Episod 15 : Bertahanlah wahai kekasih

Rain Sound [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

     Ina terlelap dengan lena sekali setelah diberi rawatan penuh oleh doktor. Keadaannya bertambah baik meskipun wajahnya masih jelas dengan kesan lebam yang masih membiru. Daehyun dan Amy yang berada di luar bilik pantas masuk apabila nurse yang bertugas memaklumkan bahawa Ina sudah dapat dilawat. Doktor yang sedang menanti dengan sabar di sebelah Ina memaparkan senyuman mesranya ke arah Daehyun yang terus sahaja menjabat tangannya.

     "Terima kasih sangat-sangat, doktor. Ada apa-apa lagi yang lain yang perlu kami awasi tentang Ina?" Soal Daehyun meminta kepastian. Dia sebenarnya masih risau. Matanya asyik mencuri pandang ke arah Ina sedangkan tubuhnya masih menghadap doktor. Doktor yang jelas sedar tentang itu hanya mampu tersenyum. Amy pula sudah melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Ina, bertentangan dengan doktor. Tangannya lembut mengusap rambut rakannya itu. Sayu rasa hati makin bertambah melihat keadaan Ina. Perlahan, Amy mengeluh kasihan. 'Ina memang lebih layak mendapat perhatian Alestor... Lebih layak daripada aku...' hati Amy berbicara sendiri. Tiada sesiapapun tahu selama ini dia mempunyai perasaan terhadap Alestor termasuk lelaki itu sendiri. Alestor jelas mencintai Ina. Hakikat itu membuatkan Amy diam dan hanya menjadi sahabat setia. Dia tidak ingin seandainya Alestor tahu tentang perasaannya, lelaki itu akan mengelakkan diri. Huh...

     "Tidak ada apa-apa yang perlu encik risaukan lagi. Seperti yang saya sudah beritahu sebelum ini kepada encik, pastikan Cik Ina mempunyai rehat yang secukupnya dan tidak membuat sebarang kerja berat dalam tempoh berehat iaitu selama satu minggu atau dua minggu," pesan doktor dengan jelas kepada Daehyun dan juga Amy yang turut memasang telinga. Daehyun mengangguk faham dan mengiringi doktor keluar daripada bilik tersebut dengan ikhlas sebelum dia kembali ke sisi Ina. Amy memandang Daehyun dengan perasaan lega.

     "Syukurlah, Ina ok. Kalau tak ada apa-apa lagi, lagipun saya dah berpuas hati melihat keadaan Ina sekarang dengan mata saya sendiri... saya nak minta diri dulu. Alestor dan ajumeoni sekarang ada kat balai. Saya terima mesej daripada Alestor semula semasa awak iringi doktor keluar tadi. Awak buatlah apa yang patut dan saya yakin, Ina lebih perlukan awak daripada saya. Saya pergi dulu," panjang lebar ucapan Amy meminta diri. Daehyun yang sejujurnya tidak tahu hendak membalas apa hanya mampu mengangguk faham. Matanya kemudian tertangkap luka pada lengan Amy. 'Macam mana aku boleh tak sedar tadi?'

     "Amy, luka awak-"

     "I'm okay. Sikit je ni," pintas Amy pantas dengan senyuman untuk meyakinkan Daehyun. Daehyun kelihatan ragu-ragu. Namun Amy yang tegas memandangnya untuk meyakinkan dia bahawa dirinya baik-baik sahaja membuatkan Daehyun terpaksa akur. Dia menunduk hormat ke arah gadis itu dan hanya melihat gadis itu pergi dengan senyuman terima kasih di bibir.

___________________________________________________________

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
LAPTOP ROSAKKKKK ㅠㅠㅠㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 13: update soon authornim~~ sedih btol story niyh..tpy best sgt !!