EP3

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

SELEPAS bangun saja dari tidur, Sohee mandi lalu bersiap-siap dengan memakai baju-t dan seluar jeans. Memang itu pakaian seragam sehari-harinya. Nak pakai baju cantik-cantik tak mampu sebab tak ada duit.. Tapi sekarang mestilah dah boleh pakai baju cantik sebab dapat abang baru yang kaya! Ah, tidak juga. Sohee tak suka habiskan duit orang lain untuk kepentingannya sendiri. Dia lebih suka membeli dengan wang hasil titik peluhnya sendiri...atau dengan kata lainnya, berdikari. 

 

Selepas selesai berpakaian, Sohee keluar dari biliknya lalu melangkah pantas menuju ke arah pintu utama vila. Sambil berjalan sempat lagi matanya melirik jam di tangan. Ahh, waktu sudah semakin suntuk, aku kena cepat! Namun dek kerana asyik melirik jam di tangan, tiba-tiba Sohee terlanggar sesuatu lalu terjatuh. Spontan dia memegang kepalanya yang sakit akibat pelanggaran itu. Ishh, apa benda yang aku langgar ni? 

 

"Nak ke mana awal-awal pagi macam ni?"soal satu suara garau yang datang dari arah depan. Pantas gadis itu mendongakkan kepala ke atas untuk melihat siapakah gerangan manusia yang menegurnya sekarang. 

 

"Eh,abang! Maaf sebab terlanggar abang, Sohee nak cepat tadi." 

 

Berdiri di hadapan Sohee sekarang adalah abangnya, Dujun yang sedang merenung ke arahnya dengan mata tidak berkelip dan wajah yang agak serius. Sohee menelan liur. Aura mafia dia dah keluar! 

  

"Abang tanya Sohee nak ke mana awal-awal pagi macam ni, kenapa tak jawab?"soal si abang yang memang pantang sekali jika soalan yang disoalnya tidak berjawab. 

  

"Err.. Sohee nak pergi kerja sekarang. Sebab itulah Sohee keluar awal pagi macam ni.. Tak boleh ke?" 

 

Dujun mengerutkan dahi."Kerja?" 

 

Sohee menganggukkan kepala."Ya. Sohee kerja dekat pasar raya sebagai jurujual. Kenapa abang?" 

 

Dujun perlahan-lahan menghela nafas sambil menggelengkan kepala. Dia kagum sebenarnya dengan gadis di depannya. Sudah tinggal dengan abang yang kaya pun masih lagi mahu terus bekerja dengan gaji yang rendah. Jarang dapat jumpa manusia macam ni, fikir lelaki itu. 

 

"Sohee, harta abang ni masih cukup lagi untuk sara Sohee. Jadi buat apa Sohee kerja lagi?" 

  

"Abang, kan Sohee dah cakap Sohee tinggal kat sini bukan sebab nak bolot harta abang? Sebab itulah Sohee masih teruskan kerja Sohee lagi. Lagipun Sohee lagi selesa berdikari dari ditanggung macam tu aje..rasa macam ditaja sugar daddy pun ada." 

 

"What? Jadi Sohee nak cakap abang ni sugar daddy macam yang ada dekat luar sanalah?"si abang sudah menjegilkan mata kepada si adik. Ketawa mengekek si adik mendengarnya. 

 

"Mana ada! Abang ni.. Takpelah, lepas Sohee balik kerja nanti kita bincang balik. Sohee dah lewat ni. Bye!" 

 

Dujun memerhatikan saja gadis itu keluar dari Vila. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala. Dan tiba-tiba saja muncul Minha lalu berdiri di sebelahnya dengan dahi berkerut. 

 

"Hai..pagi-pagi dah geleng kepala macam apek rugi besar saja gayanya ni kenapa?" 

 

"Hurmm..bakal adik ipar awak itulah. Dah tinggal di sini dengan abang dia yang kaya ni pun masih lagi nak teruskan kerja dia di pasar raya." 

 

"Okeylah tu dia bekerja dari dia duduk memerap dalam vila ni. Itupun jadi masalah ke?"Tanya Minha pelik. 

 

Dujun sudah meraup mukanya sendiri. Memanglah bagus adiknya itu bekerja tapi buat apalah dia bekerja di pasar raya? Lebih baik dia bekerja di syarikat abangnya saja. Manalah tahu kalau adiknya itu terjebak dalam gejala kurang sihat ke, senanglah sikit untuk Dujun memantau pergerakan adiknya. 

