Justice ?

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

Kai memulakan harinya dengan bersiap sedia untuk ke sekolah. Dia memakai lengkap baju sekolahnya. Dia agar berdebar kerana dia tidak akan menghadiri sekolah yang sama dengan Sehun. Dia tidak mengenali sesiapa di sekolah itu. Malah dia sendiri tidak tahu mengapa dia ditempatkan disekolah itu. Kai hanya mampu mengingati hari terakhir dia bersama-sama ayahnya sebelum dibawa pergi oleh lelaki yang bertubuh sasa dan memakai pakaian serba hitam dirumahnya sendiri. Dia masih mengingati rumah itu. " Dah siap ? " tanya Sehun dimuka pintu. Kai mengemaskan penampilannya sebelum dia menjawab pertanyaan Sehun tadi. " Dah!" " Jom. Ma dah tunggu dalam kereta. " " Okay. " Apabila mereka ingin keluar, Swhun menghulurkan bekalan makanan yang disediakan oleh ibunya. Oleh kerana sekolah Kai terletak lebih jauh daripada kawasan perumahan itu, mereka perlu bergerak lebih awal daripada biasa. Sarapan turut disertakan dalam bekalan makanan itu. Sehun pergi dahulu ke sekolahnya selepas itu barulah Kai dihantar pula ke sekolahnya.

"Hey Kai. Long time no see. Kau pergi mana? Sebulan tak jumpa. Aku ingatkan kau kena buang dah dari sekolah." Dahi Kai berkerut-kerut mendengar percakapan pelajar lelaki yang tidak dikenalinya itu. " Erm nak tanya, kelas 3A-2 dekat mana ?" Soal Kai slumber tidak mempedulikan perbualan budak lelaki tadi. " Eh kau ni. Baru sebulan tak datang dah lupa dah kelas kau dekat mana?" Pelajar itu terasa seperti dipermainkan oleh Kai. " Kau jalan je straight. Lepas kau gi sebelah kiri. Kelas yg paling hujung tu kelas kau. Sebelah tangga tu. " " Ouh terima kasih." Kai berlalu meninggalkan budak lelaki tersebut. " Ahhh lagi satu, aku bukan kena buang, aku berehat sekejap. Well you know, sekolah lama-lama pun bosan jugakan?Hihihi" Kai beredar selepas ketawa kecil kepada budak lelaki itu. Pelajar lelaki tu menghentakkan kakinya apabila dia menyedari dirinyavtelah dipermainkan oleh Kai. " Amboi. Berani betul budak tu." 

Kai perlahan-lahan mengatur langkah masuk ke dalam kelasnya. Semua pelajar menumpukan perhatian kepadanya. Almaklumlah sudah lama tidak berjumpa dengan Kai. Tetapi hanya untuk seketika, pandangan merekabtidak lagi tertumpu pada Kai. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Kai yang masih melilau mencari tempat duduknya diselamatkan oleh Kyungsoo yang duduk ditepi tingkap. " Kai! Sini!" Kyungsoo memanggil kai. Kai pula menjawab mesra panggilan Kyungsoo sebentar tadi. " Jap, I'm coming! " Sekali lagi Kai berjaya menarik perhatian rakan sekelasnya. Mereka semua terkejut melihat respons Kai tadi. Kai yang selama ni digelar pembuli membalas mesra panggilan yang dibuat boleh Kyungsoo, si mangsa itu. Kyungsoo bukan sahaja menerima penderaan dirumah, malah disekolah juga dia selalu dibuli membuatkan dia lebih pendiam. Kai yang selama ni dianggap sungguh dingin dan pendiam itu juga telah mengejutkan rakan-rakannya yang lain. Kelihatan wajah mereka teruja dengan reaksi Kai sebentar tadi. Kai selalunya jarang berkata-kata di dalam kelas melainkan dia disoal oleh guru-guru. Itupun jarang-jarang sekali dia menjawab. Suara Kai jarang didengari. Mungkin kali itu adalah kali pertama Kai memberikan kan respons dengan suara yang deras.

Kai bersyukur dia mempunyai Kyungsoo untuk menemaninya. Walaupun dia tidaklah mengenali 100% siapa Kyungsoo yang sebenar tapi dia yakin Kyungsoo pasti akan menjaganya. Sebenarnya dia ridak mampu mengingati apa-apa pun yang berkaitan dengan sekolah ini. Dia juga haoran mengapa ibu bapanya tidak mahu memindahkan dia ke sekolah sama dengan Sehun. "Wei, kenapa diorang tu tengok aku macam nak makan aku je tadi?" Dia bertanya kepada Kyungsoo yang kusyuk menulis sesuatu di dalam bukunya. " Ermm sebab kau terlebih mesra? Tak pun sebab mula bercakap dalam kelas?" Kyungsoo meneka dengan rawak. " Asal? Aku selama ni tak mesra ke?" " Kau tak ingat juga eh?" Kai sekadar menggeleng. " Kai yang dulu selalunya diam. Kai yang tadi termesra sikit. Kau jarang cakap dalam kelas. Budak-budak dalam kelas ni pun, jaranglah nak sembang dengan kau." Jelas Kyungsoo kepada Kai. " Ohh. Macam tu . Patutlah budak perempuan tu tengok aku macam nak makan aku je." Kai menunjukkan jari telunjuknya ke arah gadis yang duduk di lorong tengah barisan hadapan sekali. " Dia tu penolong kelas. Selalu dia nak cakap dengan kau tapi kau buat tak layan je." " Ohhhhh." Kai menggangguk lama. " Eh. Kau nak tolong aku tak?" " Huh?" Kyungsoo menjadi blur. " Tolong aku ingat balik memori aku. Boleh?" Kyungsoo mengusap lehernya. " Err- Bo-boleh kottt~"

Sebenarnya Kyungsoo tidak bercadang mahu membantu Kai mengingat semula kisah lamanya. Kisah silam Kyungsoo mahupun kisah silam Kai sendiri. Kai sudah cukup menderita. Kalau Kyungsoo dipukul oleh bapanya sendiri, Kai pula dipukul oleh orang yang disendiri tidak kenali. Kalau Kyungsoo sekadar menerima lebah setiap hari, Kai pula perlu menyembunyikan lukanya setiap hari. Keadaan Kai lebih teruk jika dibandingkan dengan dirinya. Kai menanggung derita akibat bukan salahnya sendiri tetapi dirinya perlu dihukum sebegitu kerana dirinyalah punca segala-galanya. Kyungsoo sendiri tidak pasti apa yang perlu diceritakan kepada Kai. Sama ada ceeita yang baik-baik sahaja ataupun penderitaannya sekali. Waktu rehat, Kai menyoalnya pelbagai jenis soalan berkaitan dengan sekolah, keluarga dan kisah-kisah silamnya. KIM SEUL GI. Nama yang paling benci didengari oleh Kyungsoo. Penyebab Kai hilang daya ingatan dan koma selama hampir sebulan. Serta penyebab dia memakai tongkat hari ini. Kerana terlalu banyak soalan yang diajukan, Kai tiba-tiba mempamerkan wajah tidak sihat. Dia asyik memegang kepalanya. Mungkin kesan sampingan dia asyik menggunakan otaknya untuk mengingat. W

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^