Kai ?

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

" Doktor, ada sesiapa tak yang datang melawat Kai ? " soal hyung kepada doktor yang merawat Kai. Doktor itu hanya menggelengkan kepalanya. " Boleh tak saya nak minta jangan bagi sesiapa melawat Kai untuk waktu sekarang ni? " Doktor itu merespons. " Maaf encik. Untuk keputusan itu hanya ahli keluarga sahaja yang boleh tentukan. " Ternyata hyung kecewa. " Takpelah doktor. Terima kasih. " " Sama-sama." Doktor itu beredar meninggalkan hyung di kaunter.

" Sorry Kyungsoo. Hyung dah cuba tapi tak berjaya." Ujar hyung itu kepada Kyungsoo yang masih terlantar di atas katil. Tiba-tiba pintu bilik wad dibuka. Kelihatan Seohyun masuk bersama-sama beg plastik. " Awak, makan dulu. Dari semalam saya tengok awak tak makan lagi. Nah, saya belikan roti dengan air untuk awak. " Seohyun menghulurkan beg plastik itu kepada hyung. " Terima kasih awak." Ujar hyung sambil tersenyum lebar. Dia bersyukur kerana ada Seohyun disisinya. Kadang-kadang dia bersalah kerana asyik menyusahkan Seohyun.

" Kai masih macam tu. Lemah. Tak tunjukkan tanda-tanda yang baik pun. " ujar Seohyun kepada hyung yang sedang menikmati roti. Hyung sekadar mengganggukkan kepala. " Kyungsoo macam mana? " soal Seohyun lagi. " Sama jugak. Macam tu je. Pernafasan dia masih lagi perlahan. Doktor kata dia tak boleh banyak bergerak. Banyak bahagian yang tercedera. Bahagian dadanya pula makin parah. Sebab tu dia sesak nafas tadi. " terang hyung secara terperinci. " Hmm. Patutlah. Mesti kali ni lagi lambat Kyungsoo nak sembuhkan ?" Kata Seohyun. " Mungkin. "

* Sorry, tak belajar medic so tatau sangat peralatan dekat hospital tu. Just terang keadaan dia macam mana. Bayangkan jelah tengah tengok cerita medical eh? :) *

Di bilik Kai, doktor sibuk memberikan rawatan kecemasan kepada Kai. Tiba-tiba pergerakan nadi Kai turun mendadak. Nasib baik ada jururawat yang berhampiran menyedari keadaan Kai. Sekiranya doktor terlambat, kemungkinan besar Kai boleh meninggal dunia. Doktor masih lagi berusaha untuk memberi bantuan kepada Kai. Hyung hanya dapat melihat daripada luar. Keadaan Kai amat menyedihkan. Kepalanya dibaluti bandage. Malah bukan kepalanya sahaja. Kakinya juga. Pelbagai jenis tiub disambungkan ke badannya. Kai didapati kekurangan air dalam badannya. Kecederaan di kepalanya pula mengakibatkan dia kehilangan darah yang banyak. Alat bantuan pernafasan yang dipakaikan kepadanya membuatkan nampak lebih lemah. Wajahnya pucat. Tidak bergerak. 

Selepas tiga puluh minit doktor dan jurururawat berusaha, akhirnya keadaan Kai menjadi normal semula. Tetapi masih lemah dan tidak sedarkan diri. Tanpa disedari oleh hyung, seorang lelaki yang bertubuh sasa dan memakai pakaian serba hitam berada disebelahnya melihat Kai. " Dah lama awak kenal pesakit tu ? " Hyung yang tidak perasan kehadiran lelaki itu terkejut dengan soalan yang diajukan. " Erm, tak. Baru bulan lepas saya kenal dia. Kenapa ya encik tanya? " " Saja. " Lelaki itu beredar daripada tempat tersebut. Lelaki itu segera menuju ke arah kaunter. 

Hyung yang berasa curiga dengan lelaki itu segera mengekorinya. Setibanya dia di kaunter, dia menyebut nama penuh Kai dan mengaku dirinya sebagai ahli keluarga Kai. Mata hyung terbeliak apabila dia mendapati bahawa lelaki itulah yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku kepada Kyungsoo dan Kai. Hyung ingin menegur lelaki itu tetapi dia sendiri tidak mahu mengambil risiko. Silap hari bulan dia yang terlantar di hospital. Keputusannya juga mungkin akan memberi risiko kepada Seohyun. Hyung sendiri belum tentu boleh menjamin keselamatan Seohyun pada masa akan datang.

" Seohyun, lelaki tu dah datang. Baik awak balik sekarang sebelum dia kenal awak dan apa-apakan awak. " Seohyun akur dengan arahan teman lelakinya itu. " Dan lagi satu, jangan datang hospital ni sampai saya kata boleh, ya? " " Tapi-" " Dengar je cakap saya. Tolong eh? Saya rasa diorang dah target saya untuk waktu sekarang ni. Saya taknak apa-apap yang tak diingini terjadi." Seohyun hanya mengganggukkan kepalanya. Dia tidak mahu bertengkar dengan teman lelakinya. 

" Doktor, boleh tak jangan benarkan sesiapa melawat Kyungsoo buat waktu ni??" Pinta hyung kepada doktor yang merawat Kyungsoo. " Baiklah. Saya akan suruh jururawat yang bertugas untuk menjaga bilik ini ya." " Terima kasih doktor." Hyung melihat keadaan Kyungsoo. Lalu menggenggam tangan Kyungsoo.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^