EP9

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

PAGI itu, Dongwoon menaiki tangga sekolah untuk ke bilik guru dan entah bagaimana dia ternampak kelibat Hongbin dengan beberapa orang pelajar lelaki lain. Mereka sedang duduk di tangga sambil berbual-bual tentang sesuatu..sesuatu yang membuatkan Dongwoon menangguhkan sebentar perjalanannya ke bilik guru. Tanpa sedar dia berundur ke belakang dan berdiri di sebalik dinding, cuba mencuri dengar isi perbualan pelajarnya itu. 

 

"Sampai bila kau nak berlakon baik depan budak Sohee tu, Hongbin? Kitorang dah tak sabar nak merasa barang baru ni." 

 

Sohee? Barang baru..? Apa yang mereka semua rancangkan ni?,bisik Dongwoon dalam hati. 

 

Hongbin yang sedang menghirup air kotaknya sudah tersenyum sinis. "Kau orang ni tak reti nak sabar sikit ke? Selepas dia percayakan aku sepenuhnya aku akan bawa dia ke markas kita. Masa tu aku bagilah kau orang buat apa-apa pun dekat dia. Tapi janganlah sampai mati pula si Sohee tu. Kita masih perlukan dia untuk ugut abang dia.." 

 

Pemuda yang memakai tag nama Cha Hakyeon tiba-tiba menyampuk, "Siapa abang dia?" 

 

"Yoon Dujun, ketua Klan Shadow Triad." 

 

Dongwoon mengerutkan dahi. Jadi Hongbin tahu Sohee adik bosnya? Tapi bagaimana? Dan siapa pula identiti Hongbin yang sebenarnya? Kenapa dia rancang nak gunakan si Sohee ni untuk ugut bosnya pula? 

 

"Pandai betul kau berlakon depan budak perempuan tu..hahah. Mesti dia tak akan tahu pun yang kau ni salah seorang musuh abangnya."sampuk pemuda yang memakai tag nama Kim Won Shik sambil ketawa. Yang lain juga turut ketawa. 

 

Hongbin membetulkan gaya rambutnya. "Well, aku memang pandai bermuka-muka. Dahlah, jom pergi kantin. Aku belanja kau orang makan." 

 

Dongwoon memerhatikan saja keenam-enam pelajar itu bergerak menuruni tangga dengan sebelah kening terangkat. Kemudian dia menghela nafas dan berpaling ke belakang. Dia perlu memaklumkan perihal identiti sebenar Hongbin kepada Sohee tetapi mesti gadis itu tidak akan mempercayainya. Ah, lebih baik dia memerhatikan saja gerak geri Sohee mulai dari sekarang daripada memberitahunya. Hmm..patutkah dia meminta bantuan ahli Beast Master yang lain supaya menyiasat latar belakang Hongbin? 

 

"Hei Dongwoon, awak buat apa berdiri kaku disini?" 

 

"Ah, Seohyun! Tak ada apa-apalah..saya cuma teringat sesuatu saja."balas lelaki itu sambil tersenyum kekok. Dia tidak menyangka pula dia akan terjumpa rakan sekerjanya itu  sekarang. Cepat-cepat dialihkan tangan gadis itu yang sedang memegang bahunya sekarang. 

 

Berubah sedikit muka Seohyun bila Dongwoon mengalihkan tangannya dari bahu lelaki itu. Diperhatikan saja lelaki itu yang sedang membetulkan baju kemejanya yang agak senget. 

 

"Tengah hari ni awak free tak? I mean, awak ada kelas tak?" 

 

Soalan Seohyun membuatnya dahi Dongwoon berkerut. 

 

"Kenapa?" 

 

"Jom keluar makan tengah hari bersama. Saya tahu satu tempat yang agak terkenal dengan keenakkan makanannya."ucap Seohyun dengan senyuman, cuba membuatkan lelaki di depannya bersetuju menerima pelawaannya. 

