The Incident.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 12 : The Incident.

"Hana! Tak nak kiss abang kau yang kacak ni ke?" Hoseok menjerit ketika itu semua orang baru keluar dari kereta termasuk Seokjin yang tadinya duduk di belakang, mahu berpindah duduk di hadapan. Hana memegang bahu Seokjin, menahan lelaki itu masuk ke dalam kereta.

Hana mengambil tempat duduk disebelah Hoseok semula. Hoseok tersengih lebar dan kedua keningnya terangkat. "Nak ke? Nak ke?" soal Hoseok - Hana tersenyum. "Tutup mata." Arah Hana.

"Omo- Hana betul-betul nak kiss Hoseok ke?" Seokjin bertanya lebih kepada dirinya sendiri sebelum menutup mulutnya. Jungkook mejulingkan matanya ke atas dan berlalu pergi tanpa disedari oleh sesiapa pun. Jimin dan Taehyung terngadah luas - menantikannya.

"Untuk apa?" soal Hoseok. "Buat ajelah." Hoseok merengus sedikit dan memejamkan matanya dengan sukacitanya.

Ppang!

Seokjin tidak boleh berhenti ketawa, walaupun bermacam cara sudah dia lakukan untuk menghentikan tawanya itu daripada terledak. Hoseok yang sedang memandu perlahan hanya mampu menekup pipinya yang terasa kebas dan kadang mengarahkan Seokjin untuk berhenti ketawa.

"Aaah! Hyung, sudahlah!"

"Haha...Sorry Hoseok, can't help! Haha!" Hoseok menjeling Seokjin dan perlahan memujuk dirinya agar bertahan saja dengan pipinya yang kebas itu. "Tu lah kau, semalam. Cari pasal dengan Hana lagi. Kan dah kena." Seokjin berkata sebaik saja dia berjaya dia berhenti ketawa bagai nak rak.

Hoseok melepaskan keluhan berat dan meletakkan kereta ditempat biasa dia letak. "Tapi tak perlulah nak balas dendam dengan tampar muka aku yang kacak ni." Seokjin sempat memberikan Hoseok pandangan penuh hairan sebelum berlalu pergi, malas mahu mendengar celoteh merepek yang datang dari mulut besar Hoseok itu.

"Cepatlah buka pintu!" Daehyun bersuara lantang tatkala melihat Hoseok dan Seokjin keluar dari kawasan tempat letak kereta. "Mana kunci kau?" soal Hoseok setelah berhenti di depan pintu, bersebelahan dengan Daehyun. Satu keningnya diangkat, menunjukkan perwatakan sebagai ketua di kafe itu sedikit sehingga berjaya membuatkan Daehyun tersengih-sengih macam kerang busuk di situ. "Aku lupa baw-"

Bbak!

"Ow-!" Daehyun meraba belakang kepalanya yang dihempuk Hoseok. "Nasib baik aku sampai awal!" Daehyun mencebik dan menjelirkan lidah kepada Hoseok yang membelakangi mereka bertiga.

Seokjin hanya melepaskan keluhan dan menggeleng perlahan. Mahu ketawa dengan melihat gelagat Daehyun itu tidak profesional pula bagi seorang dewasa seperti dia. Ternyata orang di sekelilingnya sama saja perangainya dimana mengingatkan dia kepada tiga orang adik lelakinya itu.

Cakap pasal tiga orang lelaki itu. Hana menoleh ke kiri dan kanan sebelum memandang Taehyung dan Jimin semula. "Jungkook mana?" soal Hana. "Oh, Jungkookie pergi tandas, kecemasan katanya." Jimin menjawab selamba.

"Biasalah awal pagi macam ni, lelaki sihat macam Gukie tu tak lain tak bukan mesti ada temu janji dengan mangkuk tandas je." Kali ini Taehyung pula bersuara. Hana memandang Taehyung dan Jimin pelik. "Habis tu korang tak sihat lah?" Soal Hana, wajahnya langsung tidak mempunyai riak mahu bergurau. Serius sangat!  

"Ah? Eh tak, mestilah kitaorang lebih sihat daripada Kookie! Tengok ni!" Jimin mengangkat bajunya tanpa berfikir dua kali membuatkan Hana membulatkan matanya sedikit kemudian Hana membatu disitu kerana dia tidak menyangka lelaki sependek Jimin itu mempunyai - 'papan basuh kain' sendiri. Hana berdehem dan memandang ke arah sisi. 

"Aku tau kau sihat tapi janganlah sampai buka baju macam tu! Tak senonoh!" Hana memberikan kata-kata terakhirnya sebelum meninggalkan dua orang lelaki aneh itu dengan pipi kemerahan, panas yang langsung tidak disedari oleh sesiapa. Perlahan bibir Jimin termuncung kehadapan sedikit dan dia menoleh memandang Taehyung.

