The Begining.

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

Tompokan darah itu semakin menggering. Botol-botol arak mula bersepah. Ada botol yang sudah pecah dan kaca-kacanya beratur di atas lantai. Ibunya pula memegang erat lututnya. Dia menggigil kesejukan. Jarinya digigit, menjadi tabiat sejak kehilangan anaknya. Kyungsoo menerpa masuk ke dalam bilik, segera mendapatkan ibunya. " IBU !! Ibu okay ? Kenapa ada darah banyak ni? " Kyungsoo memeriksa tangan ibunya. Luka. Lengan ibunya cedera teruk. Kyungsoo melihat kaca yang terlekat kesan darah disitu. Kyungsoo cuba mengemaskan wajah ibunya. Mengelap air mata ibunya. Aneh. Ibunya tidak melawan. Hanya menggigil ketakutan. Kuku jarinya digigit lagi. Matanya menunjukkan rasa takut. " Ibu, Kyungsoo amik first aid bersihkan luka ibu ya ? Jangan pergi mana-mana tau. " Kyungsoo segera beredar ke biliknya untuk mendapatkan kotak kecemasan yang disimpan olehnya untuk merawat luka dibadannya dan luka ibunya. Pada hari-hari biasa, Kyungsoo tidak dapat menyentuh ibunya. Di tangan ibunya pasti ada sesuatu yang tajam untuk mengelakkan Kyungsoo menedekatinya. Tidak pun dia akan memukul Kyungsoo bertalu-talu. Tak pun dia akan menepis semua sentuhan Kyungsoo. 

Kyungsoo membersihkan luka ibunya dengan iodine. Ibunya tidak memberikan sebarang reaksi. Masih menggigit jari. Sedikit pun dia tidak berteriak mengatakan rasa sakit. Kyungsoo yang selesai meletakkan iodine ditempat luka ibunya segera menarik jari ibunya yang digigit itu. " Ibu, jangan gigit. Nanti luka. " Selepas itu Kyungsoo meletakkan pula kain kasa ke luka ibunya. Sekali dia menarik jari ibunya. " Ibu~~" Selesai membalut luka dijari ibunya, Kyungsoo pula bermain tarik jari dengan ibunya. " Ibu, sampai bila ibu nak benci Kyungsoo. Dengar lah cakap Kyungsoo. " ujarnya sedih. Ibunya yang sedari tadi asyik bermain tarik jari memandang tajam ke mata Kyungsoo. Dia menepis tangan Kyungsoo yang memegang lengannya. Ibunya menampar pipi Kyungsoo. Selepas itu, ibunya memukul dia berulang kali. Kyungsoo terbaring di atas lantai. Ibunya masih memukul dengan berkata perkataan 'pembunuh' berulang kali. Kyungsoo menangis dan langsung tidak melawan. Dia tidak mahu mencederakan ibunya.

Selepas selesai mandi, Kyungsoo meletakkan ubat dikawasan yang masih merah akibat kesan lilin itu. Kesan itu tidaklah berdarah tetapi masih pedih. Ditambah pula dengan pukulan ibunya, walaupun tidaklah sekuat mana tetapi dia tetap berasa kesakitannya. Kyungsoo memilih baju yang berlengan panjang berwarna hitam. Dia mahu menyembunyikan kesan ubat yang diletakkan oleh dia sebentar tadi. Usai memakai pakaian, Kyungsoo bergerak ke ruang tamu untuk mengemas sepahan yang telah dilakukan oleh ibunya. Dia sebenarnya juga tidak pasti sama ada kesan camukan itu dilakukan oleh ibunya sahaja atau sebab mereka bergaduh. Kyungsoo tidak tahu apa-apa. Ayahnya pula tidak menunjukkan sebarang tanda ingin pulang.

Selesai mengemas di ruang tamu, dia bergerak ke bilik ibu dan ayahnya. Dia mula dengan mengemas botol-botol arak yang ada di atas lantai. Selepas itu, dia mengutip pula kaca-kaca yang bertaburan di atas lantai itu. Diteruskan pula dengan mengelap kesan darah yang telah kering itu. Cadangnya dia ingin membantu ibunya untuk membersihkan diri tetapi niatnya terbantut apabila ibunya merenung tajam ke arahnya. Dia tidak mahu merasai semula pukulan ibunya yang asyik melepaskan geram terhadapnya. Kyungsoo kembali meninggalkan ibunya seorang diri. Perutnya tiba-tiba berbunyi. Dia menuju ke dapur untuk melihat stok makanan yang ada. Tidak banyak pilihan yang dia ada. Cuma maggi tiga paket. Telur dua biji. 2 botol air mineral. Yang lain-lain di isi dengan minuman keras ayahnya. " Haih. Maggi lagi." Kyungsoo mengeluh. Biarpun dia mengeluh, Kyungsoo tiada pilihan lain. Dia menyediakan makanan untuk dirinya sendiri. Ibunya pula jarang-jarang sekali menyentuh makanan. Apabila dipaksa oleh suaminya sahaja dia akan makan. Selesai makan, Kyungsoo menyelesaikan kerja sekolahnya.

Malam itu Kyungsoo dapat tidur dengan tenang. Ayahnya pula tidak menunjukkan gaya mahu pulang ke rumah. 

 

Ketenangan yang Kyung

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^