Chapter 34

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

Aku bangun dari tidur setelah seseorang mencium pipiku."Min-hye selamat pagi",sapa Baekhyun."Selamat pagi,awal bangun.Nak pergi mana?",tanyaku."Mana ada nak pergi mana-mana.Saja je nak kejutkan Min-hye",katanya.Aku segera bangun dan terus ke tandas.Sesudah itu,aku keluar dan aku lihat Baekhyun baring di atas,tapi aku hanya biarkannya."Min-hye,sini kejap",panggil Baekhyun.Aku datang padanya."Abang nak apa?",tanyaku.

Ketika aku duduk di sebelahnya,Baekhyun duduk dan mendekatkan mukanya dan tangannya memegang pipinya.Aku terkejut dengan tindakan Baekhyun itu."Memang sama macam malam tadi",fikir Baekhyun."Apa yang abang bu...",Baekhyun menciumnya dan memeluk Min-hye.Aku tergamam seketika."Apa yang abang buat ni?",tanyaku sekali lagi.

"Abang buat morning kiss,tak boleh ke?",kata Baekhyun."Apa? Morning kiss?",tanyaku lagi."Ya,kenapa? Kejap sangat ke?",tanya Baekhyun pula. Aku mengelak."Dahlah.Jom tolong Min-hye buat sarapan",aku menarik tangannya.Kami duduk di dapur sementara yang lain pula tak tahulah dah bangun ke tak."Abang tolong toskan spageti tu",arahku.Setelah itu,aku letak spageti itu ke dalam mangkuk besar yang makan untuk 13 orang.Setelah habis aku hidang,mereka sudah pun turun.

"Abang,sarapan dah siap.Ta-da",aku menunjukkan sarapan yang aku buat kepada mereka."Wah,nampak sedap",kata Tao sambil menelan air liurnya."Jemputlah makan",kataku.Aku pun duduk bersama mereka.Ketika aku leka makan,Kai berkata,"Min-hye nampak lain",katanya."Lain? Apa yang lain?Ok je",kataku."Maksud abang,Min-hye nampak berbeza bila tidur dan sedar.Min-hye tak perasan ke?",tanya Kai lagi.

"Tak,kenapa?",tanyaku lagi."Tak ada apa-apa.Saja je abang tanya",kata Kai sambil tersenyum.Aku tak nak fikir lalu aku meneruskan makan."Oh ya,Min-hye nak ikut abang tak tengahari ni?",tanya Suho."Tak apalah,Min-hye nak kemaskan bilik Min-hye.Banyak baju yang Min-hye lupa nak urus",kataku."Habis tu,malam nanti Min-hye nak makan apa?",tanya Baekhyun tiba-tiba."Nanti Min-hye pesanlah makanan.Takpun Min-hye masak je",jawabku."Betul ni?",tanya Baekhyun.Aku mengangguk.

"Biarlah Min-hye nak ikut ke tak.Pandailah Min-hye jaga dirinya",sampuk Kris.Baekhyun hanya terdiam.Selepas itu,mereka naik ke atas untuk mandi.1 jam kemudian,mereka sedang bersiap untuk pergi ke sana."Boleh ke Min-hye tinggal sorang-sorang kat rumah ni? Saya risaulah",luah Baekhyun pada Lay."Dia pandai jaga diri.Nanti kalau awak dah risau sangat,awak call lah Min-hye",Lay menenangkan Baekhyun yang kerisauan.

Ketika mahu bertolak,Baekhyun memberikan nombor telefonnya pada Min-hye."Kalau ada apa-apa,call abang ya",kata Baekhyun."Abang janganlah risau.Min-hye bukannya nak pergi mana-mana pun.Duduk rumah je",jawabku."Kalau itu yang Min-hye nak,abang pergi dulu ya",katanya lagi."Hati-hati",kataku.Aku terus masuk ke dalam selepas mereka hilang dari pandanganku."Ok.Sekarang ni aku kena kemas rumah ni",kataku.

Aku mula mengemas bilik mereka.Kemas katil,susun barang mereka ke tempat asal,baju mereka aku masukkan ke mesin basuh,baju mereka yang bersepah dalam almari aku hangerkan dan segala-galanya.3 jam kemudian,semuanya sudah bersih.Bilik  mereka,bilik aku,dapur,ruang tamu,semuanya aku sudah bersihkan.Baju aku dan mereka juga aku sudah sangkutkan di halaman rumah.

"Sekarang ni apa yang aku nak buat?Yes,aku dah lama tak call ibu dan Ika kan?Telefonlah kejap",kataku.Aku mencari nama ibu dan menekan nama untuk telefon."Hello ibu.Ibu sihat?",tanyaku."Ibu sihat.Adik macam mana?",tanya ibu pula."Adik sihat.Adik seronok tinggal kat sini",jawabku."Bila adik boleh balik sini? Ibu rindulah kat adik",kata ibu."Adik tak tahulah bila boleh balik.Adik pun rindu kat ibu.Adik dah call ibu,tak adalah adik rindu lagi kalau dah dengar suara ibu",kataku.

"Yang lain mana? Sunyi je",tanya ibu."Abang pergi berlatih sebab nak buat persembahan kat Taiwan nanti.Adik baru habis mengemas ni",balasku.Kami berbual lama sehingga sudah senja pun aku tak sedar."Oklah adik,ibu nak masak untuk makan malam ni.Ada masa lagi kita berbual panjang ya",kata ibu."OK,kirim salam kat semua tau.Cakap yang adik rindu semua",kataku."Ok,adik jaga diri ya",ibu menutup bicara.Aku meletak gagang dan naik ke atas untuk mandi...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!