EP10

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

"SAYANG tengok apa tu?"tegur satu suara dari belakang. Teguran itu ditujukan Dujun kepada Minha yang sedang memerhatikan barang yang dipamerkan di sudut pameran sebuah kedai cenderamata. Dujun dan Minha sekarang sedang keluar bersiar-siar ke sekitar Bandar Metropolis Tokyo selepas urusan kerja lelaki itu selesai tengah hari tadi. Bukan main seronok sang isteri apabila suaminya itu mengajaknya keluar tadi. Bukan apa, sudah hampir seharian juga dia terperuk di dalam bilik. Mahu keluar seorang diri, Dujun tidak membenarkan dia berbuat demikian. Terpaksa jugalah dia menunggu urusan kerja suaminya itu selesai dan keluar dengan lelaki itu. 

 

Minha berpaling ke arah Dujun yang tiba-tiba saja berdiri disebelahnya dengan gaya sebelah kening terangkat. Kemudian dia berpaling ke depan kembali dan berjalan-jalan hinggalah dia berhenti di hadapan sebuah kedai figura. 

 

"Nak yang ini." 

 

"Binatang apa tu?"soal Dujun hairan apabila isterinya menuding jari ke arah sesuatu yang di pamerkan pada ruang pameran kedai di depan mereka sekarang. 

 

Minha sudah tersenyum-senyum. "Itulah yang orang panggil action figure." 

 

"And awak nak beli benda tu? Action figure Gundam? Seriously?"Dujun buat muka tak percaya. Biar betul bini aku ni nak beli benda alah ni? 

 

Minha buat muka merajuk. "Yelah. Kenapa? Lagipun adik awak yang minta saya belikan action figure tu sebagai buah tangan jadi tak akanlah saya tak mahu belikan?"kelentong gadis itu sedangkan memang dia yang nak beli patung aksi tu. Kesian Sohee dijadikan kambing hitam oleh kakak iparnya... Tapi memang Sohee sendiri pun ada berpesan kepada kakak iparnya itu agar membelikan patung aksi itu sebagai buah tangan. 

 

Dujun tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Mati-mati dia sangkakan isterinya itu yang mahu membeli patung tersebut untuk simpanannya sendiri. Tetapi rasanya tak pelik pun jika isterinya itu mahu membeli benda itu. Dia tahu isterinya itu suka benda-benda berkaitan anime ini. Dan kebetulan gadis itu berkongsi minat yang sama dengan adiknya Sohee. Bagus juga mereka berkongsi minat, sekurang-kurangnya dia tahu kedua mereka punya hubungan yang agak baik. Kalau tidak tak akanlah Sohee boleh meminta Minha membelikan patung aksi Gundam untuknya? 

 

"Apa yang kelakarnya?"tanya Minha pelik. Berkerut-kerut dahinya melihat sang suami yang masih lagi ketawa. 

 

"Kebetulan si Dongwoon minta saya belikan action figure Gundam untuk dia juga sebagai buah tangan.. Kelakar betul.. Mereka berdua tu macam dah berjanji-janji pula minta kita belikan barang yang sama."balas lelaki itu dengan senyuman. Memang Dongwoon kaki Gundam. Selalunya kalau ada diantara dia mahupun ahli Beast Master yang lain ke luar negara atas urusan kerja ataupun bercuti mesti pemuda itu menyuruh mereka membelikan patung aksi gundam untuknya sebagai buah tangan. Pernah sekali koleksi patung gundamnya memenuhi segenap ruang biliknya sehinggakan Dongwoon terpaksa mendermakan patung tersebut kepada muzium patung. Sadis betul. 

 

Minha spontan tersengih. Kalau bercakap pasal Sohee dan Dongwoon mesti dia terbayangkan mereka berdua sebagai pasangan kekasih. Baginya kedua mereka nampak cukup sepadan dan rasanya tidak mustahil bagi kedua mereka untuk menjadi kekasih. Alahai, teringat pula zaman jadi maid dulu..bisik Minha dalam hati sambil terbayangkan kenangan lama. Eceh ayat nostalgik gila. Haha 

 

"Hai, jauh termenung? Agak-agak dah sampai ke Paris ke jauhnya?"usik sang suami sambil mencubit hidung isterinya. Geram juga bila Minha tidak menumpukan perhatian ketika dia sedang bercakap tadi. Punyalah bersungguh dia bercerita dari A ke Z tentang pelannya untuk membawa isterinya itu bercuti ke benua Eropah, tup-tup si isteri sedang termenung. Siapa tak geram kan? 