 

"Oh.. Hmm, saya rasa tak boleh pergilah. Saya baru teringat yang saya ada kelas tengah hari ni. Maaf ya? Ah, apa kata awak ajak Cikgu Yonghwa saja? Setahu saya dia selalu free waktu tengah hari. Saya minta diri dulu." 

 

Seohyun memerhatikan saja Dongwoon melangkah pergi dengan kening bertaut. Sambil menggigit bibir dia merengus perlahan. Sudah betul nak pikat hati si kacak ini! 

 
 

 

TIBA saja waktu rehat, seperti biasalah..Sohee akan keluar rehat bersama Hongbin. Entah kenapa sudah hampir sebulan dia bersekolah disitu tetapi tiada sekarang pelajar perempuan yang mahu berkawan dengannya. Dia pelik juga sebenarnya, apa yang dia sudah buat sehinggakan tiada sesiapa sudi berkawan dengannya selain Hongbin? 

 
 

"Keluar berdua hujung minggu ni?"Soal Sohee dengan dahi berkerut ketika pemuda di sebelahnya bertanyakan soalan. Soalan mengenai bolehkah dia dan Sohee keluar berdua hujung minggu ini. 

 

Hongbin tersenyum sambil menganggukkan kepala. "Ya. Sebenarnya saya nak belikan hadiah hari jadi untuk mama saya tapi saya tak tahu nak beli apa. Boleh tak awak temankan saya beli hadiah untuk dia? Mungkin saya boleh beli sesuatu yang istimewa untuk dia berdasarkan women instinct awak?" 

 

Sohee menongkat dahi dengan tangannya lalu berfikir sesajanak sambil menghirup jus Oren dalam kotak. Hongbin ni mama boy agaknya.. Siap ajak dia belikan hadiah untuk mamanya. Ah, apa salahnya aku pergi sebagai kawan dia? Lagipun aku memang tak ada pelan nak buat apa-apa pun hujung minggu ni. 

 

Hongbin yang sedang mengunyah roti memerhatikan saja Sohee di depannya dengan penuh minat. Kalau ditilik betul-betul wajah gadis itu agak cantik juga. Kalau disolek mukanya itu pasti ramai lelaki yang meminatinya. Mungkin dia sengaja tidak bersolek kerana tidak mahu menjadi tumpuan pelajar lelaki sekolah ini agaknya. 

 

Tiba-tiba pemuda itu tersedar sesuatu. Lee Hongbin, apa yang sedang kau fikirkan ni? Kenapa kau boleh terfikir pasal kecantikan perempuan di depan kau ni pula? Bukankah kau nak pergunakan dia untuk balas dendam pada abang dia?

 

"Okey, saya akan temankan awak." 

 

Entah bagaimana Sohee tiba-tiba terdengar bunyi orang tersedak berhampirannya tetapi dia tidak pula nampak sesiapa selain dia dan Hongbin disitu. Lupa pula nak cakap, Sohee dan Hongbin sekarang berada di taman berhampiran kelas mereka. Mereka mahu makan di kantin sebenarnya tapi tempat duduk di sana pula asyik penuh. Jadi selepas selesai membeli makanan mereka terus ke taman itu untuk makan dan berbual-bual. 

 

"Bagus! Kalau macam tu esok saya datang sajamput awak di rumah awak dalam pukul...sepuluh pagi?" 

 

"Okey tapi kenapa esok pula? Bukankah kita nak keluar hujung minggu ni?"Tanya Sohee sambil menggaru kepalanya. 

 

Hongbin sudah tergelak. "Awak ni Sohee..nyanyuk ke? Esok kan hari Sabtu? Hari Sabtu bukan hujung minggu ke? Aiguu," 

 

Tiba-tiba Sohee menepuk dahinya sendiri. Aduh,macam manalah aku boleh jadi pelupa ni? Heol. Dihirup kejap air kotaknya sambil memandang rumput taman, cuba menyembunyikan rasa segannya dari Hongbin. 

 

Sementara itu, di sebalik dinding bangunan berhampiran taman tempat Sohee dan Hongb

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<