Hyung

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

" Hey ! Hey ! Bangunlah ! " ujar lelaki itu sambil menggerakkan Kyungsoo agar bangun daripada bangku tersebut. Badan Kyungsoo hanya kaku. Tidak bergerak. Sekali lagi lelaki itu mengejut Kyungsoo. Apabila dikejut untuk kali kedua, hanya tangan Kyungsoo yang bergerak daripada memeluk tubuhnya. Lelaki itu terkejut melihat kesan merah-merah di lengan Kyungsoo. Apabila diperhatikan lagi, muka Kyungsoo juga mempunyai lebam yang kebiruan bercampur dengan warna ungu. Lelaki tersebut segera mengangkat Kyungsoo ke arah keretanya. Walaupun badan mereka sudah basah-basah namun lelaki tersebut tidak mempedulikan kusyen keretanya basah. Dia segera memandu keretanya ke arah hospital yang berdekatan.

Lelaki itu menunggu dengan penuh risau. Tidak pernah dia melihat seseorang diperlakukan sebegitu rupa. Mukanya bengkak. Tangannya kemerahan. Bukan sekadar merah tetapi turut terlekat benda yang licin dan keras. Dia sendiri tidak pasti benda apa yang melekat ditangan budak lelaki tersebut. Tidur dalam hujan malah bukan sekadar tidur tetapi pengsan. Dia berulang-alik dihadapan pintu bilik rawatan kecemasan itu. Bimbang akan keadaan budak lelaki itu. Masih memakai baju sekolah ketika ditemuinya tadi.

Tidak lama selepas itu, doktor keluar dari bilik rawatan. " Awak yang bawa dia ke sini ? " " Ya, saya. " " Awak tahu kenapa dia jadi macam ni ? " Lelaki itu sekadar menggelengkan kepalanya. " Berdasarkan apa yang saya lihat, tangan dan badannya dipenuhi kesan lilin. Dibahagian lain, dia juga mengalami kecederaan yang teruk. Kemungkinan besar dia didera." Lelaki tersebut sekadar mengiyakan kata-kata doktor tersebut. " Suho, nah. Minum ni. " Ujar Seohyun kepada teman lelakinya. " Nah. Awak tukar pakaian tu sekali. Nanti awak pulak yang demam karang." Tambah Seohyun kepada Suho yang menggigil kesejukan. " Thanks awak. Maaf susahkan." Suho mengambil pakaian yang dihulurkan oleh Seohyun itu. " Takpe awak. Anything for you. " Seohyun mengukir senyuman manis.

Kyungsoo terbaring kaku di atas katil. Tangannya dibalut. Tiub tiub berselirat ditangannya. Baju hospital yang berwarna putih itu menambahkan lagi wajah pucat Kyungsoo. " Sesiapa pun yang bertindak macam tu memang takde hati perut. Kau terlalu kecil untuk benda-benda macam ni." Bicara Suho kepada Kyungsoo yang masih belum sedarkan diri. Seorang jururawat datang memeriksa jumlah iv drip dan darah yang diperlukan oleh Kyungsoo . " Encik ahli keluarga pesakit ke ? " Suho hanya menggeleng. " Encik kenal siapa dia ?" Soal jururawat itu lagi. Sekali lagi Suho menggeleng. " Tapi kami perlukan maklumat pesakit. Encik ada terjumpa sebarang identiti pesakit tak ?" Selepas menggelengkan kepala sekali lagi, Suho menerangkan bagaimana dia berjumpa dengan Kyungsoo. " Takpelah encik. Nampaknya kami kena tunggu sehingga dia sedar untuk mendapatkan maklumatnya. " Baiklah cik. Terima kasih ya. Erm by the way, sampai bila je saya boleh tengokkan pesakit ni? " " Untuk sesi penjagaan sampai esok pagi pun boleh kalau encik nak. " " Oh okay. Terima kasih. " " Sama sama." Jururawat itu pun beredar meninggalkan Suho dan Kyungsoo bersendirian.

 

Pada keesokkan harinya, Kyungsoo meronta-ronta untuk dirinya dibenarkan pulang. " Encik, encik tak boleh balik lagi. Tengok keadaan tangan awak. Badan awak pun masih berbalut lagi. " " Nurse, tolonglah. Tolong bukak balutan ni. Macam mana saya boleh ada kat sini? Saya nak balik. Nurse boleh tak bagi saya balik? Tolonglah nurse. Nanti ayah cari." Rayu Kyungsoo sambil mengoyang-goyangkan tangan jururawat yang merawat dirinya. " Tapi encik, doktor tak bagi kebenaran untuk awak pulang lagi. Kalau ayah awak cari, meh sekarang juga saya telefon ayah encik. Kami perlukan ahli keluarga encik untuk berada di sini. Baru awak dibenarkan pulang. " jelas jururawat itu. " Nurse, jangan call ayah saya. Tak perlu tak perlu. " Kyungsoo menggeleng-geleng kepalanya sambil memegang tangan jururawat itu. " Tapi encik sendiri kata ayah encik akan cari encik. Kenapa saya tak boleh call pulak ? " berkerut wajah jururawat itu apabila Kyungsoo tidak membenarkan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^