Final II

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

Badan Kyungsoo dihayun ke atas lantai. Kyungsoo mengerang sedikit apabila badannya bertemu dengan lantai yang berdebu itu. Kyungsoo dikelilingi oleh beberapa tubuh manusia yang pasti lebih besar daripada dirinya. Dia sendiri tidak pasti berapa bilangan orang yang ada tetapi dia pasti ramai yang mengelilingi dia. Tanpa banyak soal lagi, satu demi satu sepakan dapat dirasakan oleh Kyungsoo. Tendangan pertama tepat mengena paha kirinya. Sepakan kedua terkena bahagian pinggang. Begitulah seterusnya. Seluruh badannya merasai tendangan yang diberikan oleh lelaki-lelaki yang mengerumuni dia sebentar tadi. Tiba-tiba serangan mereka dihentikan. Kyungsoo ternampak kasut kulit yang berjalan ke arahnya. Lelaki itu berhenti tepat dihadapannya. Tubuh Kyungsoo diangkat daripada terbaring di atas lantai. Muka Kyungsoo dihadapkan ke hadapan mukanya. Mata Kyungsoo sedikit membulat. Dia sudah tahu siapakah dalang disebalik kesakitan yang dia terima sebentar tadi. 

" Hai. Lama tak jumpa." Kyungsoo dirangkul oleh dua orang lelaki di kiri dan kanannya. " Kau pergi mana selama ni hah?" Pipi kiri Kyungsoo ditampar. " Kau ingat kau boleh lari ke?" Pipi kanan pula terasa perit. " Kau dah janji. Kau kena tunaikan." Sekali lagi pipi kirinya menerima tamparan tapi kali ini lebih kuat. " Kau ingat kau boleh sembunyi ke?" Pergerakan tangan Kim Seul Gi semakin pantas. Bertubi-tubi soalan diajukan olehnya, namun tiada satu punbyang sempat dijawab oleh Kyungsoo. " Kau jangan cuba cari pasal dengan Kim Seul Gi. Tahu?!" Kyungsoo hanya menggangguk lemah. " JAWABLAH!!" Satu tumbukan mengenai perut Kyungsoo. Kyungsoo hampir menjerit kuat kerana dia berasa amat sakit. " Ta-tahu!" " Bagus! Tapi. . . . Asal kau lari? Aku cari kau lama dah. Aku tunggu je. Asal kau tak muncul ?" Muka Kyungsoo dengan pegang dengan kuat. " Sa-saya-" " Ah!! Aku kat sini bukan nak dengar alasan kau lah. Asal kau tak datang?" " Sa-saya-" Sekali lagi tumbukan padu tepat mengenai bahagian muka kanannya. Bibir Kyungsoo berdarah sedikit. " Kau! Kau jangan nak cari pasal dengan aku ! Ingat. There is no way out. " Kyungsoo ditinggalkan dengan orang suruhan Kim Seul Gi yang lain. Mereka mula bergilir-gilir membelasah Kyungsoo.

Lutut Kyungsoo semakin sakit. Mungkin retak. Dadanya semakin sempit. Tulang rusuknya mungkin patah. Nafasnya semakin perlahan. Jantungnya mula mengepam dengan perlahan. Darah mula mengalir daripada dahinya. Hampir kena dengan matanya. Mata kanannya semakin sepet. Lebam barangkali. Dihujung-hujung itu, tinggal dua orang sahaja yang masih menghabiskan sisa-sisa belasahan terakhir.

" Apa yang kita patut buat sekarang ? " bicara lelaki pertama." Biarkan dia. Dia masih hidup. Dan dia boleh bergerak. " Lelaki kedua pula segera bergerak untuk beredar daripada kawasan pembinaan terbiar tersebut.Kyungsoo masih menutup matanya, tidak mahu melihat figura yang telah mengakibatkan dirinya terlantar di atas lantai tersebut tanpa mampu bergerak. Kyungsoo menyentuh bibirnya yang terasa amat perit sedari tadi.

Darah. Selepas beberapa minit dia cuba menahan sakit dibahagian perutnya, Kyungsoo cuba untuk bangun, Namun dia rebah semula. Malah rebahannya itu menyebabkan bahagian rusuk kanannya terasa semakin sakit. Kyungsoo mengerang kesakitan. Sekali lagi, Kyungsoo cuba untuk bangun. Kali ini, dia berjaya, Tetapi bukan untuk berdiri, hanya sekadar untuk duduk. Matanya semakin mengecil dibahagian kiri. Mungkin kerana lebam dimatanya. Kyungsoo cuba mengurut pergelangan tangan kirinya. Kalau tidak silap pandangannya sebentar tadi, pergelangan tangannya telah dipijak oleh kasut kulit yang saiznya sebesar saiz 10. Ya, semestinya rasanya amat menyaki

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^