The Sympathy.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter
Chapter 15 : The Sympathy.

 

“Hana, hi!"  

"Namjoon, hi? Apa kau buat kat sini?" Hana senyum lalu menyoal, seakan tidak percaya yang dia boleh terserempak dengan Namjoon di sini. Banyak-banyak tempat, kenapa di sini? 

"Lawat," Namjoon tersenyum sambil menuding jarinya ke arah belakang lalu memegang tangannya yang berbalut itu. "Family." Sambungnya.

"Kau? Sama?" Soalnya pula. Hana tersenyum mengangguk, "Kebetulan, yeah?" 

"Dan kenapa kau belum balik?" Soalan yang Hana mahu tanya Namjoon, Namjoon tanya kepadanya terlebih dahulu. "Hm.. Cerita aku panjang. Kalau kau tak rush nak balik. Aku boleh cerita." Hana tersenyum lagi. "Aku? Hm.. Belum lagi." Namjoon memancarkan lesung pipinya lagi dan Hana boleh nampak senyuman Namjoon yang tidak sampai ke dalam jiwanya. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu lelaki itu, seperti dia, ada sesuatu yang mengacau dirinya sejak kebelakangan itu.


"So, kenapa kau belum balik lagi?"

Hana tertawa kecil - kedengaran janggal. "Aku tertidur dalam train tadi, bila bangun. Semua barang aku hilang. Kelakar kan?" Mulut Namjoon ternganga.

"Wow, bahaya sangat. Kenapa tak suruh someone teman kau ke?" Hana menggelengkan kepalanya. "Aku suka sendirian kalau datang sini. Most of time, Hoseok teman tapi kali ni aku nak sendirian." Jawabnya lalu memandang Namjoon lagi,

"Kau? Kenapa tak balik lagi?" 
Namjoon tidak terus menjawab malah dia mencangkung dan tertawa kecil. Dahi Hana berkerut sedikit dengan gaya Namjoon itu. "Aku kena buang kerja," Tidak lama itu dia menjawab. Hana perlahan mencangkung juga di sebelah Namjoon dan memandang wajah jejaka itu dari tepi. "Sebab kerja kau berat kan, dan tangan kau cedera." Hana mula rasa bersalah, walaupun bukan salah Hana sepenuhnya. Dia masih rasa bersalah.

Namjoon tertawa, agak besar. "Bukan hal besarlah, aku boleh cari kerja lain tapi. Ah, aku tak rasa aku patut cakap benda ni pun, biarlah. Aku boleh selesaikan, jangan risau okay?" Dahi Hana berkerut sedikit. "Aku tak risau tapi rasa bersalah? Sebab kami, termasuk aku, kau cedera dan sebab kau cedera kau hilang kerja." Namjoon tergelak lagi.

"Hana, ada orang bagitahu kau, yang kau ni sebenarnya kelakar?"
"Dan kenapa pula aku kelakar?" Hana mula tidak puas hati. Tidak faham.

"Sebab kau jujur dan kelakar? Comel." 

Hana terdiam seketika dan barulah sedar yang Namjoon memujinya. Dia berdengus perlahan. "Baik kau diam." Menoleh ke arah bertentangan jadi dia tidak lagi memandang terus ke arah Namjoon. "Jadi kau tak nak call seseorang?" Namjoon bertanya lagi. Kerana Hana serta-merta menjadi senyap selepas itu.

"Ah, aku nak call Hoseok. Boleh?"  Namjoon menghulurkan telefonnya kepada Hana, "Kenapa pula tak boleh?" Hana mengucapkan terima kasih yang kecil lalu mendail nombor Hoseok tidak lama itu. 


                                     *****


"Namjoon call?" Hoseok memberikan Jungkook telefonnya kerana dia tidak mahu mengangkat telefon selagi dia masih memandu dan memandu dalam kelajuan yang tinggi tidak membenarkan dia untuk menjawab panggilan tersebut. Sebaliknya Jungkook yang menjawab panggilan tersebut.

"Hello hyung?"

"Eh, siapa ni?" Hana tidak tahu yang Jungkook menjawab panggilan tersebut.

"Eh, siapa pula ni?"  Dan Jungkook tidak tahu yang Hana menelefon mereka. 

"Mana Hoseok?"

"Mana Namjoon hyung?"

Hana berdengus dan kening Jungkook terangkat dua. "Hana?"

"Yes, yes, aku Hana. Ak-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Jungkook memotong.

"Kenapa kau ada telefon Namjoon pula?" 
"Duh, Jungkook? Kau kan? Tak penting, yang penting sekarang, Hoseok mana? Dia ambil aku ke tidak?"

Jungkook merengus perlahan apabila mendengar Hana cakap yang dia tidak penting walhal Hana hanya menjawab pertanyaan sebelumnya.

"On our way to pick you up." Jawab Jungkook, moodnya terus berubah seratus dua peratus! 

"Bagitahu Hana, tunggu depan gate utama, kejap lagi kita sampai." Dan Jungkook mengulang apa yang Hoseok cakap sebelum menambah; "Ok bye." Lalu dia memutuskan talian.

Hana melihat telefon itu dengan dahi terkerut dalam. "Dah kenapa?" Soalnya sendirian lalu menghulurkan Namjoon telefonnya semula. 

"Hm, Hana, kau rasa Hoseok boleh tumpangkan aku sekali?" Soal Namjoon setelah lama berdebat dengan dirinya sendiri sama ada hendak bertanya kepada Hana ataupun tidak. "Mestilah boleh, kalau tak boleh pun aku cekik makhluk tu," Kata Hana, penuh semangat. Namjoon tertawa kecil. "Thanks." Hana membalasnya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...