The Lost

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

" Kyungsoo..." Suho menepuk bahu Kyungsoo yang sedang duduk dimeja makan. " Harini, kita kena pergi rumah kau." Muka Kyungsoo berubah. " Hari ni?" Suho sekadar menggangguk. " Sepatutnya minggu lepas lagi kita dah pergi tapi sebab kau masuk hospital, diorang minta tangguu bila kau dah sihat. Hari ni boleh kan? Kau dah sedia ?" Suho bertanya kepada Kyungsoo. Kyungsoo sekadar menggangguk. " Lambat-lambat pun tak guna kan hyung?" " Ya. Habiskan sarapan kau. Lepas tu kau siap dan kita pergi. Okay?" "Okay~"

" Boleh terangkan satu-satu keadaan rumah ni? Mungkin kenyataan awak akan lebih membantu." Jelas pegawai polis yang memakai tanda nama Choi Minho itu kepada Kyungsoo. Keterangan Kyungsoo akan memberikan bukti yang lebih kukuh untuk membela nasib dia dan ibunya. Ya. Ibunya turut didera selepas ayahnya bankrap. Malah bukan sahaja didera, ibunya turut terbunuh kerana penderaan melampau. Sejak kehilangan ibunya, Kyungsoo tinggal bersama-sama Suho. 

Kyungsoo perlahan-lahan cuba menerangkan di setiap tempat dia menerima hukuman yang tidak diingini. Tiap-tiap kali Kyungsoo menerangkan tempat-tempat dalam rumahnya, Kyungsoo pasti akan teringat perbuatan ayahnya. Tengkingan ayahnya, pukulan ayahnya, hayunan tali pinggang ayahnya, bunyi botol kaca yang pecah dan bergolek di atas lantai, Kyungsoo masih boleh terbayang dan mendengar setiap bunyi-bunyi itu dengan teliti. Rayuannya yang tak pernah didengari oleh ayahnya. Kehadiran ibunya hanya memburukkan lagi keadaan. " Kyunggie-ah. Kalau kau tak boleh teruskan, jangan paksa." Bicara Suho kepada Kyungsoo yang sedari tadi asyik mengerutkan mukanya. " Takpe Kyungsoo. Maklumat yang awak bagi tu mungkin dah banyak membantu. Setakat sini saja untuk hari ni. Terima kasih Kyungsoo, Suho. Apa-apa maklumat lanjut kami akan hubungi anda ya. Terima kasih." Selepas mereka berjabat tangan, pegawai Minho dan rakan-rakannya meninggalkan kawasan kejadian. Kyungsoo dan Suho masih berada di rumah itu. " Nak tengok lagi ke ?" soal Suho kepada Kyungsoo yang masih berdiri kaku dengan tongkat. " Sekejap." Kyungsoo melihat kesan darah yang sudah kering. Kaca-kaca masih bersepah. Bau alkohol masih kuat dalam rumah tu. " Kalau ibu tak masuk campur malam tu, dia mesti hidup lagi kan hyung?" " Huh ? " Suho berasa pelik dengan kenyataan Kyungsoo secara drastik itu. " Semua salah saya. Baekhyun hyung, adik perempuan kami, sekarang ibu. Semua salah saya! " Kyungsoo menutup mata dan memandang ke bawah. " Kyunggie~~ bukan salah kau lah." Suho cuba menenangkan dia. " Tak hyung. Kalau tak sebab saya. Keluarga kami takkan jadi macam ni. Kalau saya tak wujud, Baekhyun dengan ibu masih hidup. Ayah takkan jadi kaki minum. Bisnes ayah akan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^