Episod 7 : Rahsia ayah...

Rain Sound [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

     " Sejak bila awak bergiat dalam bidang tarian ni? Awak seorang trainee ke?" Soal Daehyun ingin tahu. Ina menggeleng pantas. Dia dan Daehyun sedang duduk menyandar pada  dinding sambil menikmati makanan ringan yang dibawa oleh Daehyun.

     " Saya bukan seorang trainee. Menari ni memang hobi saya sejak dulu lagi. Dengan menari, saya boleh menenangkan diri saya apabila menghadapi sesuatu masalah" jawab Ina tersenyum ikhlas.

     " Owh..." Daehyun mengangguk-angguk tanda faham. Ina membuka sebuah lagi paket snek ringan yang baru dan menikmatinya dengan berselera tanpa mempedulikan renungan Daehyun terhadapnya.

     " Ina!" Panggil Puan Clara yang tiba-tiba merempuh masuk ke dalam bilik studio tersebut. Ina dan Daehyun terkejut lantas berdiri lalu mendekati Puan Clara yang kelihatan termengah-mengah.

     " Eomma! Kenapa ni?" Soal Ina kerisauan. Bahu Puan Clara disentuh lembut. Puan Clara memandang Ina dengan mata yang jelas berair.

     " Ayah kamu..." Puan Clara tidak mampu meneruskan kata-katanya lalu terjelepok jatuh ke lantai. Ina tergamam sebentar sedangkan Daehyun di sisinya pula pantas mendekati Puan Clara. Apa yang telah berlaku?

________________________________________________________

'Ayah kamu jatuh di site kerja. Dia cedera teruk dan berada di hospital sekarang...'

Dengan langkah yang pantas, Ina menuju ke kaunter utama hospital diikuti oleh Puan Clara dan Daehyun. Nurse yang berada di kaunter pantas digamit untuk menarik perhatiannya.

     " Nurse, mana bilik Encik Kim Taekho?" Soal Ina pantas tidak ingin membuang masa. Melihatkan wajah Ina yang cemas, nurse itu terus menyelak dokumen maklumat pesakit di hadapannya.

     " Apa hubungan cik-" belum habis soalannya, Ina terus menjawab

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
LAPTOP ROSAKKKKK ㅠㅠㅠㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
hanazraf95 #1
Chapter 13: update soon authornim~~ sedih btol story niyh..tpy best sgt !!