EP6

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

"AWAK, ada nampak Minjun tak?"Tanya Minha kepada Gikwang yang sedang sibuk membakar kek di dapur. Pakcik Seojin si tukang masak balik ke kampung kerana hal keluarga jadi dialah yang bertanggungjawab memasak hari ini. 

 

 

Gikwang menggelengkan kepala. Sedari pagi lagi dia terpacak di dapur, tiada pula dia ternampak monyet peliharaan gadis itu di mana-mana. Setelah tahu monyetnya itu tiada pada Gikwang, Minha beredar ke ruang depan vila, cuba mencari monyet comelnya itu. 

 

"Hissh Minjun ni, mana pula dia pergi?" 

 

Tiba-tiba Dujun muncul di depan Minha dalam pakaian sukan sambil mengelap peluh di dahi dengan tuala. Lupa nak cakap, beliau baru lepas berjoging di kaki bukit bersama Junhyung dan Dongwoon. Terus ditegur bakal isterinya yang sedang sibuk mencari Minjun di bawah sofa. 

 

"Sayang, awak cari apa ni?" 

 

Spontan Minha mengurut dada, terkejut dengan sapaan tiba-tiba lelaki itu. 

 

"Hish ..tak boleh ke awak tegur elok-elok sikit? Terkejut saya tau tak!" 

 

"Saya tegur elok dah la tu. Nasib baik saya tak tegur pakai ciuman,"Dujun tersengih sambil menjongketkan kening ke arah maidnya. 

 

Minha sudah mencebikkan bibir. "Oh tolonglah, pagi-pagi hari dah nak PDA dengan orang.." 

"Memanglah dengan orang, tak akan dengan binatang pula. Mana ada feels kalau PDA dengan binatang," 

*PDA - Public Display of Affections 

 

Minha menggenggam penumbuknya. "Eii dia ni, tumbuk kang baru tahu!" 

 

Dujun sudah ketawa mengekek melihat reaksi kekasihnya. Spontan dia mencapai tangan kanan gadis itu dan mengucupnya perlahan. 

 

"Saya gurau sajalah. Tapi kan..awak tengah cari apa ni? Nampak macam tengah cari benda penting je? Hmm?" 

 

Merona merah pipi Minha bila lelaki itu berbuat demikian. Hmm dia ni..pandai betul pujuk aku dengan kelakuan dia. Tak jadi nak marah tadi..ishh 

 

"Tengah cari Minjunlah. Tak tahu ke mana dia menghilang.." 

 

Dujun sudah mengerutkan dahi. "Minjun?"ucapnya perlahan sedangkan dalam hati timbul rasa syak wasangka yang cukup menebal. Siapa pula lelaki bernama Minjun ni? Alahai Dujun, nampak sangat kau ni nyanyuk sampai tak kenal Minjun tu siapa.

 

"Iya, Minjun. Ala, monyet Brazil yang awak hadiahkan kepada saya dulu itulah. Lupa ke?"balas Minha sambil mencubit kedua belah pipi lelaki di depannya itu dengan tangannya. Memang dia sudah agak Dujun lupa akan kewujudan Minjun. Macam mana tak lupa kalau hari-hari sibuk dengan kerja yang tidak pernah habis-habis di pejabat? Tapi okeylah juga dia sibuk di pejabat, sekurang-kurangnya dia dah kurang terlibat dalam aktiviti mafianya. Mungkin dah bertaubat kut? 

 

Spontan lelaki itu menepuk dahi. Hish..macam mana aku boleh lupa pasal monyet itu sedangkan aku yang bagi pada dia sebagai hadiah? Teruk betullah aku ni..omel hari kecilnya tapi dalam masa yang sama dia lega juga. Lega kerana Minjun itu cuma monyet, bukan lelaki seperti yang dibayangkan mindanya tadi. Mungkin sebab itu juga dia ketawa sambil membiarkan saja gadis itu mencubit kedua belah pipinya sekarang. Lol 

 

"Mmm maaflah, saya lupa pasal dia tu. Kepala ni asyik teringat kat awak saja." 

 

Hai ulat bulu seekor ni dah naik daun dah nampaknya..haha 

 

"Yelah tu. Daripada awak jual minyak sekarang apa kata awak pergi mandi? Nanti awak terlewat untuk ke pejabat pula." 

"Hari ni hari Sabtulah sayang oi.." 

"Hah? Sabtu? Saya ingat hari ni hari Khamis..thehee,"Minha tergelak kecil sebelum menambah,"Hmm tak apalah,awak pergi mandi dulu. Kejap lagi saya hidangkan sarapan. Tapi sebelum tu saya nak cari Minjun dulu.. Dia tu belum makan lagi pagi ni." 

 

Dujun mengangguk tanda faham. Hissh aku baru je nak bermanja dengan dia tadi. Sabo jelah.. Dengan langkah penuh malasnya dia menaiki tangga untuk ke biliknya. Tapi bila difikirkan balik nama Minjun itu seperti gabungan nama dia dan Minha saja. Minha campur Dujun sama dengan Minjun? Fuh dah macam persamaan linear pulak bunyinya. Haha. 

 

 

SEUSAI mandi, Dujun membuka almari untuk mengambil baju yang ingin dipakainya. Dan dia tidak sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan kelibatnya dari jauh. Sepasang mata berwarna..Oren? 

 

"Eh..laa, dia dah sediakan baju untuk aku rupanya. Macam mama aku boleh tak perasan?"Bebel lelaki itu sendirian sambil menutup pintu almarinya. Matanya tertancap pada sehelai baju-t berkolar warna oren bersama sepasang seluar jeans hitam di atas katilnya. Tersengih saja si ketua mafia melihat pakaian itu. Alahai, macam manalah tak sayang kalau hari-hari dia jaga makan pakai aku? 