"Tae! Hana marah kat aku lah..." Adu Jimin. 

"Aku tau kau banyak bun kat perut tapi tak perlulah nak tunjuk kat Hana macam tu! Menakutkan tau tak!" Taehyung berkata - meniru cara Hana bercakap tadi lalu berlalu pergi meninggalkan Jimin. "T-tae...Kau pun?" Bisiknya sambil mengigit-gigit jarinya. "Sampai hati..Bagitahu Jin hyung nanti.." sambungnya lalu berjalan mengekori Taehyung dari belakang.

Sebaik saja Hana masuk ke dalam kelas pertamanya pada hari itu. Dia mencebik sedikit apabila melihat Jungkook sudah berada didalam kelas dan sedang bermain dengan telefonnya. Hana mendekati Jungkook seraya meletakkan beg sandangnya diatas meja bersebelahan dengan meja Jungkook.

Hana mahu menegur tetapi dia tidak bagaimana. Bibirnya terngadah sedikit kerana dia mahu bersuara tetapi ayat apakah yang patut dia lontarkan? Akhirnya Hana duduk dengan betul dan memandang ke arah hadapan. Mengalah dengan situasi yang sedikit sebanyak membuatkan Hana berasa janggal. 

Jungkook pula daripada tadi menggosok skrin telefonnya yang sebenarnya kehabisan bateri, dalam diam dia berharap yang kelas bermula dengan cepat tapi mereka ada 10 minit lagi sebelum pensyarah mereka masuk.

Aduh! Jungkook berdengus secara mentalnya dan dia mula tidak pasti kenapa dia berkelakukan begitu tapi apa yang menyedihkan tiada sesiapa yang perasan akan perlakuannya sejak daripada pagi tadi. Jungkook berhenti berfikir apabila terdengar suara Hana bertanya, ketara sekali untuknya.

"Perut kau dah okay?" 

Secara refleks kepalanya tertoleh dan memberikan respon seringkas. "Hah?"

Bibir Hana terjuih ke arah perut Jungkook sebelum berkata dengan lebih detail.  "Jimin kata kau sakit perut dan tu yang buat kau pergi tanpa bagitahu kitaorang tadi." Jungkook mula menyumpah seranah dalam hati sebelum tersengih janggal.

Mahu tidak mahu dia terpaksa mengiyakan sangkaan meleset Jimin itu kepada Hana kerana kalau dia berkata tidak, kemungkinan Hana akan bertanya sebab sebenar dia berlalu pergi begitu saja tadi. Dan hal itu tidak mungkin akan berlaku. Tidak sesekali...

"Yeah." Jawabnya hampir tidak kedengaran mujurlah pendengaran Hana agak tajam untuk mendengar suara kecil Jungkook yang hampir menjadi bisikan itu. Jungkook segera menoleh untuk melihat apakah reaksi wajah Hana tetapi Jungkook mendapati tidak ada sengihan mengejek atau apa-apa tanda yang Hana berasa lucu dengan ceritanya. Hana hanya tersenyum kecil membuatkan Jungkook pantas membuang pandangannya ke tempat lain selain mata Hana. 

Sebelum pensyarah mereka betul-betul tiba dan masuk ke dalam kelas, Jungkook sempat menangkap ayat terakhir Hana sebelum tumpuan Hana diletakkan sepenuhnya kepada kelas yang sudah bermula itu.

"Kalau sakit sangat nanti, jangan lupa makan ubat eh."

Jungkook hanya mampu menepuk dahinya secara mental.

 

●~●

 

Seperti hari-hari yang lain, masa berlalu dengan agak lambat bagi mereka yang menghadiri kelas masing-masing. Tetapi selambat mana pun masa itu berlalu akhirnya mereka bebas juga dari kekangan kelas sendiri. Jungkook menjulang kedua tangannya ke atas seraya bersuara. "Mansae! Kelas European Law dah habis!" Hana memandang Jungkook daripada sisi dan berdehem perlahan.

"Kau lupa yang kita ada kelas memandu lepas ni." Automatik kedua tangan Jungkook terjatuh dan wajahnya tiba-tiba menjadi kecewa. "Damn! Aku lupa." Adunya sedikit bercampur dengan nada merengek.

"So... kita kena gerak cepat sebab Namjoon kata dia tunggu kita kat depan Sinchon Campus." Jungkook mengeluh dan mereka mempercepatkan langkah menuju ke pintu pagar utama kampus mereka. 

Mata mereka melilau ke kiri dan kanan, tercari-cari dimana keberadaan Namjoon. "Okay, Namjoon ada cakap tak dia bawa kereta apa?" soal Jungkook, matanya masih terlilau. Hana menggeleng sebagai jawapan.

"Tapi sebelum tu, hyungdeul kau masih ada kelas ke?" Hana bertanya selepas itu. "Ah, kelas dorang 2 jam je harini. Sepatutnya habis satu jam awal dari masa kelas kita tamat." Hana mengeluarkan telefonnya. 

