EP2

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

DUJUN memerhatikan gadis di depannya yang sedang tunduk memandang lantai bilik bacaannya. Rasanya lebih privasi sikit jika mereka berdua berbincang di situ. Kemudian anak matanya beralih kepada sehelai surat bertulisan tangan pemberian gadis itu kepadanya tadi. Isi surat itu dibaca berkali-kali sehinggakan renyuk surat itu dibuatnya, cuba untuk memastikan apa yang dibacanya itu boleh dipercayai atau tidak. 

 

"Jadi...awak...adik sebapa saya?"  

"Ya..nampaknya macam itulah Encik Dujun." 

 

Lelaki itu memicit kepalanya. Semua ini betul-betul gila! Siapa sangka ayahnya yang sudah hampir lima tahun meninggal dunia bukan sahaja meninggalkan harta yang banyak untuk dirinya tetapi juga turut meninggalkan seorang lagi waris yang entah dari mana asal usulnya? Entah betul ke tidak gadis di depannya itu anak ayahnya. Bukan boleh percaya sangat surat bertulis tangan ini...

 

"Macam mana saya nak tahu yang awak ni betul-betul adik saya? Ada bukti?" 

 

"Hmm..saya dah agak encik akan cakap macam tu. Ini buktinya."gadis misteri itu mengeluarkan pula satu fail biru dari dalam beg galasnya lalu diberikan fail itu kepada Dujun. 
 

Dujun, dalam ragu-ragu mengambil fail itu dan membukanya. Terdapat beberapa helai kertas laporan DNA yang membuktikan gadis itu adalah anak kepada ayah Dujun. Lelaki itu mengetap bibirnya. Hukaloh, ada bukti sahih la pulak! Memang betullah budak perempuan ni adik aku..darah daging aku.. Mungkin ayah kahwin lain lepas ibu mati tanpa pengetahuan aku..,fikir Dujun. 

 

"Kenapa saya tak pernah tahu ayah ada anak lain?" 

"Saya sendiri pun baru tahu yang saya ada abang.. Itupun sebab ibu yang cerita semasa dia sakit dulu." 

"Ibu awak mana?" 

"Dia dah meninggal minggu lepas...dan surat yang encik pegang tu dia yang tulis," 

 

Dujun tergamam seketika. Gadis di depannya masih mampu lagi membuat riak muka selamba. Ah..mungkin dia sudah tidak mahu ingat lagi tentang kematian ibunya. Atau mungkin dia memang tabah orangnya.. 

 

"Look Mister Dujun, saya datang bukan sebab nak bolot harta encik atau apa. Saya datang atas permintaan ibu. Dia nak encik jaga saya lepas dia dah tiada nanti.. Tapi kalau encik tak sudi tak apalah. Saya tak paksa. Saya boleh jaga diri."jawab gadis itu tenang. Sejujurnya dia lebih suka hidup sendirian..sekurang-kurangnya dia tidak menyusahkan hidup orang lain. Tetapi wasiat terakhir ibunya yang menyuruh dia untuk tinggal bersama abangnya itu mengganggu fikirannya. 

 

Dujun berfikir sejenak. Kemudian dia menongkat dagu dengan tangannya sambil berkata,"Hmm..awak tak bagi tahu lagi nama awak siapa, little girl." 

 

Dahi gadis itu berkerut sebentar sebelum membalas,"Sohee...Yoon Sohee." 

 

"Okey Sohee...mulai hari ni awak tinggal je di sini. Saya akan jaga dan tanggung awak macam adik saya sendiri..err walaupun selama ni saya hidup sebagai anak tunggal. Dan memandangkan kita ni memang ada pertalian darah atau dalam erti kata lainnya, adik-beradik..tidakkah awak rasa awak kena panggil saya dengan panggilan abang sebagai tanda hormat?" 

 

Sohee memandang wajah lelaki di depannya dengan perasaan penuh terharu. "Tak apa ke kalau saya panggil abang?"tanyanya perlahan sambil mengesat matanya yang sudah berair. Tidak sangka hari ini dia mendapat seorang abang yang kacak dan sangat bertanggungjawab! 

 
 

Dujun tersenyum. "Kenapa pulak tak boleh? Memang betul pun yang saya ni abang awak kan." 

 
 

"Kalau macam tu... Err.. Abang Dujun! Terima kasih sebab sudi terima saya sebagai adik walaupun kita berlainan ibu. Saya janji akan jadi adik yang baik dan mendengar kata!"ucap Sohee dengan senyuman sambil memeluk abangnya sekuat hati. Dujun membalas pelukan adik barunya itu dengan senyum meleret. Ya..walaupun mereka baru saja bertemu hari ini tetapi mereka nampaknya sudah boleh menerima hakikat..hakikat bahawa mereka adalah adik dan abang yang berbapakan lelaki yang sama. 

 
 

"Tapi kan adik..kenapa adik tipu depan kekasih abang yang adik mengandungkan anak abang tadi? Kenapa tak cakap je hal sebenar yang Sohee ni adik abang?"terpacul keluar soalan itu dari mulut Dujun selepas mereka meleraikan pelukan. Memang hal itu yang sedang bermain-main di benak kepala Dujun sekarang. 

 
 

"Oh..adik saja je nak kejutkan abang. Pandai tak adik berlakon? Siap letak bantal kecil lagi dalam baju..hikhik. Laa, perempuan yang menangis tu kekasih abang ke? Opps..maaf abang, adik tak tahu...."balas Sohee dengan rasa bersalah menyelubungi dirinya. Sohee ni memang nakal dan gila-gila sikit orangnya. Gurauannya kadang-kadang melebihi had, macam apa yang buat pada abangnya ketika mereka pertama kali jumpa tadi. Naik bengong Dujun dibuatnya bila Sohee tiba-tiba saja cakap dia mengandungkan anak lelaki itu. 

 

Dujun sudah menggelengkan kepala. Alahai adik aku ni..sampai macam itu sekali dia bergurau? Nakal betul! 

 

"Hmm nakal jugak adik eh? Tak apalah, nanti abang explain balik hal sebenar dekat dia." 

 

 

"KENAPA awak menangis ni Minha?"tanya Dongwoon sewaktu dia dan Hyunseung terserempak dengan gadis itu di taman, sedang menangis penuh kesal. Si Minha ini jarang menangis jadi Dongwoon pelik juga bila tiba-tiba saja gadis itu menangis. 

 

Minha mengesat air matanya dengan sapu tangan yang dihulur Hyunseung. Memang berhak dia menangis sekarang. Apa yang dilihatnya tadi bagaikan menghiris-hiris hatinya. Sudahlah hati ini sakit, Dujun pula langsung tidak menerangkan apa-apa pun kepadanya sebaliknya dia mengajak gadis misteri tadi masuk ke dalam bilik bacaan. Agaknya memang betul perempuan itu mengandungkan anak dia..,fikir Minha. 

 

"Macam-mana saya tak menangis? Tadi, perempuan yang mengaku dia mengandungkan anak bos awak... Tak sangka saya bos awak macam tu..," 

 

Dongwoon mengerutkan dahi. Huh? Sohee...mengandungkan anak bos? Sejak bila pula mereka kenal? Lelaki itu mula berteka-teki dalam hati. Apa yang Minha katakan kedengaran agak tidak masuk akal bagi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<