 

Sambil berpakaian, dia bersiul-siul riang. Kemudian dia menyembur minyak wangi pada badannya. Sembur sikit saja. Kalau sembur banyak nanti ramai wanita pula yang berkenan. Cewah..perasannya! 

 

Namun bila dia sudah selesai bersiap dan memeriksa biasan rupanya pada cermin, tiba-tiba ada sesuatu terjatuh ke atas mukanya dari atas. Sesuatu yang berbulu dan juga hitam...? Apakah? Terus menjerit dan terjatuh lelaki itu dibuatnya sehinggakan Minha yang berada di dapur boleh terdengar dan terus datang ke biliknya. Begitu juga dengan Sohee yang baru saja bangun dari tidur. 

 

"Awak okey ke? Apa yang dah jadi ni?"Soal Minha panik saat terpandangkan bakal suaminya yang sedang menutup mukanya dengan kedua belah tangan sambil mengerang kesakitan. Sohee turut sama panik. 

 

"Ada sesuatu cakar muka saya tadi.." 

"Cakar?"ulang Sohee dengan kerutan. 

"Meh nak tengok kejap muka awak,"pinta Minha sambil cuba menarik tangan Dujun yang menutupi mukanya,tapi lelaki itu enggan. 

 

Tiba-tiba Sohee disebelah Minha perasan akan abangnya yang sedang mengenyitkan mata ke arahnya melalui celahan jari. Aik, betul ke apa yang aku sedang lihat ni? Kenapa abang kenyit mata kat aku pulak?, bebel si adik dalam hati sambil menggosok matanya perlahan tanda tidak percaya. 

 

"Aissh..malulah.."balas Dujun. Dan buat kali kedua Sohee nampak abangnya mengenyitkan mata. Selepas tiga milisaat barulah si adik faham apa makna kenyitan mata itu. Spontan kepalanya digeleng perlahan dengan segaris senyuman muncul dibibir. Abang..abang.. 

 

"Kak Minha tunggu kat sini, tengok-tengokkan abang, okey? Biar Sohee pergi ambilkan ubat sekejap." 

 

Minha memerhatikan Sohee yang sudah berlari keluar dari bilik. Kemudian dia mengalihkan pandangan kepada Dujun di depan yang masih lagi mengerang. Teruk sangatkah dia dicakar di muka tadi? Dan binatang apa pula yang cakar muka lelaki itu? Spontan dia teringat akan monyetnya itu yang belum dipotong kukunya. Hurk, jangan cakap Minjun yang buat semua ni.. 

 

"Awak, sakit..pedih.."kedengaran lelaki itu merintih perlahan membuatkan Minha tidak senang duduk. 

 

"Kalau sakit, bagilah saya tengok muka awak tu. Saya nak ubatkan ni," 

 

"Betul awak nak ubatkan?"Tanya Dujun dengan nada yang agak ceria. Lol. Dan itu membuatkan Minha mengerutkan dahi. Hmm..something's fishy.. 

 

"Yelah. Habis awak ingat saya sengaja datang sini nak tengok awak mengerang kesakitan ke? Alahai, cepatlah tunjukkan muka awak tu. Tadi cakap sakitlah pedihlah apalah,"tiba-tiba Minha membebel macam mak nenek. Dia geram sebenarnya dengan bakal suaminya itu. Disuruh tunjuk muka tidak mahu, lepas tu mulalah mengerang bagai. 

 

Dalam diam Dujun sudah tersengih. Sempat diintai wajah kekasihnya dari celahan jari. 

 

"Nak tunjuklah ni, tapi sebelum tu awak kenalah dekatkan lagi muka awak pada muka saya. Haa boleh nampak kesan cakar tu dengan jelas.." 

 
 

"Dekatkan? Macam ni..?"Soal Minha sambil mendekatkan mukanya pada muka Dujun.  Kalau diukur jarak muka mereka kini dalam 15 sentimeter macam itulah. Untunglah dapat maid lurus bendul, diikutkan saja cakap tuannya tanpa banyak soal.

 

"Yeap.."jawab Dujun perlahan sambil melarikan tangannya dari muka lalu mengucup perlahan bibir Minha di depannya. 

 

Dan itu membuatkan gadis itu terjerit kecil. Agak terkejut dengan perbuatan tuannya.  Ditenung muka tuannya yang bersih tanpa sebarang kesan cakar. Mati-mati dia sangka muka lelaki itu dicakar tadi, rupanya...haissh! Tak pasal kena troll! 

 

"Okey, sakit saya dah sembuh. Terima kasihlah sebab tolong ubatkan." Dujun sudah tergelak kecil dengan kelakuannya sendiri

 

"Grrr.. Yoon Dujun.. Berani awak tipu saya!"Minha sudah mengenggam penumbuknya dengan eksperesi muka yang sangat menggerunkan! Geramnya hanya Tuhan saja yang tahu! Apa lagi, terus lelaki itu ketawa sambil melarikan diri dari Minha bila gadis itu mengejarnya. 

 

 

SOHEE hanya tergelak kecil bila mengintai aksi abangnya dan Minha yang sedang berlari berkejaran itu dari celahan pintu bilik yang tidak ditutup rapat. Tak sangka boleh tahan romantik dan nakal juga abangnya. Tak hairanlah kalau maid abangnya itu boleh jatuh hati pada lelaki itu walaupun dia sendiri tidak tahu atau dapat mengagak siapa yang jatuh hati pada siapa dulu. 

 

Ah, tak kisahlah! Yang penting mereka bahagia!

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<