Chapter 24

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

Pagi itu,Suho menjalankan tugasnya.Dia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan untuk Min-hye.Matanya susah untuk buka tapi dia tabahkan juga kerana dia harus lakukan itu untuk Min-hye."Min-hye,Min-hye.Ya,ni untuk Min-hye",katanya dalam hati.Dia segera menyiapkan sarapan itu.Dia hanya sediakan sandwich kerana dia tahu bahawa Min-hye tidak makan banyak semasa sarapan.Dia membawa sarapan itu ke atas dan sebaik sahaja Suho masuk,Min-hye tiada dalam bilik.

"Mana Min-hye pergi?",tanya Suho cemas."Abang cari Min-hye ke?Ni apa?",tanyaku sebaik sahaja ternampak Suho masuk ke dalam bilikku."Min-hye pergi mana?",tanya Suho."Min-hye pergi tandas.Basuh muka.Ni sarapan untuk Min-hye ke?",tanyaku lagi."Ya,makan sampai kenyang tau.Oh ya,dahi Min-hye panas lagi ke?",kata Suho sambil meletakkan tangannya pada dahiku."Panas lagi ni.Duduk atas katil",arah Suho.Aku menurut.

"Cuba rasa sedap tak sandwich yang abang buat ni",kata Suho lagi."Kalau Min-hye tak makan pun rasanya sedap juga.Kan abang pandai masak macam abang Kyungsoo",pujiku.Suho tersenyum malu.Aku menikmati sarapan itu manakala Suho hanya memandang."Abang ambillah sandwich ni.Min-hye dah kenyang.Sedap abang buat.Terima kasih",kataku.Suho hanya menyambut."Macam tahu-tahu je yang abang lapar.Sama-sama",kata Suho.

Aku memeriksa telefon sekiranya ada orang yang telefon atau mesej."Ibu atau kawan Min-hye tak telefon ke?",tanya Suho."Sepatutnya ibu Min-hye tadi.Tapi tak apalah.Mungkin ibu Min-hye sibuk.Min-hye tak nak kacau",jelasku.Setelah itu,Suho meminta diri."Min-hye,abang keluar dulu ya.Kalau ada apa-apa yang Min-hye nak,bagitahu abang ya.Min-hye rehat lah dulu",kata Suho.Aku mengangguk.

Setelah aku pula menuju ke bilik air.30 minit kemudian,aku duduk di atas katil setelah selesai mandi."Kenapa ku rasa boring e dari tadi?Hah,boringnya!! Nak duduk kat luar ke atau duduk kat sini je? Kalau duduk kat luar,mata ni asyik nak pandang abang Baekhyun je.Kalau duduk kat sini,boleh boring jadinya.Macam mana ni? Duduk kat sini je lah",kata ku.Untuk menghilangkan kebosanan aku,aku buka laptop dan log masuk Facebook.

Aku lihat banyak status yang Ika telah muat turun.Aku tergelak melihat statusnya.Tapi ada satu status yang telah menarik perhatian aku."Untungnya dia.Bilalah aku boleh ikut dia n jumpa EXO aku?",statusnya itu telah buatkan aku rasa bersalah."Sorry Ika",itu sahaja yang boleh aku katakan.Aku bersembang engan beberapa kawanku dan aku log keluar.Aku keluar bilik kerana tekakku berasa haus.Aku turun ke bawah senyap-senyap kerana aku tidak mahu mereka tahu.

Tapi malang tidak berbau,aku tersepak meja makan dan membuatkan aku mengaduh kuat."Eh,tu suara Min-hye kan?",tanya Tao."Mari kita tengok",kata Chanyeol pula.Mereka segera ke dapur dan ternampak Min-hye yang sedang meniup kakinya yang terkena kaki meja."Min-hye !!",jerit mereka.Aku berhenti meniup dan memandang mereka."Hhmm.Hai",kataku sambil tersengih."Min-hye buat apa ni?",tanya Baekhyun.

"Min-hye...Min-hye cuma nak ambil air je.Min-hye....haus",kataku gagap."Min-hye kalau nak apa-apa,bagitahu jelah abang.Min-hye tahu kan yang Min-hye tak sihat?Abang ada kat sini,tak pergi mana-mana pun",kata mereka."Tapi Min-hye tak nak susahkan abang",kataku perlahan.Mereka tergelak."Min-hye..Min-hye...Min-hye kan adik abang.Adik kepada EXO.Tak ada apa yang nak disusahkan.Min-hye,minta je apa yang Min-hye nak asalkan Min-hye jangan nak minta nak balik Malaysia.Abang tak kisah pun.Abang nak bahagiakan Min-hye.Min-hye tahu kan?",kata Baekhyun.

Mataku tepat merenungi matanya.Baekhyun hanya tersenyum.Dub,Dab,Dub,Dab,jantung berdegup pantas."Hish,susah betul nak berhenti pandang bila muka dah handsome ni",bisik hatiku.Aku segera bangun dan menuju ke peti ais dan mengambil air cocacola."Min-hye naik atas dulu,abang sambunglah borak",kataku lalu menuju ke atas sambil kakiku terjengket-jengket."Sekarang dah pukul berapa?",tanya Luhan.

"Baru pukul 11,lambat lagi.Lagipun apa yang awak sediakan untuk Min-hye kita tu?",tanya Xiumin."Hhhhmmmm",Luhan hanya diam."Cakap je lah.Awak masak sedap-sedap ke untuk Min-hye?',tanya Suho."Hhhhhmmmm..Saya cuma order jajangmyeon je",kata Luhan malu."Llllaaaa,apalah awak ni",kata mereka...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!