EP12

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

 
HONGBIN memerhatikan cikgunya yang sedang berbual-bual dengan kakaknya di meja sebelah. Di depannya kini duduk Sohee yang sedang sibuk menikmati gula-gula kapasnya. Tidak dipandang sekalipun wajahnya yang kacak itu. Kacak ke? Kacaklah, kalau tidak tak akanlah dia digelar playboy oleh rakan-rakannya. 

 

"Cepat betul sakit perut awak tu hilang."sinis saja nada suara Hongbin berkata-kata ketika ini. Dia menyilangkan kedua tangannya sambil merenung tepat ke arah Sohee yang kini sudahpun menundukkan wajahnya. Barangkali tidak berani menatap wajah Hongbin. Apa boleh buat? Memang sudah jelas dia menipu. Kantoi pula tu. Lagipun, dia sendiri tidak menyangka dia boleh terserempak dengan teman semejanya itu di sini, di taman tema yang dipenuhi dengan pasangan kekasih. Dalam hati dia menyumpah-nyumpah butler-nya kerana membawa dia ke sini. 

 

"Maaf, Cikgu Son yang ajak saya ke sini. Dan saya terpaksa tipu awak tadi sebab tak mahu tolak perlawaan dia." 

 

"Really? Habis tu apa hubungan awak dengan Cikgu Son sampai awak tak boleh menolak pelawaan dia? You know, it's kinda weird watching a teacher and a student hang out together at a theme park. full of lovers"ucap Hongbin pula. Memang sedar tadi dia merasa hairan dengan apa yang dilihatnya sekarang. Sohee menipu dia hanya kerana mahu keluar dengan guru kelasnya? Tak ke pelik bunyinya? 

 

Sohee menelan liurnya sendiri. Erk, apa aku nak jawab dekat mamat ni? Spontan dia mengalihkan pandangannya ke meja sebelah dan tidak semena-mena pandangan matanya bertemu dengan mata Dongwoon. Dan entah kenapa dadanya berdebar-debar tika ini. 

 

"Sebenarnya cikgu dengan Sohee merupakan sepupu."tegur Dongwoon yang sudahpun duduk di sebelah Sohee. Bukan main terperanjat gadis itu apabila lelaki itu duduk di sebelahnya. Sempat dijeling ke arah meja sebelah yang kosong. Ke mana pula wanita jelita yang dia kenali sebagai kakak Hongbin itu? Ah, barangkali dia ke tandas. 

 

Hongbin sudah menaikkan sebelah keningnya mendengar kata-kata gurunya itu. Sepupu? 

 


 

MINHA menguap perlahan sambil menunggu suaminya pergi membeli snek. Mengeluh lelaki itu bila dia meminta suaminya itu membelikan dia makanan. Mana tidaknya, masuk yang ini sudah berapa kali rasanya Minha makan sedangkan waktu untuk makan tengahari blum masuk lagi. Tapi kerana sayang, Dujun gagahkan juga diri pergi membeli makanan. Siapa tak sayang bini oi.. 

 

Tidak berapa lama kemudian, Dujun muncul dengan satu plastik sederhana besar berisi dua bekas ramen. Bersinar-sinar mata gadis itu dibuatnya. Tanpa berlenggah dia berlari mendapatkan sang suami yang sedang berjalan ke arahnya. 

 

"Amboi, nampak makanan je terus ceria."perli Dujun. Mereka berdua sama-sama duduk di sebuah bangku taman berhampiran. 

 

Minha sudah tersengih. Dia tidak membalas, sebaliknya dia berusaha membuka bekas ramen yang dibeli suaminya itu dan disebabkan sikap rakusnya itu kuah ramen yang panas terpercik ke tangannya. Menjerit gadis itu dibuatnya. Dujun di sebelah sudah menggelengkan kepala. Terus dia membuka botol air mineral sejuk yang dibelinya dan menuangnya ke tangan isterinya. 

 

"Itulah, tak sabar sangat nak makan. Kan dah mendapat."bebel sang suami, geram dengan perangai isterinya yang agak cemerkap itu. Minha sudah menarik muka, terasa hati dengan kata-kata suaminya. Walaupun begiru dia tidak pula menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. Dibiarkan saja lelaki itu yang kini sedang mengelap tangannya dengan sehelai sapu tangan. 

 

"Ni kenapa tiba-tiba buat mulut muncung macam itik ni? Marah ke?"usik sang suami sambil mengucup jari-jemari sang isteri. Cair Minha dibuatnya. Aish mamat ni, aku baru je nak marah dia tadi... 

 

"Itadakimasu!"terus Minha menikmati ramen-nya tanpa mempedulikan kata-kata suaminya tadi. Malas mahu melayan sikap romantik tiba-tiba suaminya. Oh ya, itadakimasu bermaksud 'Jom makan' atau boleh juga dianggap sebagai ucapan terima kasih untuk makanan yang akan dimakan. Dujun juga tidak mahu kalah. Dia meniru perbuatan Minha dan mula menikmati ramen-nya. 

 

Sambil makan, sang suami memulakan kembali perbualan. 

 

"Sekejap lagi awak nak ke mana pula?" 

 

"Hmm..balik hotel jelah. Letih berjalan..sekarang rasa macam nak tidur pun ada."ucap Minha sambil meneguk air mineral yang dihulurkan suaminya. Ramen tadi sudah dihabiskan. Memang Minha bila makan sekejap saja habisnya, mungkin kerana dia terlalu lapar. Lagipun, kebelakangan ini selera makannya semakin lama semakin menjadi-jadi. Dia sendiri pun tidak faham mengapa dia lebih cepat lapar dan kerap makan. 

 

Dujun yang mendengar sekadar menganggukkan kepala. Dia sendiri pun sudah agak kepenatan sebenarnya. Penat bermesyuarat dengan pelabur dari Jepun pun masih lagi belum hilang, dan sekarang dia keluar berjalan-jalan dengan isterinya pula. Penat memang penat, tapi bila fikirkan yang Minha teringin sekali keluar berdua dengannya menerokai Kyoto, penatnya tiba-tiba hilang begitu saja. Dan kini, mereka berdua sudahpun puas meneroka daerah Kyoto. 

 

"Jomlah balik naik shinkansen, boleh tidur dalam tu puas-puas." 

 

 

SEOHYUN mengibas-ngibas wajahnya yang mula berpeluh. Disebelahnya berdiri Dongwoon yang sedang sibuk menilik jam di tangannya manakala dibelakangnya pula ada adiknya Hongbin dengan rakannya Sohee. Mereka berempat sekarang sedang beratur di hadapan rumah hantu untuk membeli tiket. Semua ini sebenarnya cadangan Seohyun sendiri dan yang lain hanya mengikut saja. Bagi Seohyun pula, dia sengaja mengajak Dongwoon memasuki rumah hantu kerana...well...faham-faham sendirilah bila perempuan dah takut kena usik dengan hantu palsu di dalam rumah tersebut, mestilah banyak kejadian peluk-memeluk terjadi. Miang sungguh Seohyun ni. 

 

Dongwoon pula sebenarnya sudah agak panas hati melihat tuannya dan Hongbin di belakangnya yang sedang rancak berbual. Kadangkala kedengaran mereka berdua ketawa bersama, dan itu membuatkan Dongwoon berasa agak jengkel. Jengkel dengan Hongbin yang tidak henti-henti membuat lawak bodoh dan Sohee yang boleh tertawa dengan lawak bodoh pemuda itu. Pelik betul, kenapa hari ini tuannya itu sepertinya mudah terhibur walaupun dengan jenak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<