Real Kyungsoo II

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

" So, hyung kau sedar atau tak ?" Soal Sehun penuh keinginan ingin tahu. Kyungsoo menggelengkan kepalanya. " Tak. Baekhyun tak cukup kuat macam Kai. Baekhyun pergi buat selama-lamanya selepas tiga minggu. " " Apa ? Tiga minggu ? Mesti kau sedih giler kan ?" Kyungsoo sekadar mengganguk kepalanya." Cepatnya dia tinggalkan kau." " Haah. Memang cepat. Masa tu aku tak ready lagi nak tengok dia pergi. Aku tak boleh kehilangan seorang lagi ahli keluarga aku selepasa adik aku yang dalam kandungan aku tu pergi. " Kyungsoo mula mengesat matanya lagi. " Habis parents kau macam mana ?"

Sejak hari itu, ibu Kyungsoo seperti kehilangan akal. Dia tidak boleh menerima fakta bahawa satu-satu anak perempuannya hilang. Puan Do menjadi murung sejak kejadian tersebut. Kemurungan dia semakin bertambah apabila Baekhyun pula pergi meninggalkan mereka selepas tiga minggu. Setiap hari Puan Do akan menyebut nama Baekhyun dan meraung raung meminta Baekhyun dikembalikan. Namun sudah pasti, Baekhyun tidak akan kembali. Begitu jugak adik perempuan mereka. Ayahnya hanya mengetahui jantina anak dalam kandungan itu ialah perempuan setelah semua urusan pengembumian dilakukakn. Kubur Baekhyun diletakkan bersebelah dengan adik perempuannya.

" Ibu, jom kita balik. " ujar Kyungsoo yang memegang kedua-dua belah bahu ibunya. " Lepaskan akulah. Sebab kau anak aku mati. Sebab kaulah semua benda ni terjadi. Sebab kau ! " Puan Do menepis tangan Kyungsoo. Malah ibunya pula mahu memukulnya. Kyungsoo nyaris dicekik oleh ibunya sekiranya ayah Kyungsoo tidak bertindak pantas. " Dahlah tu awak. Yang sudah tu sudahlah. Kyungsoo tak bersalah dalam hal ni. " Tuan Do memeluk isterinya erat namun isterinya masih mencuba untuk melawan. " Tak. Dia yang bersalah dalam hal ni. Dua-dua anak aku mati sebab dia. " Puan Do menuding jari ke arah Kyungsoo yang hampir menitiskan air mata. Mata bulat Kyungsoo kini semakin mengecil. Bengkak kerana terlalu banyak tangisan yang dikeluarkannya. Tidak cukup dengan kehilangan abang kesayangannya kini ibunya pula menuduh dia sebagai pembunuh.

Semakin hari Kyungsoo semakin dipinggirkan oleh ibu. Setiap kali dia cuba menghampiri ibunya, dia dimaki, dicemuh oleh ibunya. Perkara ini berlarutan sehingga Kyungsoo sendiri dicederakan oleh ibunya. Ibunya pernah menghayunkan pisau ke arahnya. Dengan cubaan ingin membunuh Kyungsoo. Kyungsoo bernasib baik kerana ayahnya segera pulang dari tempat kerja. Walaupun dia bernasib baik, tetapi bahu kanannya telah dikelar oleh ibunya ketika dia memasuki bilik ibunya. Pernah juga Kyungsoo dilemparkan dengan pinggan dan cawan ketika dia ingin memberi makanan kepada Puan Do. Sejak kemalangan itu, Kyungsoo tidak lagi hidup tenteram. Dia menyangka bahawa ayahnya akan melindungi dirinya daripada sebarang serangan oleh ibunya tetapi sangkaan Kyungsoo meleset. 

Tidak lama selepas itu, bisnes keluarga Do telah bankrap. Staf di pejabat ayahnya telah menyeleweng wang syarikat sehingga syarikat firma Do jatuh muflis. Ayahnya mula menjadi kaki mabuk. Kyungsoo pula menjadi bahan ayahnya untuk melepaskan geram. Kyungsoo yang bekerja sambilan untuk menyara keluarganya menghadapi beban yang berlipat ganda. Selepas tamat waktu sekolah, Kyungsoo perlu bekerja dikedai makanan ringan secara haram kerana dia masih belum mencapai usia yang sepatutnya. Pulang sahaja dari tempat kerja, dia perlu mengemas semula rumah yang telah disepahkan oleh ibunya. Saban hari ibunya mengamuk. Kadang-kadang tersenyum sendiri. Kadang-kadang nama Baekhyun menjadi sebutan. Bapanya pula akan pulang pada larut malam. Sekiranya ayah Kyungsoo melihat sesuatu yang tidak puas hati dimatanya, nama Kyungsoo pasti dipanggilnya. Ketika itu, Kyungsoo sekali lagi perlu berkorban badannya. Sama ada ditampar, disepak atau dipukul dengan apa sahaja jenis peralatan dirumah, badan Kyungsoo telah merasainya.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^