EP4

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

DONGWOON membetulkan tali lehernya sambil mengeluh perlahan. Kemudian dia menyikat rambutnya. Selepas selesai membentuk rambutnya kepada gaya yang diingini, lelaki itu melangkah keluar dari biliknya dan berdiri di hadapan pintu bilik sebelah. Diketuk pintu bilik itu perlahan. 
 
 
Seketika kemudian, pintu dibuka dengan wajah Sohee tersembul keluar. "Nak apa?"tanya gadis itu sambil menggosok matanya. 
 
 
Dongwoon sudah mengerutkan dahi melihat kelakuan adik bosnya itu. "Kau baru bangun tidur? Sekarang dah pukul tujuh pagi.. Kau lupa ke pagi ni kau kena ke sekolah?" 
 
 
"Huh? Alamak aku dah lewat!" 
 
 
Lelaki itu memerhatikan saja Sohee berlari masuk ke dalam bilik air selepas mengambil tualanya. Spontan dia menggelengkan kepala sambil menutup pintu bilik gadis itu. Huh..masih tak berubah perangai dia yang suka bangun lewat tu. 
 
 
"Eh Dongwoon, awak buat apa kat sini?"soal Minha yang kebetulan datang untuk melihat keadaan bakal adik iparnya. Dujun juga turut sama berada disitu, berdiri di sebelah Minha sambil mengunyah epal hijaunya. 
 
 
"Saya..butler Cik Sohee. Kan bos?" 
 
 
Dujun menganggukkan kepala,menyebabkan Minha turut sama mengangguk tanda faham. Amboi..adik pun dapat butler macam abangnya juga. Kang tak pasal jatuh cinta macam aku dan abangnya pula..tapi apa salahnya? 
 
 
"By the way, mana Sohee? Dah pukul berapa dah ni."tanya Dujun sambil melirik jam di tangan. 
 
 
"Dia...terlewat bangun. Sekarang dia sedang mandi,bos. " 
 
 
"Oh..hmm, tak apalah kalau macam tu. Kejap lagi bila dia dah siap awak pergi hantar dia. Lagipun..memang awak sendiri pun kena pergi sekolah juga kan?" 
 
 
Dongwoon cuma mampu tersenyum simpul. Dia menundukkan badan tanda hormat apabila bosnya bersama maid-nya itu beredar ke ruang makan untuk bersarapan. 
 
 


 
SOHEE cuma mampu mengeluh saja. Dia sekarang berada di pejabat pengetua bersama abangnya dan juga butler-nya. Huh..butler-lah sangat! Pandang muka aku macam nak telan saja..menyampah! 
 
 
"Ah..pengetua dah lama tahu pasal hal ni?"tanya Dujun dengan sebelah keningnya terangkat. Dia tidak pernah menyangka bekas gurunya itu tahu akan kenyataan bahawa Sohee adalah anak ayahnya yang berkahwin baru. 
 
 
"Mestilah tahu..saya dengan ayah kamu kan kawan baik? Dia yang suruh saya simpan hal ini sebagai rahsia dari kamu. Dia takut kamu tak dapat terima yang dia kahwin lain dulu."selamba saja Pengetua Lee membalas. Lega juga dia sebenarnya melihat bekas pelajarnya itu dapat menerima adiknya yang berlainan ibu itu. Ya, sekurang-kurangnya tercapai juga hajat ayah lelaki itu yang mahu mereka bertemu dan hidup bersama sebagai adik-beradik. 
 
 
"Hmm.. Apalah ayah ni, mestilah saya terima. Lagi pun ayah tu dah lama hidup tanpa teman disisi sejak kematian mak saya." 
 
 
"Haa, baguslah kalau kamu terima. Tapi menurut maklumat Sohee yang kamu bagi pada saya ni, Sohee sekarang berumur 23 tahun. Jadi kenapa kamu nak dia bersekolah di sini pula? Bukankah lagi bagus kalau dia belajar di kolej?" 
 
