Episod 12 : Aku tak mampu...

Rain Sound [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

     "Amy, lari... pergi..." lemah suara Ina mengarah Amy agar segera pergi dari situ. Dia tidak mahu Amy pula menjadi mangsa Encik Kim. Amy yang menangis hiba melihat Ina terus berlari pergi namun dia bukan meninggalkan Ina. Dia perlu cari Alestor! Ina pula sedaya-upaya cuba untuk berdiri tetapi dia tidak mampu. Encik Kim yang termengah-mengah sudah berhenti memukul Ina. Dia menatap geram wajah Ina yang telah menunjukkan kesan merah dan lebam. Sudah lama dia tidak mengerjakan anak perempuan yang dibencinya itu. Baru puas hatinya kini.

     "UNCLE TAEKHO!!!" Jerit Alestor marah dari jauh. Encik Kim menoleh ke arah Alestor sebentar sebelum memandang Ina kembali.

     "Ini amaran terakhir untuk kau! Sekali lagi kau sentuh anak dan bini aku, mampus kau aku kerjakan!" Encik Kim mengugut kemudian berlalu pergi meninggalkan Ina yang mengerekot kesakitan di lantai jalan.

     "Ina!" Alestor tidak sempat mengejar Encik Kim. Lelaki yang kejam itu telahpun memandu keretanya pergi dari tempat tersebut. Alestor terus mendekati Ina dan mengelap darah di tepi bibir gadis itu. Tanpa membuang masa lagi, dia terus mendukung Ina dan membawanya balik ke sekolah di mana Amy sedang menanti bersama sebuah ambulan. 

     "Al... mak aku..." Ina tiba-tiba teringatkan Puan Clara. Dia takut ibunya pun telah dikerjakan oleh Encik Kim.

     "Jangan risau, aku dah suruh Amy call ajumeoni tadi. Dia ok dan sedang dalam perjalanan ke hospital sekarang," ujar Alestor pant

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
LAPTOP ROSAKKKKK ㅠㅠㅠㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 13: update soon authornim~~ sedih btol story niyh..tpy best sgt !!