Sacrifices

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

Jujur Kyungsoo katakan, dia tidak lagi mahu menyusahkan sesiapa. Tidak lagi Suho yang banyak membantu dia sejak malam pertama dia berjumpa dengan lelaki itu. Dia cuba untuk melarikan daripada bantuan Suho tetapi hanya Suho sahaja mampu membantu dia. Suho yang dilahirkan daripada keluarga berada tidak pernah peduli tentang duit yang dikeluarkan untuk membiayai bil hospital Kyungsoo malah bil Kai juga turut dibiayainya. Kyungsoo tidak lagi mahu melihat ahli keluarga Kim berpisah dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Cukuplah kelurganya menjadi porak-peranda disebabkan kesalahan yang dilakukan sendiri, dia tak sanggup lagi melihat kesusahan keluarga orang lain. Walaupun pada mulanya dia langsung tiada kaitan keluarga Kim, namun sejak Kai hilang ingatan dia rasa lebih bertanggungjawab dengan ahli keluarga itu. Malah ahli keluarga Kim turut melayannya dengan baik.

Hari ini hari Jumaat. Hari dia perlu berjumpa dengan Kim Seul Gi sekali lagi. Sakit hari tu pun belum habis lagi, dah rasa yang baru. Mujur tiada sesiapa yang perasan. ' Nak buat macam mana Kyungsoo. Kau yang pilih kaulah yang tanggungkan?' Kyungsoo bermonolog sendirian. Dia dikejutkan oleh teguran Kai. " Hoi!" Nasib baik Kai sudah mahu bercakap dengannya. Susah jugak merajuk dengan Kai ni. Suka merajuk lama-lama. " Hoi! Kau ni kan. Suka buat aku terperanjat." Kyungsoo acah-acah marah. " Kau tu yang suka termenung sorang-sorang. Dah kenapa?" Kyungsoo menggeleng. " Aku takde papelah." " Tipu." " Betullah. Ish taknaklah gaduh dengan kau ni. Karang merajuk lama pulak nak baiknya. Manja." " Mana adaaaa." Kai menafikan kata-kata kawannya itu. " So, petang ni jadi?" " Huh?? Ada apa petang ni?" " Eh eh kau ni!" Kai mengetuk kepala Kyungsoo. " Kata nak study kan? Exam sebulan je lagi. " Alamak. Kyungsoo betul-betul terlupa. Tapi petang ni..... " Ahhhh. Haish. Aku serius terlupa wei." " Dah tu? Jadi ke tak?" " Ermm. Aku ada hal lah wei." " Alohh kau dah janji dah. Sehun pun tunggu sekali." Kyungsoo mula serba salah. " Ganti esok nak?" " Sabtu?" " Haah. " " Okay. On. Kau jangan tak jadi. Aku saman nanti." Kyungsoo menjelirkan lidah. " Samanlah. Tak takut." Ringggggggg. Belum sempat Kai mengejar Kyungsoo, loceng tamat rehat pun berdering. " Kau tunggu. Kau tunggu." Kyungsoo masih mengacah kawannya itu.

 

" Hahaha ! Taat betul kau ya?!" Kim Seul Gi mengangkat kening sambil memandang ke arah Kyungsoo yang melutut di atas lantai itu. Dia sendiri terkejut melihat Kyungsoo menghadirkan dirinya tepat pada waktu dan hari. Selalunya 'makanan-makanan'nya akan melarikan diri setiap kali ada perjumpa seperti itu. Tetapi tidak bagi Kyungsoo. Dia sanggup lakukan apa-apa sahaja asalkan orang disekelilingnya terselamat. " Apa-apa sahaja asalkan Kai dan orang lain selamat!" Kyungsoo berkata agak tegas. " Okay. As what we promise." Selepas Kim Seul Gi memberi arahan menggunakan isyarat tangan, pengikut-pengikutnya mula mengheret Kyungsoo ke ruang yang lebih luas. Serangan bertubi-tubi daripada gangster tu mengakibatkan Kyungsoo hampir menyemburkan darah daripada mulutnya. Kyungsoo mengecilkan badannya dan melindungi kepalanya dengan tangan. Tiada belasan kasihan walaupun Kyungsoo meraung kesakitan. Kyungsoo tidak boleh berkata perkataan berhenti, lagi hebat tendangan yang mereka akan bagi. Kyungsoo sendiri yang mahu perkara ini terjadi.

