The Transfer Student

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

Lee Jo Won mengatur langkah ke arah tandas yang berdekatan. Apabila dia tiba berdekatan bilik air, dia ternampak seorang pelajar keluar dengan membetulkan blazer sekolahnya. Dia terkedu melihat lelaki tersebut. Seseorang yang sangat dikenali olehnya. Bukan dia sahaja malah satu sekolah juga. Seorang pembuli, kaki pukul namun tiada sesiapa pun mahu mengambil tindakan terhdapanya kerana perbuatan itu akan memakan diri sendiri. Selepas pelajar lelaki tersebut keluar, dia ternampak Lee Jo Won yang berdiri tegak. Dia menunjukkan tangannya dengan jari telujuk dan jari tengah menunjukkan ke arah mata Lee Jo Won. dia membuat isyarat supaya menutup matanya. Selepas itu, dia membuat pula isyarat mengelar leher kepada Lee Jo Won. Dia hanya menelan air liur kerana takut dan mengganggukkan kepala tanda dia faham. Lelaki itu beredar daripada bilik air bersama-sama dengan gengnya yang lain. 

Lee Jo Won segera mendapatkan Kyungsoo yang berada di dalam tandas. Kelihatan Kyungsoo terbaring dalam keadaan baju sekolahnya basah lencun. Baunya juga tidak menyenangkan. Kyungsoo sekadar menutup matanya. Pengsan barang kali. Teka Jo Won. Jo Won segera berlari ke arah kelas untuk mendapatkan cikgunya. Nafasnya tersekat-sekat apabila dia tiba dihadapan pintu kelas. " Cik-cikgu ! Kyung-Kyungsoo !"

 

Kyungsoo mengelap rambutnya yang basah. Dia memakai pakaian sukannya. Nasib baik dia ada sediakan salinan baju sukannya di dalam loker. Kalau tidak dia perlu meminjam baju di bilik rawatan itu. Cikgu Sejarahnya, Cikgu Kim Taeyeon setia menunggu Kyungsoo menggeringkan rambutnya. " Bagitahu saya, siapa yang buat macam ni dekat awak ? " Soal Cikgu Kim kepada Kyungsoo yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. " Saya terjatuh je cikgu. Mana ada apa-apa pun. " balas Kyungsoo lembut. Masih menyimpan rahsia mengapa dia terbaring di dalam tandas tadi. " Tapi takkan sebab awak jatuh, habis satu badan awak berbau hancing ? " curiga Cikgu Kim dengan jawapan Kyungsoo sebentar tadi. Kyungsoo sekadar mendiamkan diri. Cukuplah bapanya sahaja membelasah dia, bukan untuk pembuli disekolah ini. Dia tidak mahu menderita lagi.

" Kyungsoo, kenapa dengan tangan awak tu ? Merah-merah. Awak sakit ke ? " Cikgu Kim perasan dengan kesan-kesan ditangan Kyungsoo lalu segera dia menyembunyikan tangannya. " Takde pape cikgu. Cikgu salah tengok kot. " Kyungsoo tetap meyembunyikan tangannya walaupun Cikgu Kim memaksanya untuk tunjuk tangannya itu. " Do Kyungsoo !! Bagi saya tengok ! " Tidak lama selepas itu, Kyungsoo menghulurkan tangannya kepada Cikgu Kim. Cikgunya memegang tangannya dan menekan dikawasan merah itu. Kyungsoo mengerang kesakitan sedikit. " Mari, cikgu letakkan ubat. " Kyungsoo sekadar mengekori langkah cikgunya. " Duduk. " Kyungsoo mengambil tepat duduk dihadapan cikgunya. " Tangan. " Kyungsoo menjadi blur. " Bagi tangan awak tu. " Kyungsoo segera menggangkat tangannya lalu Cikgu Kim meletakkan tangannya di atas meja. " Kyungsoo-ah, awak baru umur 18. Masih bawah umur. Tapi awak dah mula ambil minuman keras ? " Soal Cikgu Kim kepada Kyungsoo sambil menyapu ubat ke tangannya. Mata Kyungsoo membulat. Terkejut dengan soalan cikgunya.

" Kau kena ingat, kalau ada sesiapa pasal aku dan kau, ka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^