The Reset.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 6 : The Reset.

 

Sebaik saja Yoonsun tiba. Jungkook menarik tangan Hana keluar dengan segera dari rumah dan tindakannya membuatkan Hana berasa hairan dan tertanya-tanya - dahinya pula terkerut. "Yah," Hana memandang tangannya yang digenggam Jungkook ketika mereka berdua meluru keluar menuju ke kereta Yoonsun yang berada dihadapan rumah mereka.

Jungkook terlalu panik untuk menoleh dan Hana mula berasa bengang kerana - no skinship allowed adalah salah satu prinsip Hana walaupun orang itu sekacak Jungkook. Hana menarik tangannya sehingga mereka berdua berhenti melangkah. Jungkook menoleh memandang Hana dengan muka sedikit paniknya matanya pula terlilau-lilau memandang ke arah rumahnya sendiri. Takut kalau mana-mana hyungdeulnya keluar pada masa yang salah. 

"Kau dah kenapa? Aku boleh jalan sendiri kot." Hana bersuara sambil menjeling Jungkook yang hanya tersengih seperti kerang busuk. "Sorry tapi aku rasa macam nak rapat dengan kau pagi ni." Jungkook hampir menampar mulutnya sendiri tapi hanya mampu memejamkan matanya erat sambil mengetap bibirnya rapat kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kerutan seribu bertukar menjadi sejuta pada dahi Hana apabila mendengar Jungkook berkata demikian. 

Dia mahu mempersoalkan setiap pernyataan yang Jungkook beri tadi tetapi Yoonsun sudah membunyikan hon keretanya beberapa kali. Hana sempat memberikan Jungkook pandangan hairannya sebelum dia sambung berjalan dan langsung masuk ke dalam kereta.

Baru saja Jungkook mahu menoleh, matanya tertangkap imej Jimin yang sedang menekupkan mukanya pada tingkap yang berada dibiliknya. Matanya membuntang dan dia mengibas-ngibaskan tangannya kearah Jimin sebagai tanda Jimin mesti berundur kebelakang.

Namun apa yang Jungkook harapkan adalah bertentangan sama sekali apabila Jimin melambaikan tangannya kepada Jungkook. Jungkook mula panik - dia menoleh dan kelihatan Hana dan Yoonsun masih berpandangan - Jungkook memandang Jimin semula sebelum terdengar bunyi hon dibunyikan.

Jungkook tidak mahu membuag masa lagi dan pantas masuk ke dalam kereta. Yoonsun dan Hana menoleh memandangnya. "Kau dah kenapa?" soal Yoonsun. Jungkook tersenyum janggal. "Sakit perut ke?" Yoonsun menduga. Jungkook menggelengkan kepalanya laju dan baru saja dia mahu bersuara. Dia terdengar Hana bersuara terlebih dahulu.

 "Tu, Jimin ke yang lambai kita?" Jungkook hampir terngadah disitu. Yoonsun memandang ke arah yang Hana maksudkan.   Jungkook sudah menekup mukanya sendiri dan mahu melompat keluar dari kereta tetapi Hana hanya berdehem dan mengerling Jungkook dengan hanya melihat cermin kecil yang berada ditengah itu.

"Sebelum kita lambat pergi kelas, baik kau jalan, Sun ah." Hana bersuara. "Okay sir!" Yoonsun melepaskan brek tangan dan mula memecut jauh - tidak pula mahu mempersoalkan kenapa Jimin dan Taehyung tidak pergi ke kelas pagi itu atau kenapa Jungkook kelihatan panik ketika itu.  

"Ceh," Jimin bersuara sebelum menoleh dan melepaskan nguapan terpanjangnya sebelum menjerit seperti orang nampak hantu - walhal dia cuma terkejut melihat Taehyung yang sedang berdiri selangkah dibelakangnya dengan rupa baru bangun dan bengkak serta serabainya. Taehyung turut menjerit kerana Jimin menjerit. Jeritan itu terhenti apabila Seokjin datang dan menampar pipi kedua orang lelaki itu.

