Final.

Pain.
Please Subscribe to read the full chapter

Kyungsoo terbaring lemah di atas lantai itu. Menahan kesakitan. Kyungsoo sekadar memejamkan matanya menahan kesakitan.

"Hmm." Kyungsoo mengetap bibirnya, menahan mulutnya daripada mengeluarkan sebarang bunyi. Kyungsoo tak mampu bergerak. Seluruh badannya berasa sakit. Yang teramat sangat.

" Apa yang kita patut buat sekarang ? " bicara lelaki pertama.

" Biarkan dia. Dia masih hidup. Dan dia boleh bergerak. " Lelaki kedua pula segera bergerak untuk beredar daripada kawasan pembinaan terbiar tersebut.

Kyungsoo masih menutup matanya, tidak mahu melihat figura yang telah mengakibatkan dirinya terlantar di atas lantai tersebut tanpa mampu bergerak. Kyungsoo menyentuh bibirnya yang terasa amat perit sedari tadi.

Darah. Selepas beberapa minit dia cuba menahan sakit dibahagian perutnya, Kyungsoo cuba untuk bangun, Namun dia rebah semula. Malah rebahannya itu menyebabkan bahagian rusuk kanannya terasa semakin sakit. Kyungsoo mengerang kesakitan. Sekali lagi, Kyungsoo cuba untuk bangun. Kali ini, dia berjaya, Tetapi bukan untuk berdiri, hanya sekadar untuk duduk. Matanya semakin mengecil dibahagian kiri. Mungkin kerana lebam dimatanya. Kyungsoo cuba mengurut pergelangan tangan kirinya. Kalau tidak silap pandangannya sebentar tadi, pergelangan tangannya telah dipijak oleh kasut kulit yang saiznya sebesar saiz 10. Ya, semestinya rasanya amat menyakitkan, malah, tangan itu juga digunakan olehnya untuk cuba duduk sebentar tadi. Kyungsoo bersyukur kerana badannya terdampar di kawasan yang berdekatan dengan dinding.

Kyungsoo cuba untuk bersandar pada dinding tersebut. Sekali lagi dia memegang pergelangan tangan kirinya. " Auch ! " Kyungsoo tidak pasti keadaan sebenar tangannya, sama ada patah atau retak atau hanya sekadar bengkak. Kyungsoo mengambil telefon bimbitnya di dalam kocek seluarnya dan menekan nombor satu selama tiga saat. Dia meletakkan telefonnya ke arah telinga kanannya.

" Hello ? " Kyungsoo masih berdiam diri. " Hello ? Hello ? Kyungsoo ?! Kyungsoo !! " Telefon tersebut jatuh bersama-sama tangan kanan.

 

 

Kyungsoo membuka matanya. Putih. Kyungsoo cuba mendengar bunyi-bunyi disekelilingnya. Hanya terdengar bunyi bip yang selalu didengari olehnya. Bunyi mesin pernafasan. Kyungsoo sekali lagi memejamkan matanya. Cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Kyungsoo cuba menggenggam tangan kedua-dua tangannya. Hanya tangan kanannya memberi reaksi yang lebih pantas. Kyungsoo mengerut dahinya menahan kesakitan apabila dia cuba untuk menggenggam semula tangan kirinya.

" Tak payah paksa diri Kyungsoo. " Suara tersebut mengarahkan Kyungsoo untuk berhenti bergerak. " Doktor kata pergelangan kiri kau retak. Mungkin ambil masa untuk sembuh. Kaki kau pulak, lutut kanan kau pun retak jugak. Kali ni diorang dah melebih-lebih Kyungsoo, Kenapa kau benarkan diri kau lemah macam tu ? " tegas suara itu berkata.

" Hyung pun tak dapat nak jamin keselamatan saya."

Ringkas tetapi mendalam. Kyungsoo masih memejamkan matanya. Dia kenal suara itu. Sangat kenal. Suara itu yang mengejutnya pagi-pagi. Suara itu yang dia dengar setiap kali dia tersedar daripada dunia gelapnya. Suara itu yang selalu menengking orang-orang disekelilingnya setiap kali dia hampir masuk ke dunia gelapnya. Kadangkala, Kyungsoo terpikir bilakah masanya dia akan terus berasa dalam dunia gelap itu, tanpa melihat lagi dinding-dinding putih disekelilingnya. Tanpa dia dapat melihat lagi kain hijau di hujung kepalanya. Bilakah dia akan berhenti mendengar bunyi bip yang amat menjengkelkan itu.

" Hyung minta maaf, Kyungsoo-ah. Kalau hyung tak biar kau balik sorang-sorang, semua ni takkan terjadi."

" Tak guna hyung nak minta maaf. Itu memang takdir saya. Bukan sebab kalau. Saya memang dilahirkan untuk jadi begini hyung."

" Kyungsoo-ah. . . . . Maaf. "

Kyungsoo membu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
Akhirnya, 200 subs. Thank you :*

Comments

You must be logged in to comment
sitifadhlina #1
Chapter 1: this story was really the best
Jessica_felix #2
Can you pretty please translate to English...fingers crossed
meridaania #3
Chapter 1: Please translate it to english. It's seems really god! TT
reemoma #4
Chapter 1: The story seems good
Can you translate it to english please ??!
mikochiciko
#5
Chapter 31: siyess , sedeyy cite ni . mmg bapak die useless ! poor my kyunggie T.T . btw , cite ni mmg daebakk . berbakul2 tisu . huhu . sob. sob
//nanges blakang myungsoo//
ikanadia95
#6
Chapter 31: HOOORAAAYYYYY / CHATIME AND POSTER /
Sarah_Jr #7
Chapter 1: Huhu siannyer dyo T^T btw keep it up!! ^^