Episod 11 : Derita tak diingini kembali

Rain Sound [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

     Ina tersenyum riang. Hari ini, dia akan bertemu dengan Daehyun di taman seperti biasa. Sudah seminggu dia tidak bersua muka dengan jejaka tersebut kerana Daehyun telah pergi ke Los Angeles untuk konsert artis syarikat TS Entertainment yang sudahpun habis dengan jayanya. Amy yang jalan beriringan dengannya tersenyum kecil melihat keriangan yang jelas terserlah di wajahnya.

     "Amboi, riang betul kau hari ini, Ina. Apa dah jadi?" Amy cuba mencungkil rahsia. Ina menoleh ke arah Amy. Dia memberikan sebuah senyuman manis kepada rakan sekelasnya yang boleh dikatakan agak rapat dengannya itu.

     "Aku akan bertemu dengan dia hari ini. Dah seminggu kami tak jumpa, rindu betul aku kat dia," beritahu Ina menyebabkan Amy kehairanan.

     "Seminggu tak berjumpa? Rindu? Siapa? Kalau Alestor, baru pagi tadi kau cakap dengan dia. Siapa yang kau maksudkan ni?" Balas Amy meluahkan rasa musykilnya. Ina menggeleng pantas.

     "Sorry, aku tak dapat nak bagitahu kau sekarang. Ada hari nanti, kalau semuanya dah confirm ok, aku bawa kau jumpa dia," jawab Ina ingin merahsiakan tentang Daehyun. Pasal dirinya dengan Daehyun, hanya ibunya dan Alestor sahaja yang sudah tahu. Oh ya, member BAP yang lain juga sudah tahu. Amy hanya mampu mengangguk faham.

     "Mana-mana kaulah. Asalkan aku dapat tahu juga suatu hari nanti siapa dia tu," Dia memang teruja ingin tahu siapa yang telah menyebabkan rakannya itu sentiasa gembira sejak kebelakangan ini. Kalau dahulu, nak tengok Ina senyum gembira pun susah. Setakat senyum kecil adalah. Sekarang ini, jangan senyum, Ina memang sudah sering ketawa riang dan selalu kelihatan ceria bersama rakan-rakannya. 

     "Yang kau tersengih-sengih tu kenapa? Ada benda pelik ke kat muka aku?" Pantas Ina menyentuh wajahnya, malu kalau ada kotoran. Amy ketawa kecil lalu menggeleng membuatkan Ina mengeluh lega. Dia turut bersenang hati dengan keadaan Ina sekarang. Puan Clara dan Alestor merupakan orang paling gembira dengan perubahan Ina. Ina sudah mampu untuk bergembira meskipun masih sibuk beker

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
LAPTOP ROSAKKKKK ㅠㅠㅠㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 13: update soon authornim~~ sedih btol story niyh..tpy best sgt !!