"Ouch-" Serentak Jimin dan Taehyung memberi respon sambil menekup pipi masing-masing yang terasa pedih. Kedua mereka menjeling Seokjin. "Untuk apa tu!?" soal Jimin jelas tidak puas hati.

"Kenapa nak jerit? Bukannya kau nampak hantu!" Jimin berdengus dan menjeling Taehyung. "Mamat nilah! Takde angin takde ribut berdiri kat belakang aku macam hantu." Seokjin memandang Taehyung yang membuat muka tidak bersalahnya itu.

"Well, aku rasa kau saja nak cari pasal dan kau bukannya budak kecil nak takut hantu! Lagipun Tae bukannya hantu dan dia tidak buat apapun." Seokjin mengomel sebelum menoleh dan meninggalkan dua makhluk yang sedang memberikan pandangan tidak puas hati. Sebaik saja Seokjin pergi, Taehyung menjelirkan lidahnya.

"K-kau!" Taehyung menjelirkan lagi lidahnya sebelum mengambil satu langkah besar kebelakang. "Yah! Kim Taehyung kau jelir lidah kat ak-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Jimin boleh melihat Taehyung menjelirkan lagi lidahnya.

"Wek!" Jimin menggenggam penumbuknya dan mengambil satu langkah ke hadapan ketika itu Taehyung langsung mengambil langkah seribu turun ke tingkat bawah sambil terpekik terlolong mengelilingi ruang tamu rumah mereka. 

"Kurang ajar sangat dengan aku, siaplah kau." Jimin berkata kepada dirinya sendiri sebelum mengambil langkah pergi ke katil Taehyung ( memandangkan mereka berdua terpaksa berkongsi bilik kerana yang tua dan yang muda dibenarkan berkongsi bilik ) Dengan liar mata Jimin memerhatikan barang kepunyaan Taehyung yang bertaburan diatas katilnya sebelum matanya menangkap sesuatu yang sedang terbaring diatas bantal Taehyung. Jimin tersengih jahat sambil memandang tajam ke arah barang itu. 

"Mari kita tengok kalau kau mampu menjelirkan lidah dekat aku lagi lepas ni." Jimin berkata sebelum tertawa, gelak tawanya yang dibuat-buat persis nenek sihir itu.

Hana menyandarkan dagunya pada tapak tangannya dan merenung Jungkook yang sedang kelihatan 'khusyuk' membaca laporan yang Jungkook tidak ingat bila dia siapkan. Jungkook perasan yang dia ditenung Hana tetapi cuba sedaya upaya untuk mengabaikan pandangan Hana itu.

"You know, Guk," Hana bersuara setelah hampir 20 minit mereka duduk berhadapan dengan senyap sejak pemergian Yoonsun yang mempunyai kelas awal pagi pada hari itu. Jungkook mengangkat mukanya dan memandang Hana dengan mata bulatnya. 

"Huh?" Jungkook memberi respon ringkas. "Aku rasa kau ada explanation kena buat." Hana menjawab membuatkan Jungkook menelan air liurnya disitu. "Huh, penjelasan apa?" soal Jungkook - berpura-pura tidak sedar dengan apa yang Hana cuba tanya.

Hana memberikan Jungkook pandangan are-you-serious sebelum menepuk tangannya pada meja itu dan berkata. "Seingat aku pagi tadi, kau datang rumah aku cakap yang takde siapa kat rumah." Kening Jungkook terangkat satu. "Dan pagi tadi, aku nampak seseorang yang nampak macam Jimin lambaikan tangan kat kita tadi." Sambung Hana membuatkan kedua kening Jungkook terangkat. 

"Uh. Well, tu-ugh. Aish, Fine, I lost. Eh nope, I lose, sorrry!" Jungkook bersuara sebelum mulutnya muncung sedikit - seperti seorang bayi yang sedang menahan dirinya daripada menangis teresak-esak disitu.

