Chapter 33

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

Akhirnya kami sampai juga di hadapan bangunan SMEntertainment."Min-hye jom",ajak Baekhyun.Aku mengikutnya."Boleh tahan juga bangunannya",fikirku."Min-hye nak abang temankan ke?",tanya Kyungsoo tiba-tiba."Boleh juga.Lagipun Min-hye nak cakap sikit dengan abang",balasku."Abang pergilah dulu,Min-hye nak cakap dengan abang Kyungsoo kejap",kataku pada Baekhyun.

"Ok,jangan lama-lama tau",balasnya.Aku mengangguk.Semasa berjalan,Kyungsoo bertanya,"Seronok bercinta dengan abang Baekhyun?",."Seronok,rasanya Min-hyelah orang yang paling bahagia dalam dunia ni",balasku."Abang,Min-hye nak tanya sikit boleh?",tanyaku."Apa dia?",tanya Kyungsoo."Abang Baekhyun pernah bercinta tak sebelum Min-hye?",tanyaku."Rasanya ada,tapi masa menengah atas lah.Kenapa?",balas Kyungsoo.

"Tak ada apa-apa.Saja je tanya",kataku."Kalau macam tu,jom,abang tunjukkan bilik",ajak Kyungsoo.Kyungsoo menunjukkan beberapa bilik untuk EXO iaitu bilik tarian,bilik vocal dan lagi satu aku tak tahu untuk apa tapi selalunya Chanyeol dan Lay akan guna untuk berlatih main gitar.Setelah menjelajah semua bilik,kami pergi tingkat atas di mana mereka selalu berkumpul.

"Kyungsoo awak bawa Min-hye sampai ke mana? Lamanya",rungut Baekhyun."Dekat bawah je.Mana ada lama",balas Kyungsoo."Bila abang nak berlatih ni?",sampukku."Ok,kita berlatih sekarang",kata Suho.Sebelum itu mereka akan buat latihan regangan sebelum berlatih.Itulah rutin harian mereka setiap kali berlatih.Aku duduk di sofa untuk melihat bagaimana mereka berlatih.

Aku juga sempat curi mengambil gambar ataupun video untuk buat kenangan sebelum aku akan pulang ke Malaysia nanti.Hari sudah senja,tapi mereka masih giat berlatih.Baju mereka sudah basah dengan peluh yang menitik di leher dan muka.Sesekali mereka mengelap peluh mereka dengan kain yang mereka bawa dari rumah."Abang,dah senja ni.Abang tak makan ke?",tanyaku.Baekhyun duduk di sebelah aku.

"Min-hye nak makan apa-apa ke?",tanya Baekhyun."Min-hye tak tahu nak makan apa,so,Min-hye ikut abang je lah nak makan apa",jelasku."Oklah,kalau macam tu,saya order jajangmyeon je lah",kata Suho."Suho,saya nak buljajang lah",celah Kyungsoo."Saya nak jaengbanjajang",kata Kai pula."Suka hati awaklan nak makan apa.Asalkan awak ada selera nak makan",jawab Suho.Dia segera menelefon untuk memesan makanan.

"Sementara kita menunggu ni,kita nak buat apa ya?",tanya Luhan."Kita main 007Bbang,nak?",jawab Kai."Macam mana nak main tu?",tanyaku."Abang tak tahu nak terangkan macam mana tapi nanti Min-hye tengoklah abang Kyungsoo dan abang Baekhyun ada angkat tangan,Min-hye pun angkatlah tangan.Faham?",terang Chanyeol panjang lebar.Aku mengangguk.Kami mula main dan aku lihat macam mana mereka main.Apabila giliran Baekhyun,aku tak teragak-agak untuk mengangkat tangan.

Aku ingat aku dah berjaya tapi selepas itu Suho menuding jari ke arah Kyungsoo,Kyungsoo hanya mengetuk dadanya.Aku tak perasan bahawa Baekhyun mengangkat tangan.Setelah itu baru aku perasan aku sorang je yang tak angkat tangan."Sorry Min-hye kena pukul",kata Kris.Aku duduk di tengah-tengah dan satu per satu mereka memukul.Apabila tiba giliran Baekhyun untuk pukulku,dia tidak memukul tapi hanya membelai rambutku.Mereka mula bercakap tentang tindakan Baekhyun tu.

"Aigoo,dia tak sanggup nak pukul Min-hye rupanya",kata mereka.Aku hanya tersenyum."Makanan dah sampai",seorang penghantar makanan muncul di pintu.Tao dan Sehun menolong untuk mengangkat makanan itu dan letak di hadapan mereka."Jemput makan",kata mereka.Mereka makan dengan bersungguh-sungguh seperti orang yang dah seminggu tak makan.Habis sahaja makan,mereka merehatkan diri dan sambung semula latihan mereka tadi.

Aku pula terduduk di sofa.Mata pula susah untuk buka.Tanpa di sangka,aku tertidur di sofa ketika melihat mereka berlatih."Korang tengok tu",kata Tao sambil menuding jari ke arah Min-hye."Rasanya cukuplah latihan hari ini.Kita datang lagi esok",kata Suho.Baekhyun tidak mahu mengejutkan Min-hye lalu dia terus mendukung Min-hye di belakangnya."Awak boleh ke dukung Min-hye?",tanya Kyungsoo."Saya boleh",jawab Baekhyun ringkas.Dia mendukung Min-hye hingga ke kereta.

Di dalam kereta,ketika Baekhyun berbual dengan yang lain,Min-hye bercakap,"Oppa saranghae",kata Min-hye lalu memeluk pinggang Baekhyun.Baekhyun tersenyum."Apa yang Min-hye cakapkan?",tanya Suho."Saranghae",jawab Baekhyun.Meraka hanya tersenyum.Sampai sahaja di rumah,Baekhyun masih menggendongnya hingga ke dalam bilik.Dia baringkan Min-hye di atas katil.Ketika itu,Min-hye separuh sedar separuh lelap.

"Abang,kita dah sampai rumah?",tanya Min-hye."Dah.Min-hye tidurlah.Abang nak tukar baju kejap",kata Baekhyun.Baekhyun pergi ke biliknya tapi dipanggil sekali lagi oleh Min-hye."Abang,sini kejap",kata Min-hye.Baekhyun datang padanya."Min-hye nak apa?",tanya Baekhyun.Ketika Baekhyun duduk di sebelahnya,Min-hye duduk dan mendekatkan mukanya dan tangannya memeluk leher Baekhyun.Baekhyun terkejut dengan tindakan Min-hye itu.

"Apa yang Min-hye bu..",Min-hye menciumnya dan selepas itu Min-hye baring di bahunya.Baekhyun tergamam seketika.Setelah itu dia tersenyum sendiri."Wow",kata Baekhyun sendirian.Dia baringkan semula Min-hye.Dia mengusap rambutnya sambil berkata,"Selamat malam Min-hye",katanya sambil mencium dahinya....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!