13
Pain.Belum sempat Kyungsoo melalukan apa-apa, ayahnya lebih pantas bertindak. Kyungsoo hanya mampu menjerit tetapi usahanya itu tidak memberikan sebarang kesan. Sekali tikaman tepat mengenai perut ibunya. Tikaman kedua mengenai dada ibunya. Pada ketika itu, ayahnya mula tersedar. Dia telah melakukan kesilapan. Dia telah menikam isterinya sendiri. Tuan Do mula resah. Dia mencampakkan pisau ditangannya ke lantai. Dia menggenggam kepalanya. Melihat tangannya yang penuh darah. Melihat isterinya yang mengerang kesakitan serta anak lelakinya yang berlumuran darah dan menangis. Dia berada di tahap separa sedar. Selepas itu, dia segera berlari meninggalkan rumah itu. Terhuyung hayang. Kyungsoo dan isterinya ditinggalkan olehnya begitu sahaja. Kyungsoo cuba memanggil ayahnya tetapi tidak dilayan. Luka dibahagian kanan perutnya tu mula menunjukkan rasa sakit. Darah mengalir semakin banyak. Pandangannya juga semakin kabur. Namun begitu, dia menggunakan sepenuh tenaga yang tinggal untuk bergerak ke arah ibunya. Walaupun dalam keadaan mengesot. Dengan tangannya masih terikat, dia mampu melalukan apa-apa sangat. Tidak lama kemudian, Kyungsoo sendiri pengsan di sisi ibunya.
Bilik itu hanya terisi dengam bunyi mesin di sisi katil. Beep. Beep. Seperti biasa, tiub air dan tiub darah digantung tinggi. Masuk kali ini, sudah dua kali mendapat rawatan dihospital itu. Dua kali dalam tempoh tiga bulan. Kali pertama, kes lilin hari itu. Kali ini pasti lebih lama Kyungsoo akan ditempatkan di wad itu. Walaupun dia sudah berulang kali ulang alik hospital ke rumah sejak kecil dahulu tetapi dia masih tidak suka. Bau tempat itu. Kenangan pahit di situ. Kyungsoo benci. Namun, tiada jalan lain, hanya tempat itu yang akan memulihkan luka-luka dibadannya. Luka yang bukan sedikit tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih. Kali ini, hanya badannya dibalut dengan banyak. Tangan kanannya juga dibalut. Mungkin kerana kesan tali yang diikat ketat itu. Pergelangan tangan kirinya juga masih merah-merah tetapi hanya pendarahan di dalam. Kyungsoo masih tidak sedarkan diri. Balutan dibadannya ada sedikit tompokan merah. Mungkin darah yang mengalir daripada ukiran ayahnya terlalu banyak. Bilik ity masih sunyi tanpa kehadiran sesiapa.
Suho bergerak pantas ke arah kaunter. Dia bertanyakan kepada jururawat yang bertugas dimanakah bilik Kyungsoo. Terkejut Suho apabila dia menerima panggilan daripada pihak hospital mengatakan bahawa Kyungsoo dimasukkan ke dalam hospital sekali lagi. Dia sedang bekerja waktu itu. Bosnya pulak tidak mahu melepaskan dia pergi kerana tiada sesiapa yang mahu menggantikan dia pada waktu itu. Dia terpaksa menunggu sehingga giliran kerjanya habis. Sudah lewat malam baru dia selesaikan dengan tugasnya. Suho segera bergerak ke wad yang dinyatakan. Kelihatan seorang jururawat sed
Comments