Dahi Hana berkerut sedikit walaupun babak yang dia sedang saksikan yang datang daripada Jungkook itu membuatkan dia terfikir yang Jungkook ini - comel juga eh. Scoff.

Hana menegakkan dadanya dan membuat muka seriusnya semula. "Okay, kalah apa?" soal Hana. Dia sebenarnya tidak faham kenapa dia kena tanya Jungkook setiap perincian.

Lagi pula dia bukan siapa-siapa Jungkook dan hanyalah seorang jiran yang sangat - annoying? Hana hampir menjulingkan matanya apabila ayat itu terlintas dibenaknya, dengan suara Hoseok sebagai latar. Tetapi suara Jungkook menganggu tumpuannya untuk bermonolog sendiri.

"Kitaorang main Truth or Dare, dan aku pilih Dare, of course. Pastu hyungs cabar aku buat apa yang aku buat kat kau pagi tadi. Dan kalau aku tak buat, dorang ugut nak tunjuk something yang memalukan aku kat semua orang!"  Jelas Jungkook dan mereka hanya berpandangan selepas itu. Hana tidak dapat berkata apa dan Jungkook juga.

Sehinggalah,

"O-kayyy." Hana menjawab. Jungkook risau. Marah lagikah Hana? Aduh. "Kau marah ke?" Hana memandang Jungkook dengan pandangan sedikit hairannya.

"Marah, aku kacau kau pagi-pagi?" Sambung Jungkook seakan boleh membaca persoalan yang bermain difikiran Hana. Hana mengedipkan matanya beberapa kali sebelum menggelengkan kepalanya dan tertawa kecil.

Kali ini Jungkook yang kehairanan. "You're not?" soal Jungkook mahukan kepastian. Dia tidak boleh merosakkan hubungan yang dia baru cipta dengan jiran barunya ini. Lagi. Dan lagi!

"What?" Soal Hana, "I am!" sambung Hana tidak lama itu. Jungkook terngadah. "Aku marah,'' Hana kata. Jungkook mencebik. "Gosh, I'm sorry!" Jungkook berkata separuh menjerit. "Aku marah sebab korang main game tanpa kitaorang!"

Dunia Jungkook berhenti sesaat sebelum matanya membulat. "Huh?" Hana mengerling ke arah Jungkook dan berdiri. "Buat macam tu sekali lagi. Siaplah korang and I really want to ask Seokjin apa yang dia nak tunjuk tu." Ugut Hana sebelum berlalu pergi. Dia sempat berpesan. "Kelas dah nak mula, jom gerak." dan meninggalkan Jungkook yang tercegat disitu.

Hana pula, segera menampar-nampar kecil bibirnya sendiri. 'Kenapa kau gedik sangat tadi!? Oh my, Jung Hana apa jadi dengan kau!?' Jeritnya dalam hati. Hana mengeluarkan telefonnya dan menghantar mesej kepada Yoonsun melalui KKT.

SUN

AKU RASA

AKU DAH LAIN

hALP ME GIrl

Dan Yoonsun yang lupa meletakkan telefonnya dalam mod senyap terkejut mendengar suara bayi menyebut 'Kakao talk!' Semua orang yang berada dikelasnya memandang Yoonsun. Bunyi suara bayi itu muncul sebanyak 4 kali dan Yoonsun tergesa-gesa menutup telefonnya sebelum ia berbunyi lagi.

Dia tunduk dan memandang skrin telefonnya yang memaparkan notifikasi KKTnya. 'Aish budak ni, tau aku ada kelas selalu mesej.' Getus Yoonsun tapi dia balas juga.

APA 

Hana ada balas tetapi belum sempat dia membaca. Yoonsun ditegur seseorang. "Sementara lecturer takde, aku tak rasa kau patut main phone." Yoonsun mendongak memandang pemilik suara itu. Urgh, Oh Sehun. Bisik hati Y

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...