Chapter 44

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

"Selamat pagi Min-hye",sapa Suho.Aku membalas dengan senyuman."Abang makanlah dulu,Min-hye panggil yang lain ya",kataku.Suho hanya mengangguk.Aku segera naik ke atas dan mengejutkan mereka terutama orang yang susah nak bangun pagi."Abang,bangun sarapan",kejutku."Oh Min-hye selamat pagi.Macam mana tidur,selesa?",tanya Baekhyun.Apa kena dengan dia ni? Dah tak betul ke?

"Selesa sangat.Bangunlah,sarapan.Kalau tak Min-hye tak nak bagi abang sarapan",ugutku.Baekhyun yang terdengar ugutan aku itu,terus bangun dan pergi ke tandas.Manakala aku pula turun ke bawah dan menyertai yang lain."Na iraerong,iraerong,iraerong dae",mereka terus berlatih dan berlatih untuk persembahan sulung mereka di Taiwan.Aku tumpang bangga dengan latihan mereka yang terus menerus tanpa henti dan tanpa merungut.

Aku perasan sesekali Baekhyun ada memandangku.Apabila aku memandangnya,dia menghadiahkan senyuman berpakejkan kenyitan matanya yang sering buatkan hati aku cair."Ok rest 10 minit",kata Suho.Mereka terduduk dan ada juga yang terbaring di lantai kerana kali ini mereka berlatih tanpa henti disebabkan masa yang makin dekat."Kesiannya,mari sini Min-hye urutkan",kataku lalu aku mengurut bahunya lembutuntuk membuatkan rasa sakit di bahunya berkurangan.

"Selesanya.Terima kasih sayang",balas Baekhyun sambil mengusap pipiku.Mereka yang memandang mencebik."Janganlah macam tu sangat.Nanti ada yang jealous nanti",kata mereka.Beberapa minit kemudian,telefon Baekhyun berdering.Baekhyun rasa teragak untuk mengangkat panggilan itu apabila tertera nama 'Tiffany' di skrin telefonnya."Kenapa dia telefon aku ni?",fikir Baekhyun."Kenapa abang tak angkat.Jawablah panggilan tu",kataku."Ok.Abang cakap kat luar kejap ya",pinta Baekhyun.

Di luar,Baekhyun terus menjawab panggilan itu."Ini Encik Baekhyun ke?",tanya seorang lelaki."Ya,ini saya.Ni siapa ya?",tanya Baekhyun pula."Saya dari pelayan dari Dragon Silver Bar.Saya nak cakap yang kawan encik dah mabuk,saya tak tahu nak buat apa.Jadi,saya terus telefon encik sebab nombor yang terakhir yang ditelefon",ujar pelayan itu.Sebenarnya itu ialah Kyungmin,Tiffany menyuruhnya buat begitu untuk buatkan Baekhyun datang padanya."Oh ok,Saya datang sekarang ya.Terima kasih sebab maklumkan pada saya",kata Baekhyun lalu terus masuk ke dalam.

"Korang,saya nak keluar kejap ya.Kawan saya perlukan bantuan",kata Baekhyun.yang lain hanya mengangguk,membenarkan Baekhyun keluar.Baekhyun meminta tolong Encik Kim menghantarnya ke tempat itu.Apabila sudah sampai ke tempat itu,Baekhyun melilau mencari Tiffany."Mana Tiffany duduk ni?",fikir Baekhyun dan mtanya tepat memandang wanita di hujung sudut tempat itu."Tiffany,kenapa boleh jadi macam ni?",tanya Baekhyun.Dia lihat mukanya seolah-olah baru lepas menangis."Baekhyun saya tak patut masuk grup ni",kata Tiffany.Dia berasa gembira kerana jeratnya sudah terkena.

"Awak cakap kat saya satu per satu.Apa yang dah jadi sebenarnya?",tanya Baekhyun.Perasaan simpati mula menyelubungi dalam hati Baekhyun walaupun Tiffany hanya berlakon tanpa pengetahuannya.Tiffany menceritakan cerita yang direka semata-mata."Awak janganlah cepat sangat mengalah.Lama-kelamaan mesti awak dah biasa.Percayalah cakap saya.Nah minum air ni,biar awak tenang sikit",kata Baekhyun lalu menghulurkan air minuman pada Tiffany."Terima kasih.Awak pun minum lah sama.Saya ada pesan untuk awak",kata Tiffany pula.

Baekhyun hanya menyambut lalu terus meminumnya tanpa syak wasangka.Tiffany tersenyum apabila Baekhyun telah minum minuman yang telah diracunnya sehingga setengah gelas."Baekhyun,saya nak ucapkan terima kasih sangat sebab sudi dengar masalah saya...",ketika Tiffany leka cakap,Baekhyun tidak dapat tumpukan perhatian terhadap apa yang Tiffany cakapkan."Kenapa ni?",tanya Tiffany."Saya tak tahulah.Kepala saya sa...",tak sempat habiskan,Baekhyun telah rebah di bahu Tiffany.Tiffany tersenyum puas."Akhirnya kau jadi milik aku juga Byun Baekhyun",kata Tiffany perlahan.

Tiffany meminta tolong Kyungmin untuk memapah Baekhyun ke hotel di bawah tajaan SMEntertainment.Mereka letakkan Baekhyun di atas katil."Sekarang ni kita nak buat apa?",tanya Kyungmin."Tak apa.Sekarang ni aku siap dulu.Nanti aku panggil dan aku nak kau ambil gambar aku tidur dengan Baekhyun dan lepas tu aku tahu nak buat apa",terang Tiffany.Kyungmin duduk di ruang tamu bilik itu sementara Tiffany menyiapkan dirinya dan Baekhyun."Baekhyun sayang,malam ni malam yang bertuah untuk kita berdua,sebab,malam ni aku dapat rasa badan kau",bisik Tiffany sambil membelai badan Baekhyun yang sedang terlena di sebelahnya...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!