The Night.

The Weirdos Next Door!
Please Subscribe to read the full chapter

Chapter 11 : The Night.

Akhirnya kelas pertama mereka bermula pada petang itu juga. Bertempat di Army Cafe. Namjoon memberikan mereka penjelasan secara teori terlebih dahulu. Hoseok dan Seokjin pula semakin sibuk kerana waktu petang kafe mereka didatangi oleh ramai pelajar sekolah mahupun kolej yang baru habis waktu persekolahan ataupun kelas. Mereka berempat duduk di satu sudut yang agak jauh daripada keramaian pelanggan kafe yang bertandang itu. 

"Sejujurnya aku kalau teori memang failed. Tapi aku dah buat research dan pernah ajar sepupu Yoongi." Namjoon berkata setelah menjelaskan prosedur mengambil lesen di negara itu satu persatu. "Hm, mesti sepupu Suga hyung tu gagal kan?" Selamba saja Jimin berkata tanpa memikirkan perasaan Namjoon.

"Yah, Jimin. Tak baiklah cakap macam tu." Jungkook menyiku Jimin sambil berbisik kepadanya tetapi semua orang di meja itu boleh mendengarnya termasuk Namjoon. Tidak lama itu Taehyung meniru perbuatan Jungkook.

"Yah, Jiminnie baiklah cakap macam tu. Hehe.." Jungkook mengerling ke arah Taehyung dengan tajam dan mata Taehyung terkebil-kebil sebelum menutup mulutnya kemudian menundukkan kepalanya tanda dia tidak buat lagi.

Namjoon hanya mampu tersengih janggal sebelum berkata. "Ani, dia lulus. Haha." Jimin tersengih. "Alaa tu nasib dia je " Jimin berkata membuatkan Namjoon terkial-kial disitu. Nampak gayanya dia harus beralah terlebih dahulu.

"Ya, mungkin nasib dia je."   Jungkook menepuk dahinya. Taehyung mengedipkan matanya dan menepuk dahi Jungkook - kuat. "Yah-aish! Hyung, kenapa pukul dahi Guk!?" Jungkook berkata berbaur melatah. "Eo? Hurm...tolong Kookie pukul nyamuk yang ada kat dahi Kookie tu lah." Jungkook mencebik dan menjeling Taehyung.

"Bila pula ada nyamuk kat dahi Guk? Ish." Jungkook mengomel. "Tu, tadi Kookie tepuk dahi, mesti ada nyamuk kan? Kan?" Jungkook mengetap bibirnya kegeraman memandang Taehyung dan Jimin sebelum sedar bahunya ditepuk seseorang.

Jungkook mendongak memandang Hana yang baru meletakkan dulang yang penuh dengan cawan berisi minuman pesanan mereka. "Minum Strawberry smoothie ni untuk tenangkan diri neh?" Hana berkata sambil meletakkan cawan tinggi dihadapan Jungkook. Jungkook melepaskan keluhan kecil dan mengangguk beberapa kali. "Hm..."

"Choco Smoothie for Taehyung and Jimin,"  Jimin dan Taehyung bersorak kegembiraan. Macam kanak-kanak mendapat gula-gula dari Santa Claus.

"Dan, Green tea smoothie for Namjoon-ssi." Hana meletakkan cawan itu betul-betul dihadapan Namjoon dan Namjoon menerimanya dengan senang hati.

"Thanks." Ucapnya dan Hana menerima ucapan itu dengan satu anggukan sebelum mengambil tempat duduknya semula. Mereka semua menghirup minuman yang istimewa dibancuh oleh Hana itu dengan penuh terujanya dan beberapa daripada mereka berdehem suka. "Mm  Sedapnya!"

"Eung! Daerisyes!" Jimin bersetuju lalu menghirup lagi smoothienya. "Jimin. Perlahan lah sikit." Hana berkata membuatkan Jimin tersenyum sipi. "Okay, kalau dah rehat, patut kah aku cerita pasal peraturan jalan raya pula?" Namjoon bersuara mendapatkan perhatian mereka semua semula. Kebanyakan mereka mengangguk kecuali Taehyung.

"Kenapa Taehyung?" soal Namjoon. "Taetae dah pandai. Dah jelas sangat tentang peraturan jalan raya. So I am out. Taetae nak minum je. Heee..." Namjoon tersenyum. "Kalau macam tu, kau duduk dan dengar je lah eh?" Taehyung sudah pun mengabaikan keadaan sekelilingnya dan menghirup minumannya bagai tiada hari esok. 

