EP8

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

"MINHA,cepatlah! Semua orang tengah tunggu kamu tu!" 

 

"Sekejap Puan Li, gaun ni tiba-tiba senget!" 

 

Begitulah keadaan Minha yang sedang bersiap-siap untuk ke gereja. Ya, hari ini dia akan bergelar isteri kepada tuannya merangkap kekasihnya. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang bernama Yoon Dujun? Cuma lelaki itu saja manusia yang dia cinta selain keluarganya. 

 

Dujun yang sedang menunggu di hadapan paderi sudah beberapa kali menarik dan menghembus nafas. Dia agak gementar hari ini. Maklumlah, hari ini hari perkahwinannya. Rasanya semua orang akan mengalami perkara yang sama seperti Dujun bukan? Nafas yang tidak menentu, dada berdegup laju seperti kuda gagah berlari dan sering berpeluh.. 

 

Junhyung yang menjadi pengapit hanya tersengih melihat gelagat tuannya itu. Rasanya kalau dia yang berada di tempat lelaki itu dia sendiri pun akan berbuat perkara sama. 

 

"Relaks bos. Breath in breath out.." 

 

"Fuhh, macam ni rupanya perasaan orang bakal berkahwin."luah Dujun sambil mengelap peluh yang mula timbul di dahinya dengan sapu tangan. 

 

Sementara itu, di barisan kerusi tetamu pula kelihatan ahli Beast Master yang lain dan juga Sohee yang sedang menunggu ketibaan pengantin perempuan. Macam biasa, Dongwoon merangkap butler Sohee akan duduk di sebelah gadis itu..kononnya untuk melindungi tuannya itu dari bahaya. 

 

"Manalah Kak Minha ni tak sampai-sampai lagi?" 

 

"Eh eh cik muda kita ni, abang dia nak kahwin dia pula yang melebih."sampuk Dongwoon. 

 

Sohee menjeling lelaki disebelahnya. "Orang excited nak dapat kakak ipar, kau apa tahu?" 

 
 

"Orang pun excited juga nak dapat puan baru,"ajuk lelaki itu dengan gaya kebudak-budakkannya. 

 

"Eii, meyampahnya!" 

"Eii, sukanya!" 

 
 

Mencerlung saja mata Sohee memandang butler-nya. Eii mamat ni dah kenapa gedik semacam? Demam ke? Dah lah asyik senyum memanjang je kat aku..seram! 

 

Seketika kemudian, pintu gereja terbuka. Berjalan masuk Minha dengan Pakcik Seojin dengan tangan gadis itu berpaut pada lengan lelaki itu. Pakcik Seojin yang menjadi wakil keluarga Minha memandangkan Minha kini sebatang kera..eh,Kara. Lol. 

 

Dujun dan para tetamu sudah terpegun melihat penampilan Minha. Gadis itu nampak sangat menawan dengan gaun pengantin yang ditempah khas dari butik mewah. Well, jadi isteri orang kaya tak akanlah beli gaun dari butik biasa kan? Lagipun Dujun yang bayar semuanya. Rasanya tak salah dia berbelanja lebih untuk majlis perkahwinannya kerana bak kata Yongguk, kita kahwin cuma sekali dalam hidup ni Jadi mestilah kena buat majlis kahwin kita tu meriah. Kalau boleh biar sampai dapat title wedding of the century!  

 
 

"Sayang, awak nampak sangat cantik..."bisik Dujun di telinga bakal isterinya itu bila Minha tiba di depannya. Tersipu-sipu gadis itu dibuatnya. Junhyung dan Kyungri yang menjadi pasangan pengapit masing-masing sudah tersengih saja melihat gelagat bakal pengantin itu. Amboi, sebelum upacara angkat sumpah pun masih sempat bermesra? 

 

Setelah keadaan kembali tenang dengan kehadiran pengantin perempuan, paderi pun muka membacakan sedikit ucapan berbaur ceramah rumahtangga. 

