EP11

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

DONGWOON duduk di bangku taman sambil memerhatikan cik mudanya bercakap dengan seseorang melalui telefon. Dan dia sebenarnya tahu siapa yang gadis itu hubungi. 

 

"Maaflah Hongbin, saya rasa saya tak jadi kot teman awak keluar hari ni. Perut saya tiba-tiba meragamlah."ucap Sohee dengan nada sakit yang sengaja dibuat-buat. Dia berharap agar rakan semejanya di talian termakan alasannya. Sempat lagi dia mencuri-curi pandang ke arah butlernya yang duduk tidak jauh dari tempat dia berdiri sekarang. Spontan dia mengetap gigi apabila Dongwoon menunjukkan senyumannya. Senyum mengejek sebenarnya. 

 

"Oh really? Ni mesti awak makan makanan pedas semalam, itu yang perut tiba-tiba meragam tu. Hmm, tak apalah. Saya pergi seorang sajalah. Awak rehatlah dulu."balas Hongbin di talian dengan nada yang teramatlah tenang. Namun hakikat sebenarnya sekarang dia sedang menumbuk dinding keretanya kerana geram. Macam mana tak geram, rancangannya tidak menjadi! 

 

"Okey. Sorry sangat tau, Hongbin. Lusa nanti saya belanja awak makan, okey? Bye." 

 

"Hah, dah beritahu mamat tu yang kau tak boleh keluar dengan dia?"soal Dongwoon yang tiba-tiba saja muncul dari belakang Sohee. Spontan Sohee mengurut dada, terkejut dengan kehadiran tiba-tiba pemuda itu. Gadis itu sekadar menganggukkan kepala sambil telefon pintarnya dimasukkan kembali ke dalam poket seluar jeansnya. Kemudian dia berjalan meninggalkan butlernya itu untuk ke bilik.  

 

Dongwoon sudah mengerutkan dahi melihat kelakuan gadis itu. "Haa, kau nak ke mana pula tu?" 

 

"Nak masuk bilik..tidur!" 

 

"Eh, eh, eh! Siapa ajar kau tidur balik lepas bangun dan pakai cantik-cantik macam ni?"cepat-cepat pemuda itu mengejar dan mencapai tangan Sohee, memaksa gadis itu berhenti melangkah. Terus Sohee berpaling menghadap wajah butlernya. 

 

"Habis tu kau nak aku buat apa? Aku nak keluar dengan Hongbin tadi kau tak bagi."protes Sohee. Memang dia agak marah dengan butlernya yang satu itu. Ada ke patut dihalang tuannya sendiri dari keluar dengan kawan? 

 

"Jom dating." 


 

Hari ini hari terakhir Dujun dan Minha berada di Tokyo. Jadi Dujun berhajat untuk membawa isterinya keluar bersiar-siar ke Kyoto pula. Minha sebagai isteri yang taat lagi solehah menurut saja cakap suaminya. Lagi dia suka sebenarnya sebab dapat mengembara ke tempat yang sungguh asing baginya. Orang cakap jauh berjalan luas pengetahuan bukan? Selesai bersiap. mereka berdua ke Kyoto dengan menaiki shinkansen. Shinkansen merupakan bullet train paling laju di dunia. Jika diukur kelajuannya boleh melebihi kelajuan sebuah kereta formula 1! Perjalanan dari Tokyo ke Kyoto mengambil masa tiga jam lebih dan dalam tempoh itu sempat jugalah kedua suami isteri itu berkenalan dengan penduduk tempatan yang turut sama menaiki shinkansen itu. Budi bahasa budaya kita gitu. Dan masa itulah kedua mereka dapat tahu yang masing-masing fasih berbahasa jepun! 

 

"Sayang ada belajar bahasa jepun ke dulu?"tanya Dujun kepada Minha yang sedang mengupas telur rebus yang dibeli suaminya itu tadi dari pekerja shinkansen. Memang pihak shinkansen ada menjual makanan ringan untuk para penumpangnya. Bermacam-macam jenis makanan yang dijual daripada ramen sehinggalah telur rebus dan juga minuman. 

 

Minha menganggukkan kepala tanda mengiyakan soalan suaminya. Memang dulu dia pernah belajar dan mengambil subjek bahasa jepun sebagai bahasa asing ketika belajar di universiti dulu. Dan dia selalu mendapat gred yang agak bagus dalam subjek tersebut. Lagipun dulu dia punya ramai kawan yang kebanyakannya merupakan pelajar pertukaran dari Jepun dan merekalah yang menjadi tempat Minha berlatih dan rujukan ketika dia mempelajari bahasa tersebut. Jadi kalau sekadar mahu bercakap dan menulis dalam bahasa jepun itu memang Minha bolehlah. Cuma jika nak berdebat atau berpidato dalam bahasa tersebut tak bolehlah. 

 

"Mesti dah fasih ni. Terkejut betul saya tengok awak bercakap dalam bahasa jepun. Sekali dengar awak punya sebutan dan cara cakap pun dah macam orang sini."puji Dujun ikhlas. Dia memerhatikan saja isterinya yang masih setia mengupas telur rebus. 