 

"Yelah.. Nanti dia balik saya nak suruh dia bekerja dengan saya jelah. Senang sikit. By the way, cik adik yang seorang ni bila nak bersiap-siap? Bukan ke lepas sarapan nanti kita nak keluar pergi butik pengantin?"tanya Dujun sambil menarik-narik kedua belah pipi Minha disebelahnya. Rasanya sejak semalam lagi mereka sudah bersetuju mahu membeli baju pengantin hari ini, masakan bakal isterinya itu lupa? 

 

"Oucchh! Sakitlah! Eii dia ni pantang ada peluang je mulalah tangan tu gatal nak cubit pipi orang.. Ala, kejap lagi saya bersiap-siaplah. Kerja saya belum siap lagi ni."balas Minha sambil mengusap pipinya sendiri. Memang setiap hari pipinya menjadi mangsa tarikan dan cubitan lelaki itu. Apa boleh buat kalau dapat bakal suami gatal tangan macam Dujun ni? Redha sajalah jawabnya.

 

"Siapa suruh comel sangat..buat saya geram je. Ala, sakit ke? Meh saya ubatkan.." 

 

Dujun sudah memuncungkan bibir ke arah Minha. Macamlah Minha tak tahu taktik lelaki itu..nak ubatkan dengan ciuman la tu. Dah faham sangat dengan maksud ayat dia tu.. Bebel gadis itu dalam hari. Eleh, bebel konon padahal suka sebenarnya hati ini bila dicium Dujun. 

 

 

 

 

SOHEE  memerhatikan orang yang lalu lalang di depannya. Rasanya sudah hampir sejam dia memerhati tetapi kelibat manusia yang dicari tidak muncul jua. Ke manakah dia? Agaknya dia tak datang kerja kut? Ah..biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!,fikir gadis itu(apa kaitan? Pffr) 

  

 "Woi, kau tengah intai siapa je?" 

 

Spontan Sohee mengurut dahi. Sergahan rakan baiknya, Nicole benar-benar mengejutkannya. Terkekeh-kekeh Nicole ketawa melihat reaksi sahabatnya itu. 

 

"Kau ni nak makan flying kick aku agaknya. Berapa kali aku cakap yang aku tak suka disergah dari belakang?" 

 

"Ya aku tahu. Kau tu haa, dah puas aku panggil kau tadi tapi kau tak menyahut pun. Itu pasallah aku sergah jugak kau tadi. Maaflah ya? Tapi kan..kau tengah tengok siapa je? Aku tengok kau bukan main asyik lagi perhati orang lalu lalang tu," 

 

Sohee menggelengkan kepalanya."Tak adalah..aku cuma termenung sambil teringat dekat mendiang mak aku. Dah hampir seminggu dia pergi dan masih terngiang-ngiang di telinga aku ni suara dia kejut aku bangun dari tidur, ajak aku makan dan sebagainya.."tipu gadis itu walaupun hakikatnya apa yang dia gunakan sebagai alasan tadi memang dirasakannya sepanjang seminggu selepas pemergian ibunya. Dan entah kenapa dia tidak mahu berkongsi rahsia hatinya kepada Nicole. Rahsia di mana dia kini sedang menyimpan perasaan terhadap seseorang yang bekerja di pasar raya yang sama dengannya! 

 

Nicole menghela nafasnya perlahan. Dia faham bagaimana perasaan bila kehilangan orang tersayang. Dia sendiri sudah kematian ayah akibat kemalangan dan kini tinggal bersama ibu dan dua orang abangnya. Dulu ketika dia kehilangan ayahnya, hampir seminggu dua juga dia terbayang dan terngiang-ngiang akan suara ayahnya. Namun selepas dia dapat menerima ketiadaan ayahnya barulah hilang semua suara ayahnya yang terngiang-ngiang di telinga itu. 

 

"Sabarlah Sohee.. Kau kan ada aku jadi janganlah sedih-sedih lagi, okey? Hmm, apa kata petang nanti kita pergi karaoke? Bolehlah hilangkan sikit kesedihan kau tu..nak tak?" 

 

"Karaoke? Maaflah, aku kena balik terus hari ni. Ada hal sikit..kita pergi lain kali jelah eh? Masa tu kau nak karaoke sampai esok pagi pun aku sanggup! Theehee."balas Sohee dengan senyuman. 

 

Nicole sudah memuncungkan bibir tanda tidak puas hati. "Ala...ye ke? Aku baru niat nak ajak Hongbin pergi sekali dengan kawan-kawan dia." 

  

"Hongbin..?" 

"Ya. Kau tak kenal ke dia tu siapa? Dia kerja sekali dengan kita kut, dekat seksyen barang dapur." 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<