Kelas mereka berakhir apabila Namjoon meminta diri kerana tepat pukul 6 dia perlu masuk berkerja dan oleh kerana Namjoon sudahpun melarikan diri, Hoseok tidak sempat mempelawa Namjoon untuk makan sebelum pergi.

Lagi pula sudah jelas yang Namjoon terlewat untuk berkerja. "Kerja apa je mula pukul 6?" soal Jungkook tiba-tiba - ketika itu mereka duduk berkumpul menunggu makan malam mereka disiapkan oleh Seokjin. 

Mereka mula berpandangan sesama sendiri. "Berdasarkan pemerhatian aku. Muka Namjoon tu sebiji macam ketua geng." Taehyung berkata tiba-tiba. "Banyaklah kau ketua geng. Tak payah nak fikir bukan-bukan sangat kat orang eh?" Jungkook membantah kerana tidak mungkin orang berbudi bahasa seperti Namjoon itu adalah ketua geng.

"Yelah, cuba korang tengok. Rata-rata penjenayah bersisi muka baik dan tak bersalah macam dia tu." Sambung Taehyung pula. "Bersisi?" Hana bertanya. "Yeah, bersisi?" Taehyung mengulang ayatnya. "Duh, bersiri lah bukan bersisi!" Ketawa Hoseok dan Jimin terledak. 

"Lah, bersiri pula? Tadi ketua geng sekarang kau tuduh dia penjenayah bersiri?" Soal Hana. "Hm.. Aku awal-awal lagi tak boleh belah tengok muka dia." Taehyung berkata dengan sedikit serius dalam nada suaranya. "Kenapa pula?" Taehyung memandang wajah setiap satu persatu daripada mereka sebelum menongkat dagunya. Lagaknya seperti detektif Conan sedang menyiasat.

"Sebab dia pakai year persian."  

"Huh? Year what?" soal Jungkook pula. "Year persian? Ni-" Taehyung menarik telinga Hoseok yang bertindik itu sehingga lelaki itu terkejut dan kesakitan. "Takkan year persian pun kau tak tau?" Sambung Taehyung kemudian melepaskan telinga Hoseok setelah dipukul lengannya berkali-kali.

Ketika itu Hana dan Jungkook berpandangan. Beberapa saat kemudian masing-masing ketawa sambil menekup perut sendiri. "Yah, kenapa korang gelak?" soal Jimin. "Year persian ke ear piercing?" Hoseok bertanya sebelum turut ketawa tapi tangannya tidak berhenti menggosok telinganya yang terasa kebas setelah ditarik Taehyung tadi. 

"Year pier-mwoh?" soal Jimin kepada dirinya sendiri dengan perlahan sementara yang lain sudah ketawa bagai nak gila.

Taehyung yang kurang faham hanya mengedipkan matanya dan memandang wajah mereka semua satu-persatu.  Seokjin yang memerhatikan kejadian itu dari dalam dapur menekup mulutnya. Menyangkakan dua orang itu dalam kesakitan, kemudian matanya menangkap pula imej Hoseok menggosokkan telinganya berkali-kali.

Seokjin meluru ke arah meja mereka dan menjerit dalam panik. "Kamu semua okay!? Sakit perut ke? Hoseok? Hana? Oh my god. Tolong!" Ketika itu Hana dan Jungkook berhenti ketawa dan kini semua mata memandang Seokjin dengan penuh hairan.

"Hyung?" 

Seokjin berhenti seperti sebuah boneka robot kehabisan bateri, kemudian dia mengelipkan matanya dua kali sebelum memandang ke arah Jungkook dan Hana semula.

"Hyung okay?" soal Jungkook - giliran dia pula risau kerana Seokjin datang menjerit kepanikan dengan tiba-tibanya.

"A-" Seokjin mengeluh perlahan dan mendongakkan kepalanya. "Aku nak cakap yang, makanan dah siap." Seokjin berkata lalu segera meluru ke dapur. Dia menampar kecil pipinya.

"Tengoklah! Dorang tengah bergurau kau fikir benda bukan-bukan. Duh, bodohnya kau Seokjin!" bisiknya dalam nada menjerit memarahi dirinya sendiri kerana membuatkan semua kelihatan janggal. 

"Hey," 

Satu suara menyapa. Seokjin menoleh dalam masa sesaat. Dia tersenyum janggal selepas matanya bertembung dengan mata makhluk yang menegurnya.