Kyungsoo mengerang kesakitan selepas satu sepakan terkena dibahagian lebam yang masih belum pulih hasil belasahan yang lepas. Kyungsoo memejamkan mata menahan kesakitan. Kyungsoo bukan sahaja ditendang malah dipijak. Tangan kanannya yang putih dan pucat itu berubah menjadi merah apabila salah seorang daripada ahli gangster itu memijak kakinya dan belakang tapak tangannya tercalar dengan luka akibat geseran dengan lantai yang agak berpasir itu. Kyungsoo segera menyembunyikan tangannya itu dengan baju lengan panjangnya. Baju lengan panjang berbelang biru dan hitam itu makin berubah warna akibat lantai yang berdebu itu. Kyungsoo dapat rasakan semakin jari semakin bertambah orang yang membelasahnya. Semakin sakit. Semakin banyak lebam. Selang beberapa minit, akhirnya mereka berhenti. Kyungsoo masih terbaring lesu atas lantai. Kehilangan tenaga. Kyungsoo mengambil masa yang agak lama sebelum dia dapat bangun dan cuba membersihkan bajunya. ' Ah. Kena tunggamg basikal lagi. '

Pandangan Kyungsoo agak kabur. Dia terasa amat letih dan tidak bermaya. Tapi dia gagahkan juga dirinya untuk pulang ke rumah. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit itu terasa semakin lama. Dia tidak boleh menunggang basikal itu dengan lebih laju kerana otot-ototnya menjadi tegang apabila diregangkan. Kyungsoo menahan sakit setiap kali kakinya diluruskan. Kyungsoo menunggang perlahan. Akhirnya dia sampai. Sperti biasa, Suho masih belum tidur. Kelihatan hanya lampu di ruang tamu itu masih bernyala. Laptop di atas meja juga tidak ditutup tetapi tiada sesiapa diruang tamu itu. Matanya melilau mencari kelibat Suho. Kyungsoo memegang siku kirinya yang Kyungsoo rasakan ada sedikit luka. " Hey. Dah balik?" Kyungsoo terkejut apabila Suho menegurnya daripada arah dapur. " Kau dah kenapa macam nampak hantu je ni?" Sejujurnya Suho memang kelihatan seperti hantu kerana kulitnya yang agak pucat dan putih melepak itu ditambah pula dengan baju t-shirt putih menambahkan lagi pucat warna kulit Suho. Rambut yang hampir menutup matanya itu menambahkan lagi feeling hantu pada diri Suho. * ei tak rasa seksi ke Suho berdiri pastu mcm sandar dekat dinding, pastu pandang dengan mata puppy eyes dia. Okay tergoda.bye* " Ad-adalah sikit." Kyungsoo cuba bergurau. "Eii." Suho pura-pura ingin memukul kepala Kyungsoo. Kyungsoo bersiap sedia cuba mengelak daripada pukulan Suho yang tak jadi tu. Suho menghirup sedikit air coklat panasnya itu. Dia ternampak luka ditangan Kyungsoo yang sedari tadi memegang siku kirinya. Suho tak berkata apa-apa terus segera menarik tangan Kyungsoo itu. " Ni...ni kenapa ni?" Dia membelek tangan Kyungsoo. Air minuman dia tadi diletakkan di atas meja berdekatan. " Ahh. Ni..ni ja-jatuh dekat jalan tadi. Cuba elak kereta. P

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^