Episod 17 : Diri yang tidak berdaya

Rain Sound [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

"Mak kau dah tidak ada... maaf, kami gagal menyelamatkan ibu Cik Ina... Encik Kim tiba-tiba memukul pemandu van menyebabkan van hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori... Puan Clara kehilangan banyak darah... takziah kami ucapkan... takziah... takziah..." kata-kata Alestor, doktor, pihak polis dan orang lain yang datang ke pengebumian Puan Clara asyik terngiang-ngiang di telinga Ina. Sepanjang hari dia berteleku di sebelah kubur ibunya tanpa mempedulikan titisan hujan yang semakin lama semakin lebat.

     "Ina..." lembut Daehyun memanggil Ina, menyentakkan gadis itu dari menung panjangnya. Alestor yang berdiri di sebelah Daehyun turut susah hati melihat keadaan Ina yang bagai sudah jatuh ditimpa tangga itu. Ina menatap wajah Daehyun dan Alestor bersilih ganti. Perlahan, air matanya menitis lagi membasahi pipi putihnya.

     "Eomma... saya..." Ina tidak mampu hendak mengungkapkan rasa hatinya lagi. Dia berasa sungguh lemah dan tidak berdaya. Tiba-tiba, pandangan matanya mulai kelam sehinggalah dia rebah tidak sedarkan diri di sisi kubur ibunya.

     "Ina!!" serentak Daehyun dan Alestor pantas mendapatkan Ina. Daehyun yang kerisauan terus mendukung tubuh Ina. Melihatkan itu, dengan automatik Alestor bingkas bangun dan berlari ke arah kereta. Orang lain yang masih mengerumuni kubur Puan Clara turut tergamam melihat kejadian itu. Mereka diam sahaja, tidak tahu hendak berbuat apa. Hanya mampu untuk melihat Daehyun dan Alestor segera membawa Ina yang pengsan ke dalam kereta. Alesto

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
LAPTOP ROSAKKKKK ㅠㅠㅠㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 13: update soon authornim~~ sedih btol story niyh..tpy best sgt !!