The Burdensome.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 2 :  The Burdensome.

"Hey. Apa boss datang kerja hari Ahad ni hah?" Hana menjeling Hoseok sebelum menampar bahu sepupunya itu dengan kuat. "Just shut your mouth up, Hoseok oppa. Ugh." Hana memberikan Hoseok jelingan tajam terakhir sebelum mengambil tempat duduk kegemarannya didalam kafe itu. Hoseok memandang Yoonsun. "Apa kes perempuan tu?" soal Hoseok. "Aku baru nak dengar cerita dia jadi jangan tanya aku okay? Oh and bawakkan kitaorang the usual juseyo. Thank you, oppa." Hoseok hanya menjulingkan matanya dan menekan sesuatu pada skrin untuk menghantar pesanan mereka ke dapur.

"Apasal lain macam je cara dorang panggil aku oppa huh?" omelnya perlahan sebelum mengambil pesanan beberapa orang lagi pelanggan yang baru masuk sebelum dia menoleh ke sisi memandang Youngjae yang sedang membancuh Vanilla latte untuk Hana dan Yoonsun. "Jae, Aku hantar kopi-kopi tu nanti dan kau ganti aku kat kaunter ye." Youngjae hanya menganggukkan kepalanya sementara tangannya sibuk membancuh.

"Okay Hana apa cer? Bagilah aku tahu kenapa kau kata jiran kau tu luar biasa? Dorang ada power ke?" soal Yoonsun - tidak sabar hendak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada kali pertama Hana mempunyai jiran baru. Hana melepaskan keluhan dan duduk tegak - baru saja dia hendak membuka mulut Hoseok datang dengan meletakkan dua cawan Iced Vanilla Latte dihadapan mereka berdua sebelum dia sendiri mengambil tempat duduk disebelah Yoonsun - berhadapan dengan Hana.

"Okay go on. Aku nak dengar juga." Hoseok bersuara. Baru saja Hana hendak membuka mulut. Hoseok mencelah. "Jap! Ni bukan pasal Suga Boy kau tu kan?" Hana memberikan Hoseok jelingan tajam. "Okay. Sorry ganggu. Teruskan cerita anda." Hoseok mengangkat kedua tangannya sebagai tanda berundur dan duduk diam sebelum Hana menghirup minumannya sekali dua dan mula bercerita.

"Hyung! Chim suka yang ni." Taehyung mengangkat sebotol jem bersaiz besar berperisa kacang pistacio ke arah Seokjin. "Ah? Serius ah? Bukan kau yang suka perisa ni?" soal Seokjin - dahinya terkerut sedikit. "Uh. Alah. Chim pun suka lah." Seokjin tidak mahu berbalah - dia mengambil botol jem itu dan dimasukkan kedalam troli barangan yang dia tolak itu.

"Lagi? Strawberri dah ada?" Taehyung mengangguk sambil berkata "Checkeud!" Seokjin bertanya lagi. "Coklat?" Taehyung mengangguk dan berkata "Checkeud!" Tidak lama itu Seokjin bertanya lagi. "Beri merah? Beri biru?" Taehyung kali ini mengangkat kedua ibu jarinya seraya menjawab "Checkeud! Checkeud!" Seokjin berhenti menolak troli itu dan memandang kedalam troli itu dengan dahi terkerut sedikit sebelum mengangkat dagunya memandang Taehyung yang sedang melilau-lilaukan pandangannya memandang ke arah makcik yang sedang memberikan makanan percubaan untuk para pelanggan yang lalu.

