16

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

Kalau betul ayahnya yang menelefon pihak kecemasan malam itu, dia benar-benar terhutang budi dengan ayahnya. Kyungsoo sendiri dapat rasakan dia mungkin mati jika tiada siapa yang menolongnya malam itu. Kyungsoo sendiri lebih rela tinggalkan dunia ini tanpa menyusahkan sesiapa lagi dah. Kyungsoo tak sanggup. Tak sanggup nak tengok Suho hyung menanggung segala kelengkapannya. Tak sanggup melihat Kai cedera sekali lagi. Walaupun dia tahu, Kai diseksa oleh gengster-gengster itu bukan sebab dia tetapi kalaulah dia dengar cakap Kai agar menjauhinya sebelum ini, pasti Kai tidak akan kehilangan ingat seperti sekarang. Ada bagusnya jugak Kai hilang ingatan. Sekurang-kurangnya dia bebas sekarang. Bebas daripada cengkaman gengster tak guna itu.

Fikiran Kyungsoo serabut. Dia tidak mahu Kai mengetahui latar belakangnya tetapi Kai asyik meminta tolong daripadanya. Sehun pun. Encik dan Puan Kim pun. Suho yang selalu memberikan bantuan kepadanya semakin sibuk dengan urusan universitinya. Tetapi dia masih lagi menghantar dan mengambil Kyungsoo daripada sekolah. Kyungsoo berulang kali menyatakan dia boleh ke sekolah dengan sendirinya tetapi Suho tetap tak mahu bagi. Dia masih risau dengan kesihatan Kyungsoo. Kyungsoo rasa terbeban sebenarnya. Dia ingin berdikari. Sekarang takde sesiapa yang mahu mengganggu dirinya lagi. Kyungsoo dah selamat. Dia mampu berdikari. Namun tiada sesiapa pun memberinya peluang. Ikutkan hati, dia mahu menghipangkan diri. Pergi jauh dari Seoul. Dari Suho. Dari Kai. Dari kenangan bersama-sama Baekhyun. Kenangan pahit bersama-sama ayahnya. Kyungsoo ingin lupakan semua itu dan mulakan hidup baru. Tapi dia tahu. Dia masih belum mampu. Dia belum sihat sepenuhnya. Dia belum ada wang yang secukupnya. Dia masih belum tahu hendak ke mana. Hari itu berlalu begitu sahaja. Selesai melawat ayahnya, dia membawa diri ke dalam bilik. Keluar hanya waktu makan. Termenung panjang. 

 

" Do Kyungsoo. Lepas kelas jumpa saya." Ujar Cikgu Kim selepas sesi kelasnya selesai. " Baik cikgu." Ahh sudah. Apa lagi yang cikgu dia mahukan. Pasti masalah graduasi ni. Kyungsoo mengeluh panjang. Kebelakangan ini Kai nampak muram. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak melayan sebarang teguran daripada rakan sekelas yang lain. Kyungsoo bangkit daripada kerusinya. Kai yang sedari tadi termenung terkejut. Segera Kai menahan Kyungsoo daripada beredar. " Nak pergi mana?" "Jumpa cikgu." " Nak ikut boleh?" " Buat apa?" " Erm sajalah. Nak teman. " " Tayahlah teman teman. Bukannya budak keciklah. "  Kai memuncungkan mulutnya. " Kai~" Kyungsoo menegur sambil melepaskan genggaman tangan Kai. 

" Kamu tahu exam tinggal tak lama lagikan?" Kyungsoo hanya mengganguk apabipa diajukan soalan itu. " Kamu boleh fokus tak dekat pelajaran kamu ni? Cikgu risau kalau awakvtak boleh score nanti." Kyungsoo hanya menundukkan kepalanya. " Lagi satu. Kim Jongin. Boleh awak ajak disekali ? Kemungkinan nanti saya akan ajak mana-mana pelajar untuk join sesi tutor. Awak tolong bagitahu Jongin sekali." Jelas Cikgu Kim Taeyoen kepada Kyungsoo. Kyungsoo menjawab perlahan. " Baik cikgu." Kyungsoo pun beredar ke kelas. Setibanya dia dikelas, dia ternampak meja berselerak di dalam kelasnya. Kai duduk mencangkung di sudut belakang kelas sambil menekup kepalanya. Kai kelihatan ketakutan. Kyungsoo cuba untuk mendekati Kai tetapi Kai berasa lebih takut. Dia menggigil dan menyuruh Kyungsoo pergi daripadanya. Kyungsoo beranikan juga dirinya. Dia perlahan-lahan mendekati Kai. " Kai~ Kai... ni..ni aku, Kyungsoo." Ujar Kyungsoo perlahan sambil cuba mendekati Kai. " Pergi!! Pergi!!" Kai menghalau. " Kai, ni aku lah. Kyungsoo. Kau okay tak ni?" Lama-lama barulah Kai mengangkat kepalanya. Kyungsoo mendekatinya dan menghulurkan tangan. Kai cuba untuk mencapai tangan tersebut tetapi dia menariknya semula. Kai kembali menekup kepalanya. " Tak tak. Jangan ambil aku. Jangan pisahkan aku. Tak tak." Kyungsoo yang tidak lagi mampu bertahan melihat Kai ketakutan segera memeluk erat Kai yang masih mengecilkan dirinya disudut kelas itu. " Dah Kai. Dah. Takde sesiapa akan pisahkan kau. Kau selamat sekarang ni. Jangan risau aku ada." Kyungsoo mengusap kepala Kai dan juga belakangnya. 

Kyungsoo perlahan-lahan meletakkan ubat dibibir Kai. Kai cuba menahan. Kyungsoo juga turut berhati-hati. Bibir Kai luka selepas ditumbuk oleh pembuli terkenal sekolah ini. Dia menerjah masuk ke dalam kelas ketika waktu rehat tadi. Kai keseorangan di dalam kelas masa itu. Kai berkata dia mungkin lebih teruk dibelasah sekiranya dia tidak ketakutan tadi. Kai kata dia seperti terbayangkan dirinya dipukul dengan teruk. Berdarah sini sana. Dia juga berasa sakit dibahagian badan-badannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mendapat bayangan seperti itu. Mungkin itu sebahagian daripada proses dia memperoleh kembali ingatannya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^