 

"Woih Gikwang, cepatlah rakam! Kita tak boleh terlepas detik indah ni!"tiba-tiba Hyunseung bersuara dalam nada perlahan kepada Gikwang disebelahnya yang sedang menghidupkan handycamnya. Hari ini dia menjadi jurugambar dan jururakam video tidak berbayar perkahwinan bosnya. Itu pun sebab Hyunseung yang suruh. Lol. 

 

"Eii, sabarlah. Aku tengah hidupkan handycam ni." 

 

Bila hidup saja handycam itu, terus Gikwang merakamkan upacara perkahwinan bosnya dengan penuh fokusnya. Hyunseung pula menjadi pengarahnya. Haha. Yoseob yang duduk di sebelah mereka hanya menggelengkan kepala melihat Hyunseung yang sibuk mengarah itu ini kepada Gikwang. 

 

"Cantik gila Kak Minha,"luah Sohee tiba-tiba. Dongwoon yang sekadar menjadi pendengar di sebelah gadis itu hanya tersenyum mengiakan kata-kata tuannya itu. Memang benar kata-kata Sohee, Minha yang sudah sedia cantik makin bertambah cantik dalam busana pengantin itu. Nampak sama padan dengan Dujun yang segak bertuksedo. 

 

Alahai, cemburu pula hati ini tengok orang berkahwin. Hmm..bilalah aku dapat berkahwin ni?,omel Sohee dalam hati. 

 

"Best juga kahwin ni eh." 

 

"Best? Kau pun nak join abang kau kahwin juga?"Tanya Dongwoon dengan kekekan ketawa. Kelakar pula ayat yang keluar dari mulut si comel ni. 

 
 

"Ish, mana ada. Dengan siapalah aku nak kahwin? Calon pun tak ada. Lagipun aku muda lagi, mana boleh kahwin." 

 

"Haha..perasan muda! Kau sedar tak kau tu sekarang dah 23 tahun? Jangan kata kahwin, nak lahirkan anak pun boleh tau?"spontan lelaki itu mencubit pipi gadis disebelahnya. 

 

"Yahh, sakitlah!"jerit Sohee tapi dalam nada perlahan memandangkan sekarang abangnya dan Minha sedang mengangkat janji untuk hidup bersama sebagai suami isteri. 

 

Dongwoon meletakkan jari telunjuknya pada bibir Sohee. "Shh, boleh tolong senyap tak? Kalau tak aku gigit bibir kau nanti." 

 

Sohee terkesima seketika. Naik merah pipinya menahan malu bila butler-nya itu berbuat demikian. Namun jauh dari sudut hati dia tertanya-tanya mengapa hatinya tiba-tiba raja berdebar-debar. Mungkinkah ini semua berlaku gara-gara pemuda bernama Son Dongwoon ini? 

 

 

"PENATNYA!"luah Minha si pengantin baru sambil merebahkan badannya di sofa. Seharian mereka beramah mesra dengan tetamu di jamuan perkahwinan dia dan Dujun yang diadakan di hotel. Dah nama pun kahwin dengan pewaris kaya..kahwin pun mesti di hotel-hotel mewah. Habis sengal otot muka Minha senyum sepanjang hari melayan tetamu. Nasib tak pakai botox, kalau tak mesti pelik muka aku nanti, fikirnya sambil cuba melelapkan mata. 

 

"Kalau ya pun nak tidur pergilah tukar baju dulu, sayang." 

 

"Awak! Eii, terkejut saya tau!"jawab Minha dengan gaya mengurut dada, barangkali terkejut dengan kehadiran suaminya yang tiba-tiba duduk disebelahnya. 

 

Dujun macam biasalah,ntersengih umpama kera mendapat bunga saja. Sambil duduk dia menanggalkan kot hitam yang dipakainya. Diperhatikan saja isterinya yang sedang duduk sambil menutup matanya. 

 

"Letih?" 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<