"Aku call Namjoon." Ujarnya sebelum mendail nombor telefon Namjoon dan menekup telefon tepat pada telinga kanannya. Ketika menunggu panggilannya dijawab. Mereka berdua dikejutkan dengan suara Taehyung menyapa mereka dari seberang jalan - berdepan dengan pintu pagar kampus mereka. Hana lupa niatnya yang mahu menghubungi Namjoon itu.

"Oii! Korang! Taetae kat sini!" Jeritnya seperti sudah bertahun-tahun tidak bersua. Jungkook menggarukan kepalanya dan menukar pandangan dengan Hana. Taehyung sempat menoleh ke kiri dan kanan sebelum meluru ke arah Hana dan Jungkook.

"Ah  Rindunya korang!" Taehyung berkata sambil menekup kedua belah pipi Jungkook dan diciumnya dahi adik lelakinya yang hanya mampu membatu dan berusaha untuk menahan dirinya daripada tidak menumbuk Taehyung disitu. 

Hana hanya mengangkat kedua belah keningnya, walaupun sudah beberapa kali dia melihat skinship tahap hiperbola jiran-jiran rumah sebelahnya yang luar biasa itu dia tetap berasa pelik dan hairan setiap kali situasi itu berlaku - lebih-lebih lagi dalam keadaan yang spontan sebegini rupa.

Kadang-kadang Hana dapat rasakan yang ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan antara lelaki itu. Kepala digeleng beberapa kali untuk membuang sangkaan terpesong itu. 

"Oh ya, mana Jimin?"

Mereka bertiga saling bertukar pandangan. Jungkook baru perasan.

"Oh, Jimin ada mating." Taehyung menjawab, selamba. "Hah? Mating? Mating apa?" Taehyung memandang Jungkook dengan dahi terkerut sedikit. "Mating dengan Louis sonsaeng." Jungkook dan Hana terngadah. "Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu." Kali itu mulut Hana dan Jungkook tertutup rapat.

"Hyung..." Jungkook bersuara. "Hm?" 

"Bukan mating..." Jungkook bersuara lagi. "Eo? Habis tu apa?" Taehyung bertanya dengan kelipan mata beberapa kali. "Meeting hyung, meeting. Kalau mating tu dah la- aish, lupakan! Tapi bukan mating, meeting okay? Meeee." Taehyung terkebil-kebil dan segera dia mendekati Hana, bersorok di belakang gadis itu. "Hana, Jungkookie dah kenapa?" soal Taehyung perlahan. Hana tertawa kecil. 

"Takde apalah, kau salah cakap je tadi." Hana menjawab sambil bertukar pandangan dengan Jungkook. Jungkook memandang tangan Taehyung yang sedang memegang lengan Hana dengan erat itu - juga.

"Tapi...." Belum sempat Taehyung bersuara. Jungkook berdengus kuat. "Kalau hyung nak cakap benda pelik lagi. Please. Fikir dua kali. We are all almost an adult. Cakaplah macam orang dewasa, rasional sikit." Jungkook menghidupkan mod membebelnya. Hana sendiri terkejut melihat Jungkook ketika itu. Taehyung berkerut dahi, bibirnya ditekan antara satu sama lain agar muncung dapat ditahan daripada terkeluar. 

Hana menoleh memandang Taehyung sebentar sebelum memandang Jungkook semula. Dia buntu. "Err-" Hana melangkah satu ke belakang untuk berdiri bersebelahan dengan Taehyung, bahu Taehyung dia peluk longgar.

"Jungkook ah, takpelah. Tak berdosa pun kalau Taehyung buat macam tu." Hana cuba memujuk Taehyung tapi Jungkook rasa tersisi. Jungkook termangu disitu, pandangannya dia buang ke sisi - jauh daripada memandang Taehyung, jauh daripada memandang Hana. 

"Apa-apa je lah." Omel Jungkook dan pergi berdiri berdekatan dengan palang perhentian bas, menyandarkan belakangnya pada palang. Taehyung dan Hana berpandangan tapi Hana cukup naif untuk tidak berfikir panjang.

Hana menepuk bahu Taehyung perlahan. "Takpe, kau tak payah fikir sangat eh?" Taehyung menggangguk perlahan tapi dalam diam apa yang Jungkook cakap itu terkena pada hatinya sedikit. Mereka bertiga tunggu dan tunggu, dengan senyap sehinggalah sebuah kereta kecil berwarna merah berhenti betul-betul di hadapan mereka.

Ketiga kepala mereka menyenget cuba memandang siapakah gerangan yang memandu itu dan terkejut melihat Namjoon yang baru menurunkan cermin tingkap kereta.

"Hi korang!" Namjoon menyapa.

 Ketiga mereka terngadah.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...