 
Dujun tersenyum simpul. "Sebenarnya dia tak sempat habiskan sekolah tinggi dulu, sebab itulah saya hantar di belajar di sini. Lagipun, susah nak masukkan dia ke mana-mana kolej kalau dia tak habiskan sekolah tinggi dulu." 
 
 
Pengetua Lee menganggukkan kepala tanda faham."Kalau macam tu, saya akan suruh pembantu saya uruskan hal Sohee ni." 
 
 
"Baiklah. Ah, lagi satu pengetua. Saya nak masukkan seseorang sebagai guru disini." 
 
 
"Siapa?" 
 
 


 
"INILAH kelas awak, Sohee."ucap Cikgu Naeun sambil menunjukkan tangannya ke arah sebuah kelas yang berada di hadapan mereka berdua. Sohee yang lengkap berpakaian seragam sekolah persendirian tersebut hanya memerhatikan saja keadaan kelas itu dari luar. Sekali imbas, kelas itu seperti kelas budak pandai..senyap sahaja. Hampir semua pelajarnya tunduk membaca buku walaupun ketika ini tiada seorang guru pun di dalam kelas itu. Sohee menelan liurnya. Hisshh, tak pasal aku jadi budak skema nanti! 
 
 
"Err cikgu, kelas ni kelas budak pandai ke?" 
 
 
"Ya. Abang awak yang suruh pihak sekolah masukkan awak ke kelas pertama. Lagipun, awak sendiri sememangnya seorang yang bijak berpandukan apa yang saya lihat pada fail maklumat awak jadi tak ada masalah rasanya kalau awak dimasukkan kelas ni. Dah, jom kita masuk."ajak guru wanita yang cantik itu dengan senyuman. 
 
 
Sohee mengeluh perlahan. Dengan langkah penuh berat dia mengikut guru wanita itu masuk ke dalam kelas di depannya. Dan tiba-tiba seisi kelas yang tadinya sunyi sepi berubah bising. 
 
 
"Okey semua, minta perhatian! Hari ini kita ada seorang pelajar baru. Sohee, sila perkenalkan diri kamu!" 
 
 
"Err..helo semua. Saya Yoon Sohee. Selamat berkenalan."Sohee menundukkan badan tanda hormat sedangkan dalam hati dia asyik mengomel..kenapa pula aku tunduk hormat pada budak yang lagi muda dari aku...? 
 
 
"Okey Sohee, awak boleh duduk di sebelah Lee Hongbin yang berada di hujung kelas tu ya." 
 
 
Sohee sudah mengerutkan dahi mendengar kata-kata Cikgu Naeun itu. Lee Hongbin yang mana ni? Jangan-jangan...pantas gadis itu membuang pandang ke arah tempat duduk yang dimaksudkan guru itu. 
 
 
"Hai Sohee. Duduklah, tak ada orang dekat sebelah saya ni. Ah, lupa pula nak perkenalkan diri. Saya Lee Hongbin."tersenyum-senyum saja pemuda bernama Lee Hongbin itu sambil menarik kerusi di sebelahnya untuk Sohee duduk. Sohee seperti tidak dapat mempercayai apa yang sedang dilihatnya kini. Perlahan-lahan dia duduk di kerusi yang ditarik pemuda itu tadi. 
 
 
Jadi Lee Hongbin yang aku minat tu baru berumur 17 tahun dan anak orang kaya? Tapi kalau kaya kenapa dia bekerja di pasar raya pula?,fikir gadis itu sambil membetulkan duduknya. Dan dia sedar pemuda di sebelahnya begitu kusyuk sekali memerhatikan kelakuannya. 
 
 
"Err..Kenapa awak tengok saya macam tu, Hongbin?" 
 
 
"Hmm..macam pernah lihat saja muka awak ni. Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" 
 
 
Sohee sudah menelan liur. Ish, tak kanlah aku nak cakap aku kerja dekat pasar raya tu sekali dengan dia dulu? Tak boleh,aku kena rahsiakan semuanya dari dia termasuklah fakta yang aku ni adik kepada Yoon Dujun, pemilik sekolah ni! 
 
 
"Pelanduk dua serupa kot.. Doppelganger?"balas Sohee sambil mengangkat kedua belah keningnya. 
 