"Tae..." Seokjin bersuara dan Taehyung menoleh sepantas kilat. "Hyung?" soalnya. "Kalau kau dah checkeud semua. Kenapa ada satu botol jem je kat dalam troli?" soal Seokjin dahinya terkerut sedikit memandang Taehyung. "Oh. Eh? Hyung kan tanya strawberri ada coklat ada beri merah biru ada. Taetae katalah ada sebab kat tempat ni memang ada semua tu kan kan? Hyung kan?" Seokjin menggarukan kepalanya dan tersenyum mesra kepada Taehyung. "Ya. Betullah tu tapi kita kan nak belikan Jimin jem-jem dia? So kita kena ambil sebotol dan masuk dalam ni. Okay?" Taehyung memukul bahu Seokjin sekali seraya bersuara. "Eyyy. Hyung ni. Taetae tau lah yang tu hehe..." Seokjin tertawa. "Kalau macam tu pergilah ambil?" Tanpa membuang masa Taehyung mengambil jem-jem yang Seokjin sebut tadi dan memasukkannya kedalam troli. Seorang budak perempuan yang sejak daripada tadi memerhati dan mendengar perbualan Seokjin dan Taehyung itu hanya terngadah sebelum dia berlari anak mencari ibunya dan bersuara "Omma! Omma! Ada dua orang oppa tu kan. Bodoh sangat!" Ibu kepada budak perempuan itu hanya menoleh dan tidak nampak mana-mana oppa yang anaknya beritahu sebelum dia bersuara "Haish. Tak baiklah kata orang bodoh." Budak perempuan itu memprotes. "Tapi omma, oppadeul tu tu memang bodoh sangat..." Ibunya hanya mengabaikan anaknya yang tertoleh-toleh mencari oppadeul yang dia kata bodoh itu.

Taehyung meletakkan jem terakhir ke dalam troli sambil memandang ke arah seorang budak perempuan yang jarinya asyik tertuding-tuding ke arah mereka. "Hyung, budak perempuan tu kan asyik tunjuk dan tengok ke arah kita je tadi. Kenapa eh?" soal Taehyung. Seokjin menoleh dan membuat kontek mata dengan budak perempuan itu. "Ah. Yeke?" Taehyung mengangguk laju. "Daripada tadi." Taehyung berkata - kali ini yakin pula. "Entahlah." Jawab Seokjin menyusun botol-botol jem yang telah memenuhi 89% ruangan didalam troli itu. "Oh. Mungkin sebab hyung kacak sangat kot!" Taehyung menduga membuatkan Seokjin tersenyum bangga. "Hurm.. Boleh jadi?" Kata Seokjin - menolak rambutnya kebelakang dan memandang budak perempuan itu semula. Mata budak perempuan itu kelihatannya membulat sedikit dan Seokjin memberikan budak itu satu kenyitan mata sebelum menoleh - dimana membuatkan budak perempuan itu menangis - dan Seokjin tidak nampak memandangkan dia dan Taehyung sudah berlalu pergi dari tempat botol-botol jem tersebut. 

"Ah." Tiba-tiba langkah Seokjin terhenti sambil memandang Taehyung yang sedang memandang Seokjin dengan hairan. "Kenapa, hyung?" soalnya. "Peti ais kita kosong. Alang-alang dah ada kat sini, kita beli makanan basah dan keringlah eh?" Taehyung menyengetkan kepalanya sedikit sebelum menganggukkan kepalanya dua kali. "Okay."

Seokjin menolak troli penuh jem itu masuk ke arah kiri dan berhenti berjalan untuk kali kedua pula. "Eh? Kenapa lagi?" soal  Taehyung. "Ambil satu lagi troli atau bakul? Sebab troli ni dah penuh lah." Taehyung mengangguk faham dan tidak membuang masa - dia berlari ke arah tempat penyimpanan troli dan mengambil satu lagi troli ekstra. Akhirnya mereka berdua tinggal didalam pusat membeli-belah itu untuk 2 jam setengah lagi kerana Seokjin amat cerewet dalam pemilihan untuk bahan masakannya.