 

"Mana ada. Saya cakap biasa-biasa saja tadi. Awak pun apa kurangnya, fasih je saya tengok. Sekarang, bukak mulut luas-luas~"arah gadis itu yang sudahpun selesai mengupas telur rebus tadi. Tangan kanannya memegang telur rebus tadi sambil matanya memandang sang suami di sebelahnya yang sudah membuka mulut seluas-luasnya. Macam comel pula suami aku buat macam tu, bisik hati kecil Minha dengan segaris senyum di bibirnya. Kemudian dia menyuap telur rebus tadi ke mulut Dujun. Nasib baik lelaki itu tidak tercekik. 

 

"Saya memang wajib belajar bahasa jepun memandangkan syarikat banyak bekerjasama dengan syarikat dari Jepun. Lagipun syarikat kita ada cawangan di Kyoto dan hampir semua pekerja di situ merupakan orang tempatan. Jadi saya sebagai CEO kenalah berurusan dengan mereka dalam bahasa Jepun." 

 

"Kalau macam tu mesti ramai pekerja wanita dekat sini suka bila awak datang sini." 

 

"Why?"tanya Dujun yang kurang faham dengan kata-kata isterinya dengan sebelah kening terangkat. Mulutnya masih lagi setia mengunyah telur rebus yang masih bersisa dalam mulut. 

 

"Iyelah, tuan CEO syarikat dia orang handsome, mestilah ramai yang berkenan. Kena pula yang jadi peminat tuan CEO tu muka kawaii. Lepas tu bila dah ramai yang berkenan mulalah hati tu goyah, lupa isteri yang tak lawa tu dekat rumah."bebel Minha sambil mengunyah snek sotong kering yang sudah dibuka bungkusannya tadi. Sang suami di sebelah sudah ketawa geli hati mendengar kata-kata sang isteri. Dah kenapa bini aku ni tiba-tiba cemburu? 

 

Dujun meneguk air mineralnya sebentar untuk membasahkan tekaknya sebelum menutup botol air itu dan memandang muka Minha di sebelahnya. Direnung saja wajah cantik itu tanpa bercakap sepatah pun sebelum tangannya mencapai dan memegang kedua belah tangan isterinya itu. 

 

"I love you and always love you. Don't you trust me, dear?"ucap lelaki itu dengan nada romantik sambil mengucup lembut jari-jemari Minha. Nasib baiklah seat di depan dan tepi mereka itu tiada penumpang. Kalau tidak mahu meletup Minha dibuatnya gara-gara malu. 

 

"I trust you, but.." 

 

"Sayang, kenapa tiba-tiba nak ragu-ragu dengan saya? Cuma awak saja insan yang bertakhta di hati saya sekarang dan kenyataan itu tak akan berubah sampai bila-bila pun. Datanglah perempuan secantik manapun, saya tak akan pernah sekali-kali pandang mereka. Saya akan pandang awak dan.." 

 

"Dan..?"tanya Minha pelik. Ayat Dujun yang sengaja dibiarkan bergantung itu membuatkan hatinya tertanya-tanya. Siapa pula yang dia akan pandang selain aku? Hyejeong? 

 

Dujun menghela nafas sebenatar sebelum membalas. "Dan anak kitalah, sayang. Hmm..bercakap pasal anak kan, bila kita nak ada anak? Kan semalam saya dah cakap yang saya nak anak sepuluh orang so kita bolehlah start our midnight project this night bukan?"tanya lelaki itu lagi sambil melemparkan senyum nakal tapi penuh bermakna kepada Minha. Terjegil biji mata Minha mendengarnya. Spontan dia menampar bahu suaminya tanda geram. Mukanya pula sudah membahang menahan malu. Nasib baiklah suaminya itu bercakap dalam bahasa korea, kalau dia bercakap dalam bahasa jepun mahu tergelak penumpang di belakang mereka mendengarnya. 

 

"Eii awak ni, boleh pula cakap pasal hal-hal macam ni di tempat awam. Malulah!" 

 

"Alah, nak malu buat apa? Bukan penumpang dekat sini faham pun apa yang kita cakap."balas Dujun selamba sambil tertawa sendiri. 

 

Minha merengus kecil. "Tetap memalukan juga." 

 

"Malu atau itu tolak ke tepi. Yang pasal anak tu sila bagi maklum balas kepada suami awak yang dekat depan awak ni ya Cik Park Minha. Kalau boleh nak maklum balas yang positiflah."sang suami sudah mengenyitkan mata. 

 

Minha sudah menyeringai. Dia meneguk sebentar air mineralnya, cuba untuk menghilangkan rasa gementar yang tiba-tiba bertamu di hatinya. Mungkin rasa gementar itu timbul kerana Dujun. Mana tidaknya, lelaki itu sedari tadi asyik merenung dan tidak sesekali mengalihkan pandangannya dari wajahnya. 

 

"Ermm.. Tak boleh ke kalau kita ada dua orang anak saja? Sepuluh macam banyak sangatlah.. mahu terputus banyak urat kalau lahirkan anak banyak kali nanti."jawab Minha selamba. Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia cakap tadi. Tapi dia pernah juga dengar tentang orang putus urat selepas beranak jadi betullah kut apa yang dia cakapkan tadi. Lol teruk betullah Minha ni, cakap main belasah saja. 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<