 
Hongbin disebelah sudah mengerutkan dahi kerana kurang faham. "Doppelganger? Apa tu?" 
 
 
Sohee menggaru belakang lehernya."Ermm.. Itu maknanya ada seseorang yang berwajah serupa dengan kita. Macam dalam cerita Mask tu. Dua orang berbeza tapi memiliki wajah yang sama." 
 
 
"Oh.. Haha, boleh jadi juga kalau awak ada doppelganger tu. Dunia ni luas dan penuh misteri jadi tak hairanlah kalau kita tak tahu ada orang mirip kita tinggal di satu sudut dunia yang lain."Hongbin ni pun boleh tahan berfalsafah juga orangnya. Jika dilihat dari penampilannya yang kemas dan bergaya itu memang ada gaya orang ada falsafah sikit. 
 
 
Sohee hanya ketawa saja..ketawa sopan yang sengaja dibuat-buat sedangkan dalam hati rasa mahu menangis sebenarnya bila melihat Hongbin tersenyum kepadanya. Rasanya idea abangnya yang mahu dia kembali menyambung pembelajarannya di sekolah tinggi tidaklah seteruk mana. Mana tak teruknya kalau dapat duduk disebelah pujaan hati dalam kelas! 
 
 


DONGWOON memerhatikan saja dari jauh kelibat tuannya yang sedang makan di kafeteria sekolah. Sebenarnya tidaklah jauh mana pun, jarak dia dan Sohee cuma beberapa meter saja memandangkan dia sendiri pun sedang enak menjamu selera seorang diri di sebuah meja. Bosnya sudahpun balik ke pejabat untuk bertemu pelabur dari China. 
 
 
"Minah tu..baru hari ni masuk sekolah dah dapat kawan? Lelaki pulak tu."lelaki itu bermonolog sendirian sambil menyuap mi goreng ke mulutnya. Dia tidak sedar yang dia sebenarnya sedang menjadi perhatian pelajar perempuan yang sedang menikmati makanan di meja berhampiran. Mereka tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki kacak yang sedang makan seorang diri itu. Cikgu baharukah? 
 
 
"Eh.. Awak Dongwoon bukan?"tegur satu suara dari belakang membuatkan lelaki itu berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang menegurnya. 
 
 
"Seohyun...? Awak buat apa dekat sini?"soal lelaki itu dengan riak terkejut. 
 
 
"Saya guru muzik di sini. Awak pula buat apa dekat sini?" 
 
 
Seohyun merupakan rakan seuniversiti Dongwoon. Mereka agak rapat juga semasa sama-sama belajar di universiti, membuatkan Seohyun tersalah erti akan layanan Dongwoon dan mula menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Namun hajatnya untuk meluahkan perasaan kepada Dongwoon tidak kesampaian apabila dia mengetahui kenyataan bahawa lelaki itu sebenarnya sudah mempunyai kekasih. Walaupun begitu, dia masih lagi menyukai Dongwoon dan sering berharap agar dia punya peluang untuk menjadi kekasih lelaki itu. 
 
 
"Saya cuma singgah kat sini untuk makan. Dengar cerita makanan kat kafeteria ni sedap,"kelentong lelaki itu sambil tersengih. Ceh, apa punya alasan aku bagi? Dah tu takkanlah aku nak cakap aku ada dekat sini sebab nak perhatikan tuan aku?, bebel dia dalam hati. 
 
 
Seohyun sudah mengerutkan dahi. Kemudian dia ketawa perlahan. "Kalau ya pun nak tipu agak-agaklah." 
 
 
"Betullah.. Kalau tak nak percaya sudah." 
 
 
Sementara itu..di sudut lain kafeteria, Sohee sedang enak menikmati nasi goreng kimchinya. Di depannya pula duduk Hongbin yang sedang menikmati piza. Bersungguh-sungguh lelaki itu menggigit piza penuh keju itu dan menariknya sama seperti dalam iklan di kaca tv.
 
 
"Awak ni dah kenapa main tarik-tarik piza

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<