"Hyung dah pukul 5 ni. Mana sempat nak makan malam nanti." Adu Taehyung - kakinya sudah lenguh dan perutnya sudah kenyang kerana dia tidak berhenti memakan makanan percubaan yang ada disepanjang laluan itu - sehingga ahjumma dan noona yang bekerja dibahagian percubaan makanan sudah naik kenal dengan wajah Taehyung. "Pukul 5!? Seriuslah?" soal Seokjin sedikit terkejut sebelum mengerling ke arah jam tangannya yang jarumnya tidak pernah beralih dari menunjukkan pukul 3:30pm. "Laa rosak ke?" soal Seokjin sambil mengetuk-ngetuk jam tangannya. Taehyung menjenguk ke arah jam tangan Seokjin dan meniup-niup jam tangan tersebut. "Hey, apa kau buat ni?" soal Seokjin menyorok tangannya kebelakang. "Mana tau jam tangan hyung sedang tidur ke?" Seokjin menjeling Taehyung sebelum tertawa kecil. "Aigoo Taehyung ah, gurauan kau tu dah lapuk lah." Seokjin masih tertawa. "Tapi hyung. Taetae tak bergurau." Kata Taehyung - wajahnya serius saja memandang Seokjin. Seokjin berhenti ketawa dan menolak pipi Taehyung perlahan. "Merepek. Jom pergi kaunter buat pembayaran!" 

Setelah mereka berdua membuat bayaran. Seokjin menolak satu troli yang sarat dengan plastik berisi barang-barang yang mereka beli tadi keluar dari seksyen makanan. "Gila betul. Nasib cukup duit kita bayar semua benda ni. Tinggal 400 won je lagi." Taehyung menoleh memandang Seokjin. "Hyung. Habis tu kita balik rumah naik apa?" soalnya. "Ah. Naik bas je. Teksi mana cukup. Lagipun hyung tak nampak mana-mana teksi kat sini pun." Jawab Seokjin - kepalanya tertoleh ke kanan dan kiri beberapa kali dan terlepas pandang ke arah kelompok teksi yang ada bersebelahan dengan perhentian bas itu.

Jadi dua makhluk itu berhenti diperhentian bas berdekatan dengan masih menolak troli mereka yang sarat itu - walaupun menerima pandangan kurang selesa daripada manusia-manusia yang lalu itu langsung tidak mengganggu tumpuan Seokjin yang sedang cuba membaca laluan-laluan bas serta nombornya. "Tae, kau tau tak nama kawasan perumahan kita tu apa?" soal Seokjin - kurang pasti atau sebenarnya dia tidak berapa hendak ingat apa nama kawasan perumahan mereka yang baru itu kerana mereka terlalu sibuk untuk berpindah malah ketika menandatangani kontrak pembelian rumah pun mereka tidak baca syarat-syarat dan terma yang berada didalam kontrak itu dek kerana terlampau teruja. "Tak ingatlah, hyung. Tapi rasanya Kookie ingat kot." Taehyung mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Jungkook tapi nampaknya maknae itu masih nyenyak diulit mimpi dan Taehyung mengambil keputusan untuk menelefon Jimin yang mungkin masih terjaga. Sangkaan Taehyung tepat apabila Jimin menjawab panggilan itu sepantas kilat.

"Taetaehyuuuuuung! Korang kat mana? Bosannya aku tunggu sensorang kat sini. Jungkook masih tidur - aku lap muka dia dengan air liur meleleh dia pun tak bangun-bangun uwaaarghh. Taetae ma bestrubadi pohrlis kambaekeu home!" Jimin bersuara dengan penuh dramatik di penghujung ayatnya dan langsung tidak memberi Taehyung peluang untuk mencelah. "Err. Chim?" Taehyung bersuara setelah Jimin mula senyap dihujung talian sana. "Neh?" soal Jimin - baru saja Taehyung hendak bersuara Jimin memotong "Tae? Cakaplah sesuatu janganlah senyap je. Korang kat mana? Jin hyung mana?" Taehyung mengeluh dan memberikan Seokjin telefonnya - mengarahkan hyungnya itu untuk bercakap langsung kepada Jimin.

