" soalnya sebelum menggelengkan kepalanya. Hana memegang kepalanya yang sakit dan menutup pintu dengan menggunakan kakinya - dia berjalan masuk ke ruang tamu dan menghempapkan tubuhnya diatas lantai ruang tamu yang berlapikkan sebidang karpet berbulu lembut kegemarannya itu.   "Peningnya!"    ●~●   Rancangan Jimin untuk memeluk cium Seokjin telah bertukar untuk memeluk cium Jungkook pula - Seokjin mengarahkan Taehyung dan Jimin pergi meminta maaf dengan Jungkook sebelum mereka semua dapat menikmati makan malam bersama. Taehyung dan Jimin kini sedang berdiri dihadapan bilik Jungkook.   Mereka berdua sedang bertolakan kerana tiada siapa yang mahu menawarkan diri untuk masuk terlebih dahulu. Jimin menarik rambut Taehyung dengan kasar dan menyebabkan Taehyung mengerang kesakitan - dia mencebik dan memegang kepalanya yang terasa sakit.   "Yah! Jiminnie!" Jimin menjeling Taehyung. "Aku hyung kau, jadi dengar cakap hyung!" Taehyung berdengus – memprotes. "Tak nak!" Jimin mahu memukul kepala Taehyung pula tapi berhenti apabila pintu bilik Jungkook terbuka - menampakkan Jungkook yang memandang muka Jimin serta Taehyung dengan hairannya.   "Apa korang buat kat sini?" soal Jungkook. Keadaan senyap untuk beberapa puluh saat sebelum Jimin menarik Taehyung kebawah sehingga mereka berdua melutut didepan Jungkook.   "Jungkookie! Chim minta maaf sebab balik tanpa Kookie tadi, Maafkan kitaorang dan benarkan kitaorang makan malam sebab pasta yang Hoseok masak tadi tak cukup Chimchim rasa boleh mati kalau tak makan malam ni, Jungkookie tolong maafkan kami-" Jungkook terngadah dan cuba mencelah tetapi Jimin tidak memberikannya peluang sehinggalah.   "Jimin!" Jungkook menjerit dan Jimin menutup mulutnya dan wajahnya menjadi serius. "Jimin, Tae hyung bangun dulu." Arah Jungkook dan dua orang yang lebih tua itu tidak bertanya lebih - langsung berdiri. "Takpe." Jungkook bersuara - riak wajahnya kelihatan tenang. "Huh?" Sudah tentu mereka berdua tidak faham.    "Tak perlu minta maaf korang cuma cuai dan lupakan aku kat belakang. So, tak semua salah korang." Jungkook berkata lagi. Sejak dua menjak ini Jungkook cepat naik angin tapi cepat pula sejuk - mungkin dia patut belajar bertenang dan menjadi seorang remaja lelaki yang bertenang serta cool sepanjang masa. Sebagai langkah permulaan, dia tidak boleh membenarkan perangai luar biasa kedua orang abangnya itu mencabar tahap kesabarannya.   Lagi pula, Jungkook tidak dapat mencari apa kebaikannya terus marah dan merajuk dengan abang-abangnya walaupun naluri menjadi seorang adik bongsu dalam keluarga itu wujud dalam dirinya.    "Jin hyung dah masak kan? Jom turun, kita makan sama-sama okay?" Jungkook melemparkan senyuman kepada dua orang abangnya yang sedang ternonong itu sebelum berlalu pergi - menuruni anak tangga untuk pergi ke dapur, membantu Seokjin apa yang patut.   Tumpuan Seokjin yang sedang berada pada nasi teralih kepada Jungkook yang baru masuk ke ruang makan. "Hyung, ada apa yang Guk boleh bantu?" soal Jungkook. Seokjin memandangnya dengan hairan. "Hm, takde apa. Tinggal makan je. Mana dorang berd-" Seokjin berhenti bercakap apabila kelibat Jimin dan Taehyung kelihatan. Masuk dengan dahi terkerut sedikit semuanya.    "Dah selesai?" soal Seokjin. Mereka bertiga mengambil tempat duduk dihadapan Seokjin. “Entahlah hyung. Tae tengok Guk tu macam kena rasuk hantu dar-Ow!” Jimin menempelak belakang kepala Taehyung sebelum lelaki itu sempat menghabiskan ayatnya.   "Hm rasanyalah sebab Guk kata kitaorang tak perlu minta maaf sebab semua tu salah dia." Jimin bersuara membuatkan Seokjin dan Jungkook berkerut dahi memandangnya. Jungkook mengeluh. Memberikan Seokjin pandangan yang berkata 'Salah faham lagi lah tu.' Dan Seokjin tidak berkata lebih kerana ada sesuatu yang lebih penting dia harus katakan kepada mereka bertiga tetapi mengambil keputusan untuk memberitahu selepas mereka menikmati makan malam.    "Hyung, biar Guk yang kemas meja okay?" Jungkook bersuara sebaik saja mereka habis makan. "Hm? Okay." Mereka semua mahu bangun tapi Seokjin berdehem dan berkata. "Korang semua boleh duduk jap? Hyung nak cakap sesuatu." Ketiga mereka duduk semula dan memandang Seokjin hampir tidak berkedip mata masing-masing.   "Hyung nak cakap apa?" soal Jungkook. Seokjin menarik nafasnya dalam-dalam dan membuka mulut. "Hy-" Taehyung bersuara terlebih dahulu. "Hyung sakit ke?" Seokjin menggelengkan kepalanya laju dan mahu membuka mulut lagi. "Hyung nak kahwin dah!? Siapa perempuan malang tu!?" Mata Seokjin membulat sedikit.   "Malang?" soalnya perlahan. "Aish, korang! Bagilah Seokjin cakap dulu baru celah." Jungkook mencelah. Seokjin mengeluh dan menundukkan kepalanya. "Hyung, dorang dah senyap. Cakaplah." Jungkook menyuruh Seokjin untuk meneruskan apa yang dia mahu katakan.    Seokjin mengangkat mukanya dan berkata. "Hoseok tawarkan hyung kerja. Jadi ketua chef kat kafe." Jungkook menepuk tangannya sekali. "Wow! Hyung bagusnya!" Jimin dan Taehyung hanya membisu. "Tapi hyung tak terima lagi sebab risaukan korang." Jungkook menggelengkan kepalanya laju. "Risau apa?" soal Jungkook.   "Rumah ni? Rutin hyung selama korang membesar?" Jawab Seokjin. Jimin dan Taehyung menganggukkan kepalanya. Jungkook mengeluh. "Hyung, kitaorang bertiga dah besarlah." Seokjin memandang Jimin dan Taehyung pula. "Korang?" soal Seokjin. "Huh," Kedua mereka membisu. "Jangan fikir sangat diorang dua ni, hyung terima je. Cakap dengan Hoseok sekarang."    Riak wajah Seokjin semakin susah hati melihat reaksi yang Jimin dan Taehyung beri. "Hyung takkan senang kerja kalau korang dua tak kasi hyung terima tawaran tu." Seokjin berkata membuatkan Jungkook semakin bengang tetapi belum sempat dia menunjukkan kebengangannya yang hampir meletus itu Jimin bersuara.   "Kalau hyung kerja, hyung sibuk kalau hyung sibuk nanti Chim rindu dekat hyung lah." Seokjin tersenyum. "Hyung balik rumah lah, 8 jam je kat tempat kerja. Kalau Jimin nak, korang bertiga boleh datang sana dan tunggu hyung sampai habis kerja." Mata Jimin dan Taehyung bersinar.   Mereka terangguk-angguk laju dan Jungkook terngadah. Begitu mudah dan cepat mereka berubah fikiran.  “Itupun kalau Hoseok benarkanlah.” Kata Seokjin perlahan.   Kini Seokjin sedang duduk diruang tamu menggenggam telefon Jungkook dan diperhatikan oleh tiga pasang anak mata. "Hyung, apa tunggu lagi. Telefonlah Hoseok hyung." Seokjin menelan air liurnya dan mengangguk sekali dia mendail nombor telefon Hoseok yang sedia ada didalam senarai kenalan telefon Jungkook dan memasang pembesar suara agar mereka semua dengar apa yang mereka bakal bualkan.   Namun cubaan kali pertama menghubungi Hoseok gagal. Seokjin mencuba lagi cuma kali ini dia terlupa memasang pembesar suara dan terdengar suara Hoseok menyapanya. "Hello? Jungkookie?" Seokjin memberikan isyarat mata kepada ketiga orang adiknya yang Hoseok sudah menjawab panggilan dan membalas sapaan Hoseok. "Hoseok, ni Seokjin hyung lah."    "Oh, Seokjin hyung!" Hoseok kedengaran gembira sekali. "Ada apa telefon ni? Kebetulan sangatlah aku memang nak hubungi korang..." Sambung Hoseok. "Hurm? Pasal kerja tu kan? Aku telefon kau memang nak cakap pasal benda tu lah." Kata Seokjin.   "Oh yeah, kerja tu dan ada satu lagi tapi kita cakap pasal kerja. So macam mana?" soal Hoseok. "Ah, hmm aku terima." Seokjin boleh dengar Hoseok bersorak dihujung sana.  "Mansae! Cool, esok aku pergi Hannam-dong dan kita bincang lagi." Seokjin tersengih-sengih sebelum teringat akan sesuatu. "Oh tadi kau kata ada benda nak cakap lagi kan?" soal Seokjin.   "Oh hm hm, pasal tu. Tadi Hana call aku dia kata dia rasa tak sihat. Aku nak minta tolong sikit. Tolong tengok-tengokkan dia. Aku kena jaga kafe sampai tutup hari ni." Seokjin terngadah sedikit. "Dan kalau tak keberatan aku minta tolong sikit lagi eh? Bagitahu Hana yang aku akan datang esok." Hoseok berkata lagi. "Eh, tak susah lah, aku boleh je tolong tengokkan dia." Jawab Seokjin berserta senyuman - seakan Hoseok boleh melihat senyumannya itu.    "Omo- terima kasih banyak-banyak hyung! Kalau teruk sangat keadaan si Hana tu call aku?" Seokjin bersetuju dan langsung tidak membantah apa-apa sehingga talian diputuskan. "Hyung nak tengok siapa?" Soal Jungkook sebaik saja Seokjin menghulurkan telefon itu kepada Jungkook semula.   "Hana, Hoseok kata dia sakit. So dia minta hyung tengok-tengokkan Hana." Jungkook menganggukkan kepalanya. "Nak ikut!" Jimin dan Taehyung serentak bersuara. "Ah, tak bolehlah, orang sakit ni biasanya tak suka tengok orang ramai dan bising." Seokjin bersuara. "Betul! Kalau Guk sakit pun kalau boleh tak nak tengok muka korang semua kecuali Jin hyung." Jungkook mencelah. Jimin dan Taehyung mencebik.    "Tapi bukan ke melawat orang sakit itu bagus?" soal Taehyung. "Memanglah tapi sekarang kan dah lewat? Hyung nak tengok je dia teruk ke tak. So lebih baik hyung pergi seorang." Taehyung mengecilkan matanya memandang Seokjin. "Hyung..." Kening Seokjin terangkat. "Hm?" Taehyung memeluk tubuhnya dan berkata.   "Hyung saja nak berdua-duaan dengan Hana kan?" Seokjin terngadah. "Aish. Merepek lah Tae ni. Dah lah lebih baik korang semua pergi tidur. Esok ada kelas lagi kan? Hyung nak jenguk Hana kejap." Seokjin berdiri dan pergi ke dapur. Membungkus sedikit makanan untuk Hana yang mungkin belum makan itu.     "Dah dah hyungs bangun dan pergi tidur." Jungkook menepuk-nepuk tangannya seraya berjalan menuju ke anak tangga untuk naik ke atas. "Chim! Jom teman Tae tengok citer Pokemon!" Taehyung bersuara dan Jimin tidak membantah malah bersetuju.   "Kewl! Chim pun nak tengok Pokemon!" Lalu dua orang lelaki itu berlarian naik ke atas dan tidak lupa menolak Jungkook yang masih memanjat anak tangga ketepi. "Yah! Kalau aku jatuh tergolek macam mana!?" Jerit Jungkook - bengang.   Setibanya dia ditingkat atas dia boleh dengar suara Taehyung menjawab soalannya. "Jadi Kookie golek lah!" Dan disoroti dengan ketawa mengekek Jimin. Jungkook menghempap pintunya kuat dan menghentakkan kakinya tanda dia tidak berpuas hati diperlakukan begitu.    "Huh!? Kenapa kau suruh dorang datang!?" Hana secara teknikalnya menjerit pada telefonnya dan terduduk tetapi baring semula kerana kepalanya terasa sakit seperti dicucuk jarum bertubi-tubi.   "Gedik! Terima jelah bantuan tak payah nak ego sangat aku busy kbye-" Belum sempat Hana hendak berkata apa-apa selepas itu - Hoseok sudah memutuskan talian dan tidak lama itu bunyi pintunya diketuk kedengaran halus.   Hana mengeluh dan dapat mengagak orang yang mengetuk pintunya itu sudah pasti jiran rumah sebelahnya cuma apa yang Hana dapati adalah, ketukannya sungguh halus dan tidak sekecoh seperti kebiasaannya.    Hana memaksa dirinya untuk bangun dan membuka pintu - melihat Seokjin sedang berdiri dihadapan pintunya dengan sedikit senyuman. Kening Hana terangkat dua berpura-pura tidak tahu apa tujuan Seokjin datang kerumahnya malam-malam. Matanya sempat memandang kiri dan kanan Seokjin, tiada sesiapa kecuali lelaki berdada bidang itu.   "Hoseok telefon tadi, dia kata kau sakit?" Hana tersengih janggal. Menjemput Seokjin masuk terlebih dahulu. Walaupun dia mahu sekali menghalau Seokjin pulang ke rumahnya semula. Hana perlukan bantuan – dia terfikir hendak menele
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...