"Hey, Hana..." Katanya hampir-hampir tidak kedengaran. Hana mendekati Seokjin. "Aku datang nak tolong kau serve makanan. Mana makanannya?" Hana bersuara sambil matanya mengerling ke arah pantri.

"O-oh. Ah, tu. Semua tu." Hana menundukkan kepalanya dan membiarkan aroma masakan Seokjin itu menusuk langsung ke hidungnya. "Mm, baunya pun sedap." Puji Hana. Seokjin meraba tengkuknya sambil tersipu malu.

"B-biasa je..." Balasnya. Hana melemparkan senyuman kepada Seokjin dan mengambil dulang bersaiz besar untuk meletakkan semua makanan itu kedalamnya. "Separuh dulang ni, separuh dulang lain." Arah Seokjin dan Hana mengangguk tanpa berkata apa-apa.

Mereka berdua menghidangkan makanan yang Seokjin masak diatas meja. Seokjin sudah mengambil tempat duduknya sementara Hana mendekati Wooshin yang sedang berdiri di hadapan kaunter.

"Sebab korang sibuk sangat tadi, tak sempat nak menyapa. Jung Hana by the way." Hana berkata sambil menghulurkan tangannya kepada Wooshin. "Wooshin." Jawab lelaki itu sepatah sambil berjabat tangan dengan Hana.

"Hoseok ada bagitahu pasal the real manager kafe ni and nice to meet you." Sambungnya. Hana membalas dengan senyuman. "Kalau ada apa masalah bagitahu Hoseok terus je okay? Dan dengan aku. Tak payah formal sangat. I hate formalities." Wooshin mengangguk dan tangan mereka terlerai sambil Hana menoleh ke sisi tercari-cari dimanakah keberadaan satu lagi orang pekerja baru.

"Ah, kalau cari Sunyeol dia sedang basuh pinggan." Hana terangguk-angguk. "Okay, sambung kerja." Arah Hana dan segera kembali ke tempat duduknya. Pekerja yang satu lagi nanti Hana sapa kerana perutnya berkeroncong sedikit - meminta diisi dengan segera. 

"Kau ngorat budak tu eh?" Hoseok menyiku sebaik saja Hana mengambil tempat duduk disebelahnya. "Merepek. Aku nak menyapa je, dorang kan pekerja baru." Hana mempertahankan dirinya daripada dituduh bukan-bukan oleh Hoseok.

"Eleh, nampak sangat menipunya. Nak sapa pekerja baru konon tapi Sunyeol tak pula kau pergi sapa eh?" Hoseok masih tidak mahu menyerah kalah. Hana menjeling Hoseok. Hoseok tersengih.

"Aku tak!" Hana menjawab. "Betul! Hana kalau suka orang mesti sehodoh Taehyung, seburuk Jungkook, selembut Seokjin dan sekacak aku!" Jimin mencelah sambil mengusap rambut hadapannya kebelakang dengan penuh dramatik.

Maka dengan itu Jimin menerima 4 kali "Hey," daripada mereka berempat. Hana hanya mampu tersengih janggal.

"Oh yeah lagi pun Hana kan dah bagi hati dia kat Yoongi~" Hoseok bersuara lagi menyebabkan Hana hampir tersedak airnya. Hana menjegilkan matanya memandang Hoseok dan menghentak meja sekali dengan kuat. 

"Jung Hoseok!"

Makan malam diteruskan setelah sedikit kekecohan telah tercetus dan keadaan kafe dua kali ganda bertambah lebih sibuk. Pada mulanya Seokjin mengarahkan ketiga orang adiknya pulang terlebih dahulu tapi mereka bertiga terlalu degil untuk diarahkan.

Lagi pula, kafe malam itu cukup tangan dengan adanya mereka bertiga serta Hana yang turun beraksi. Terdetik pula dihati kecil Hoseok untuk mengambil mereka bertiga bekerja sebagai pekerja sambilan tetapi - Hoseok simpan sebagai satu cadangan saja. Apapun dia perlu berbincang dengan Hana serta ayahnya - pemilik mutlak Army Cafe. 

Masa berlalu dengan pantas. Kedua pekerja baru mereka sudah di'halau' pulang oleh Hoseok kerana kerja di kafe sudah selesai dan tidak ada apa-apa yang perlu dikemaskan. Hana sedang membancuh Iced Americanonya sambil ditonton oleh Jungkook yang menyandarkan dagunya pada tapak tangannya.

