EP7

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

SOHEE mengerdipkan matanya berkali-kali tanda tidak percaya. Wajah Dongwoon di hadapannya dipandang dengan rasa hairan. Gilakah lelaki ini? Tiba-tiba saja meminta aku kembali ke pangkuannya? 

 

"Kau dengan aku..kembali bersama? Itu tak mungkin terjadi, Dongwoon. Kisah cinta kita dah lama habis." 

 

"Kenapa? Dulu kau minta putus dengan aku sebab aku masuk geng mafia kan? Sekarang abang kau sekarang ketua mafia dan dia bos aku, jadi takda masalahlah kan untuk kau terima aku balik?"Soal lelaki itu dengan dahi berkerut. Sangkanya gadis itu akan menerima permintaannya tapi dia menolak pula! 

 

Sohee menghela nafasnya. Memang benar dia dapat menerima kenyataan yang dia mempunyai sekarang abang yang bergelar ketua mafia, begitu juga dengan kenyataan bahawa bekas kekasihnya itu orang bawahan abangnya. Tetapi semua itu bukanlah sebab dia menolak permintaan Dongwoon. Satu-satunya sebab dia menolak permintaan lelaki itu adalah kerana.. 

 

"Sebab aku sukakan orang lain..kau faham tak?" 

 

Sementara itu, diluar bilik Dongwoon.. 

 

"Buruk betullah perangai kau orang, sanggup curi-curi dengar perbualan orang dari luar bilik."tegur Junhyung yang hanya berdiri sambil menyandarkan badannya pada dinding. Sungguh dia tak berminat mahu tumpang sekaki mencuri dengar perbualan Dongwoon dan adik bosnya yang dipanggil Cik muda itu. 

 

"Shhh, diamlah Jun. Kantoi kita kalau diorang dengar!"balas Hyunseung separuh berbisik sambil menyiku Junhyung disebelahnya. Nasib baik gelas kaca yang ditekapkan bibirnya pada dinding luar bilik Dongwoon tidak terlepas dari pegangannya. 

 

Tiba-tiba Gikwang menyampuk,"Kau ni dengar ke tidak apa yang mereka berdua bualkan?" 

 

Yoseob yang sedang berkelakuan sama seperti Hyunseung sudah menggelengkan kepala. "Tak dengarlah. Apa, bilik adik kita tu bilik kalis bunyikah?" 

 

"Kau ingat ini studio muzik ke nak dibuat kalis bunyi bagai?"marah Gikwang pula. 

 

Hyunseung yang sedang duduk mencangkung tiba-tiba bangun lalu menyuruh merrka yang berada disitu segera lari sambil berkata,"Ada orang mahu keluar!". Apa lagi, cepat-cepat mereka semua masuk ke sebuah bilik stor berhampiran dan bersembunyi disitu sambil mengintai melalui celahan pintu akan keadaan di hadapan bilik Dongwoon yang tiba-tiba sahaja bising dengan suara orang bertengkar. 

 

"Kau sukakan siapa sekarang? Hongbin yang duduk disebelah kau tu?" 

 

"Ya. Kau ada masalah dengan itu?" 

 

"Memang itu jadi masalah buat aku..bukankah aku dah cakap tadi yang aku nak kita bersama semula?" 

 

"Yang jadi masalah sekarang ni adalah kau! Kau yang tak faham bahasa, kan aku dah cakap aku suka Hongbin jadi aku tak akan balik ke pangkuan kau lagi! Uggh, aku anggap apa yang kau cakap sekarang ni tak pernah berlaku, okey?" 

 

Terus saja Sohee melangkah laju masuk ke biliknya yang hanya berada di sebelah bilik Dongwoon bersama Momo dalam dukungannya dengan perasaan marah. Dongwoon yang tidak sempat mengejar hanya mampu menggelengkan kepala, kesal dengan Sohee yang tidak mahu menerima ajakannya untuk kembali bersama. 