 

"Ouch, sakitlah! Mana ada..masih termenung di sekitar Tokyo dengan suami tersayang saja." 

 

Kembang kempis hidung Dujun bila mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut Minha. Spontan lelaki itu mencapai tangan kanan isterinya, menggenggamnya lalu membawanya ke dalam poket kot yang sedang dipakainya. 

 

"Ingat tak dulu masa kita pergi Busan?"tanya sang suami sambil berjalan seiringan dengan sang isteri menelurusi jalan yang sesak dengan manusia. Mana tak sesaknya, mereka berjalan di sepanjang Lorong Taka di kawasan Harajuku yang merupakan syurga fesyen, makanan jalanan dan sebagainya. Apalah dia orang ni, dating dekat tempat sesak. Pergilah tempat yang tak ramai orang, at least bolehlah kiss and hug ke.

 

"Kita pernah pergi Busan ke? Bila?" 

 

Tiba-tiba Dujun menepuk dahinya sendiri. Dia terlupa pula ingatan isterinya itu masih belum pulih lagi atau kemungkinan besar tidak akan pulih. 

 

"Adalah..tak ingat ke? Masa tu hubungan kita masih lagi sebagai tuan dan maid. Dan masa kita disana jugalah awak ajak saya tidur sebilik sebab tak nak bayar harga sewa bilik hotel yang mahal." 

 

"Yeke? Eh awak ni biar betul.. Tak mungkin saya akan buat macam tu!"balas Minha dengan nada cuak sambil merenung muka suaminya di sebelah. Apa kejadahnya dia mahu berbuat demikian pula? Dia bukannya terdesak sangat sampai mahu memaksa lelaki itu tidur sebilik bersama. 

 

Dujun sudah ketawa dalam hati melihat riak muka Minha yang cuak itu. Nakal betullah kau ni Dujun, isteri sendiri pun kau nak sakat..bhahah. Nasib kaulah Minha jadi isteri si kaki sakat ni. 

 

"Betullah.. Awak saja yang lupa tapi saya masih ingat semuanya dengan begitu jelas. Kita bukan saja setakat tidur sebilik tapi juga tidur sekatil. Hmm.. boleh tahan gatal juga awak ni eh? Tengok muka innoncent saja."sang suami menambah perasa ke dalam cerita ciptaannya. Apa lagi, merahlah muka Minha mendengarnya sampaikan dia pula yang tertanya-tanya dengan dirinya sendiri. Benarkah dia buat semua itu? Ah,kalau betul dia lakukan sama seperti yang lelaki di depannya kini cakapkan macam-mana? Dimana mahu letak muka cantiknya ini? Huwaaaaa! 

 


 

SOHEE menepuk-nepuk bantalnya sambil bernyanyi riang. Dia baru saja lepas bangun dari tidur. Itupun kerana Hongbin menghubunginya. Pemuda itu mahu memaklumkan kepadanya tentang pelan mereka untuk keluar berdua nanti. Jam di dinding sudah mencecah pukul sepuluh pagi. Sohee yang sudah pun mengemas katilnya pantas beredar ke bilik air untuk mandi. Setelah selesai mandi dan siap berpakaian dia keluar ke dapur untuk bersarapan. 

 

Dongwoon sedang sibuk memasak apabila Sohee tiba di dapur. Sohee sudah mengerutkan dahi melihat kelakuan butlernya itu. Mengapa pula dia yang memasak, bukan orang lain? Dengan perasaan penuh tanda tanya dia duduk di kerusi dan memerhatikan saja butlernya itu memasak. 

 

"Morning cik muda."tegur pemuda itu sambil menghidangkan sepinggan nasi goreng kepada tuannya yang sedang merenung permukaan meja. Dongwoon cuma menggelengkan kepala saja dengan kelakuan Sohee. Pelik, meja yang hitam ni juga yang dia tengok.. muka aku yang tampan ni tak nak pulak dia tengok..bisik lelaki itu dalam hati. 

 

"Morning too."balas Sohee dengan nada mendatar. Langsung tidak dipandang muka butlernya itu kerana malu. Dia sendiri pun kurang pasti mengapa dia berasa begitu sekarang. 

 

"Kau dah kenapa asyik pandang permukaan meja ni?" 

 

Sohee menggelengkan kepala. "Aku sakit tengkuk, tak boleh nak angkat kepala. Sebab itu aku asyik pandang meja saja.."kelentong Sohee. Dalam hati sebenarnya dia sudah mengomel.. Mamat ni memang jenis bengap ke apa? Dia tak tahu ke aku tengah malu sekarang? 

 

Dong

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<