"Kau buat Ame for what?" soal Jungkook. "Siapkan assignment lah. Jangan cakap kau dah lupa?" Hana menjawab ketika itu dia sedang mengisar beberapa biji kopi yang baru dia panas tadi. "Aku ingat tapi due date kan lama lagi?" Hana tersengih kecil.

"Aku nak siapkan cepat memandangkan aku akan jadi lebih sibuk dengan kelas memandu lah, dan mungkin dah sampai masa aku kena kerja sikit masa kat kafe." Jelas Hana membuatkan Jungkook menganggukkan kepalanya perlahan. 

"Okay guys, dah siap kemas kan. Jom balik " Hoseok yang sudah menyandang begnya kini berdiri didepan pintu keluar sambil menoleh memandang ke dalam kafe. Hana menutup segala suis mesin disitu sebelum keluar sambil menghirup kopi aisnya.

"Okay jom balik." Maka dengan itu semua masuk ke dalam kereta Hoseok yang mujurlah cukup besar dan mampu memuatkan mereka semua. Seperti biasa Hana akan duduk di depan dan yang lain di belakang. 

Keadaan kereta ketika itu agak senyap dan mungkin saja mereka semua kepenatan. Hoseok yang kebiasaannya banyak mulut itu membisu saja sepanjang perjalanan sehinggalah Seokjin bersuara.

"Dah pukul 10:55 malam. Kau pasti ke nak balik?" soal Seokjin kepada Hoseok. "Huh? Yeah, kenapa?" soal Hoseok kembali. "Bahayalah pandu seorang diri. Tengah malam pula." Jungkook pula mencelah. "Tulah, mana tahu Namjoon plan nak culik kau malam ni." Jimin pula dengan celoparnya mencelah.

"Ish, Jimin. Tak baiklah cakap macam tu.." Seokjin berkata sambil menampar kecil bibir Jimin. "Yelah. Tae yang cakap macam tu tadi." Jimin berkata sebelum mencebikkan mulutnya.

"Tak pasal-pasal Namjoon ken

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
(18102017) • (TWND) want to hear some thoughts about the new chapters from you gais? Like pls? 😂

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
jaemiisseo #2
Chapter 14: Dan sekarang saya rasa kesian kat namjoon :/ he dont have to do this sebab yeah maybe salah dia juga but taehyung should take the blame too! im curious of their pasts tho.. since most of them takde proper family right? Except for hoseok (i guess) update more and soon to correct me! ψ(`∇´)ψ
amalinnasuha07 #3
Chapter 14: Update soon
0602spartace #4
Chapter 14: Woot woot Namjoon!!! Another good update! Can't wait for next chapter
dorapmonster #5
Chapter 14: cant wait for the next chapter!
potatocramp #6
Chapter 14: Ouh man no hana jungkook no hana mon but saya akan ikut pacing author-neeeem p(^.^)q hwaiting! Dan dan update soon! Maybe saya agak mendesak tapi saya betul2 tak sabar nak tau kisah or baca drama yang author bakal buat...!! Development of someone's relationship? Is it possible for hana and jungkook happen? Hahaha! Ahh molla molla! I blame u for this buat saya curious memanjang T...T
imtaegukgf #7
Chapter 14: "Mating dengan Louis sonsaeng."
"Oh! Lepas tu dia mating dengan orang-orang yang terpilih dalam projek lukisan moral tu."

dan authornim tau saya fikir lain? muahahahaha daebak lah! meeting boleh jadi mating hahahaha
idzowllies #8
Chapter 14: betul kew louis suka jimin? haha..
dorapmonster #9
Chapter 13: found this at 11pm dan habis baca masa sekarang. Kalau nak komen utk setiap bab memang x dpt so overall i like the story even the storyline masih tak jelas but tu yang buat saya nak baca lebih! >0<
Typically said, update so sooon!
jaemiisseo #10
Chapter 13: o my god saya ketinggalan 3 bab dan saya mula dari chapter 10, bab paling saya suka dan senyum macam orang gila bila baca and pendekkan citer 3 bab berderet tu memang daebak lah walaupun agak meleret i have so much fun reading them :D
dan dah lama saya nak cakap yang watak hana ni agak misteri dan saya suka wataknya yang selamba dan cold macam ice princess tu xD good job authorneeeeeem! nk tengok moment hana dan leader mon juga...! Plis plis nanti saya akan tau siapa nak ship lepas tengok ada chemistry ke tak antara diorang hehehe...