"Jiminnie?" soal Seokjin. "Hyuuuung!" Jimin menjerit kegembiraan. "Hyung-" "Bagi hyung cakap dulu!" Jerit Seokjin - lantang sebelum berdehem dan memerhatikan sekeliling. "Sekarang. Bagi hyung tahu apa nama kawasan perumahan kita tu. Kalau tak ingat pergi tanya Kookie." Seokjin bersuara. "Ah...Alah Kookie tak nak bangun pun! Hyung, Chim tak ingatlah." Seokjin melepaskan keluhan kecil sebelum berkata lagi "Okay pergi peti surat dan cuba cari ada tak nama tempat tu?"

Jimin tidak membantah dan langsung keluar dari rumah menuju ke peti surat. 'Peti surat, peti surat, peti surat - oh itupun awak, encik peti surat yang pendek dari Chim hehe..' bisik Jimin lalu berhenti dihadapan peti surat tersebut. Dia tunduk sedikit dan meneliti penutup peti itu dan berkata - menekup semula telefon pada telinganya. "Hyung! Nak tengok nama tempat kat mana?" soal Jimin matanya masih meneliti. "Carilah kalau ada nama-nama tempat ke? Kau kan reti baca?"  Mendengar Seokjin berkata demikian Jimin mengerutkan dahinya dan berdengus perlahan - dia sudah berputus asa melihat peti surat kosong tanpa sebarang tulisan itu sebelum badannya terpusing ke kiri dan kanan cuba mencari mana-mana makhluk untuk bertanya tapi malang sungguh nasibnya apabila dua buah rumah yang berada disebelah bangunan rumah mereka berada 200meter jauhnya dan Jimin sangat-sangat malas untuk berjalan - mengetuk pintu semata-mata hendak bertanyakan tentang nama kawasan perumahan mereka itu. 

"Ah! Hyung, aku pergi tanya Hana eh?" Cadang Jimin - kakinya laju saja melangkah ke pintu hadapan rumah Hana. "Eh nak tanya apa? Dia dah balik belum?" Langkah Jimin terhenti separuh jalan. "Eo? Hana keluar? Oh yeah Hana keluar. Alah macam mana ni?" Seokjin melepaskan keluhan dan menyuruh Jimin berbuat sesuatu lagi. Sementara Seokjin sedang bercakap dengan Jimin ditalian. Taehyung berjalan kehadapan melepasi perhentian bas dan melihat ada beberapa buah teksi berparkir disitu. Matanya bercahaya dan pantas mendekati salah seorang pemandu teksi disitu. "Ahjussi." Taehyung memanggil perlahan. Pakcik teksi itu mendongak dan memandang Taehyung seraya bersuara "Hm? Adik nak pergi mana?" soalnya. Taehyung menggelengkan kepalanya laju dia memberitahu pakcik itu yang mereka sekarang sedang buntu mencari nama tempat tinggal mereka kerana mereka tidak cukup duit untuk naik teksi dan terpaksa mengambil bas yang jauh lebih murah - tapi mereka tidak boleh menaiki bas kalau nama tempat tinggal mereka sendiri tidak tahu! Pakcik itu tertawa dan mengarahkan Taehyung untuk duduk dan menjelaskan bagaimana rupa kawasan perumahan mereka itu. Maka Taehyung pun memberitahu pakcik itu dengan penuh semangatnya. 

"Ichon-dong?" Mata Taehyung membulat sedikit apabila mendengar nama tempat yang disebut pakcik itu dan bersuara "Ichon-dong?" soalnya sebelum berlari anak mendekati Seokjin. "Hyung! Hyung! Dah ingat, aku dah ingat. Nama tempat kita tu Ichon-dong!" Seokjin menutup telefonnya dan memandang Taehyung dengan kepala menyenget sedikitnya itu. "Kan ada dong-dong dan nama depannya Ichon!" Seokjin menarik nafa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...