Episod 13 : Hospital

Rain Sound [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

     "Ya Tuhanku, Ina!!" Puan Clara terjerit dalam tangisannya setelah matanya menangkap kelibat Ina yang sedang dibawa masuk ke dalam hospital menggunakan katil sorong. Mata Daehyun turut terbeliak. Dia segera berlari mengikuti Puan Clara mendekati Ina. Puan Clara menekup mulutnya terkejut sebaik sahaja dia melihat wajah anak gadisnya. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Terus dipeluknya tubuh Ina sambil meraung-raung di situ. Alestor bertindak pantas menarik tubuh Puan Clara dan memujuknya manakala Daehyun pula terpaku di sisi kekasihnya itu. Air matanya menitis perlahan dalam dia mencapai tangan kiri Ina dan menggenggamnya erat. 

     "Ke-kenapa...? Apa sebenarnya yang berlaku pada awak, Ina?" Rintih Daehyun dalam kesayuan. Hatinya terasa disiat-siat melihat tepi bibir Ina yang berdarah ditambah lagi dengan lebam di wajahnya. Ina memandang Daehyun sambil tersenyum kecil.

     "Saya ok, jangan risau... Saya dah biasa dah... maaf, tak dapat bertemu dengan awak kat taman pula..." ucap Ina lemah. Daehyun mengeluh berat.

     "Itu bukan masalahnya sekarang. Dah, jangan bercakap lagi. Awak perlu dirawat. Berehatlah secukupnya," ujar Daehyun sambil dia membantu menolak katil sorong Ina ke ruang rawatan. Dari kejauhan, Alestor lega kerana Daehyun ada di situ. Sekurang-kurangnya Ina mempunyai teman sementara dia menjaga Puan Clara yang sudah lebih dari bersedia untuk bersemuka dengan bekas suaminya iaitu Encik Kim Taekho. 

      "Amy... terima kasih....." Amy mengangguk sayu. Dia yang turut menolak katil sorong Ina hanya diam melihat Daehyun dan Ina yang berbual sambil berpegangan tangan. 'Jadi, inilah Daehyun yang ingin dijumpainya di taman,' detik hati Amy. Pada mulanya semasa Ina menyebut nama Daehyun, tidak terlintas langsung di minda Amy bahawa Daehyun yang dimaksudkan ialah BAP Daehyun. Sangkanya Daehyun yang disebut hanyalah seorang lelaki biasa seperti Alestor dan merupakan seorang pelajar. 

     Setelah diangkat dan dibaringkan ke atas katil hospital, Ina terus diberikan suntikan bius. Suntikan tersebut menyebabkan Ina terus terlelap dengan tangannya masih digenggam oleh Daehyun. 

     "Encik, kami perlu merawat pesakit sekarang. Sila tunggu di luar bersama rakan encik," arah jururawat di situ. Rakan Daehyun yang dim

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
LAPTOP ROSAKKKKK ㅠㅠㅠㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 13: update soon authornim~~ sedih btol story niyh..tpy best sgt !!