 

Sejujurnya dia sendiri berasa pelik dengan dirinya sendiri. Mulanya dia begitu bencikan Sohee kerana datang dan tinggal di vila Dujun sebagai adik bosnya itu. Dia tidak boleh menerima hakikat yang dia terpaksa tinggal bersama dengan bekas kekasihnya yang sudah menghancurkan hatinya dulu. Tetapi hari demi hari, rasa cintanya yang dulu terkubur muncul kembali. Tanpa sedar dia asyik perhatikan Sohee dan cemburu melihat kemesraan gadis itu dengan rakan semejanya yang bernama Hongbin. Dan kini baru dia sedar, cintanya terhadap Sohee masih lagi wujud dan tak pernah hilang.. 

 

"Apa yang istimewa sangat pasal budak Hongbin tu? Tak faham aku.."Bebel lelaki itu seorang diri sambil mengusap kepala Minjun dalam dakapannya. Kemudian lelaki itu melangkah turun ke bawah untuk menyerahkan monyet itu kepada tuannya. 

 

Sebaik sahaja lelaki itu turun,pengintip tak bergaji terus keluar dari tempat persembunyian mereka. Siapa lagi kalau bukan Hyunseung, Gikwang, Yoseob dan Junhyung? Terbatuk-batuk mereka berempat bila keluar dari bilik stor yang penuh dengan habuk itu dengan rasa kurang percaya akan apa yang mereka lihat dan dengar tadi. 

 

"Wow..cayalah! Tak sangka pula aku maknae kita tu dengan Cik Muda Sohee dulu pernah bercinta."komen Yoseob sambil membersihkan habuk yang melekat di bajunya. 

 

"Tapi..kenapa mereka putus ya? Sebab Dongwoon curang kut?" 

 

"Tak. Sebab tadi masa aku curi-curi dengar perbualan diorang Dongwoon ada cakap pasal dia masuk geng mafia.. Mungkin mereka berpisah sebab Cik Muda tak suka Dongwoon masuk geng mafia."Hyunseung memberikan pendapatnya pula. 

 

Tiba-tiba Gikwang menyampuk,"Kalau macam tu, boleh sangat la mereka bersama kembali memandangkan Cik Muda sekarang pun dah jadi sebahagian dari geng mafia kita ni." 

 

Junhyung sudah menggelengkan kepala. "Tak semudah itu. Kau orang tak dengar ke yang Cik Muda kita tu sukakan seseorang yang bernama Hongbin?" 

 

 

MALAM itu Sohee mengikut abangnya pergi ke majlis makan malam syarikat dan sudah tentulah butlernya, Dongwoon turut sama pergi. Tidak ketinggalan, ahli Beast Master yang lain dan juga kekasih abangnya, Minha. 

 

Majlis tersebut diadakan di sebuah hotel mewah.. Cukup mewah sehinggakan ternganga saja mulut Sohee memerhatikan segenap ruang dewan makan hotel itu yang dihias cantik dengan hiasan serba mahal dan juga belon-belon berwarna merah yang disusun menjadi pintu gerbang. Sekali tengok macam acara perasmian pasar raya baharu pun ada.

 

Duduk sahaja di meja, Sohee sempat mencuri-curi pandang ke arah Dongwoon yang duduk bertentangan dengannya. Riak muka lelaki itu keruh saja. Tiada segaris senyuman pun di bibirnya. Dan itu membuatkan Sohee serba salah. Kasar sangatkah kata-kata aku tadi..? 

 

Minha dan Dujun yang duduk semeja dengan Sohee dan Dongwoon hanya memerhatikan saja kedua mereka yang tidak banyak bercakap itu. Masing-masing seperti tidak mahu berbalas pandang mahupun bertentang mata. Keduanya hanya kusyuk merenung permukaan meja yang penuh dengan makanan. 

 

"Adik awak tu bergaduh dengan Dongwoon ke? Sekali pandang nampak macam bergaduh,"bisik Minha di telinga Dujun disebelahnya. 

 

Dujun cuma menjongketkan bahunya. "Entah.. Kalau betul mereka bergaduh biar mereka yang selesaikan sendiri." 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<