Episod 9 : Rasa hati

Rain Sound [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

     Seperti Daehyun, lama-kelamaan, Ina semakin suka mengunjungi Taman Perasaan. Kini, taman itu betul-betul menjadi tempat kegemarannya dan Ina paling suka mengunjungi taman itu apabila hari tengah hujan. Ketiadaan Alestor yang melancong ke luar negara selama 3 bulan menyebabkan Ina meluangkan lebih banyak masa dengan penyanyi muda, Daehyun yang mula rapat dengannya itu.

     "Awak cintakan Alestor ke?" Soal Daehyun tiba-tiba semasa bersantai di taman kesukaannya bersama Ina. Dahi Ina berkerut kehairanan. Dia memandang wajah Daehyun yang selamba berbaring di atas rumput di sebelahnya. Baru 2 bulan mereka berkenalan namun Daehyun sudah begitu selesa dan tidak peduli langsung tentang imejnya di hadapan Ina.

     "Kenapa awak tiba-tiba tanya pasal tu?" Balas Ina ingin tahu. Daehyun mengeluh perlahan dan menatap langit yang luas membiru di atasnya. Titisan air yang sedari tadi menyapa wajahnya dikesat lembut. Hairannya, hari cerah namun terasa ada titisan hujan pula. 

     "Pertama kali saya tengok cara dia melihat awak, saya dah boleh tahu yang dia sayang dan cintakan awak," ujar Daehyun perlahan namun cukup jelas pada pendengaran Ina. Ina tersenyum. 

     "Saya tahu. Dia memang macam itu. Cuma saya yang tidak dapat terima dia," tutur Ina lembut membeliakkan mata Daehyun. Daehyun terus bangun dari pembaringannya dan duduk tegak di sisi Ina. 

     "Maksud awak, dia ada meluahkan rasa cintanya?" Soal Daehyun tidak mampu mengawal rasa terkejutnya. Ina selamba sahaja menganggukkan kepalanya, menjawab soalan Daehyun. 

     "Habis tu, kenapa awak tak terima dia?" Soal Daehyun lagi, cuba menyembunyikan rasa hati yang gementar. Ina menatap

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
LAPTOP ROSAKKKKK ㅠㅠㅠㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 13: update soon authornim~~ sedih btol story niyh..tpy best sgt !!