EP5

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

MINHA menuang air teh ke dalam cawan di depan Dujun. Kemudian dia membuang pandang ke arah Sohee dan Dongwoon yang sedang kusyuk menikmati roti bakar disapu jem oren. Dia pelik sebenarnya. Bagaimana kedua mereka boleh mendapat lingkaran bawah mata serentak? Sekali pandang sudah macam panda saja gayanya.

 

"Kenapa dengan mata korang berdua ni? Tak cukup tidur ke?"soal Dujun sambil matanya difokuskan kepada wajah adik dan butler-nya silih berganti. 

 

"Ya abang.. Semalam kerja sekolah banyak sangat, terpaksalah Sohee siapkannya sampai pukul tiga pagi. Dan butler saya tolong saya sekali."jawab gadis perlahan sambil menguap kecil. Kemudian dia menghirup tehnya perlahan. Dalam hati sempat lagi dia mengomel..tak sangka aku kena tipu abang guna alasan budak sekolah. 

 

Memang dia tidak cukup tidur kerana menyiapkan kerja sekolah. Tapi kerja sekolahnya tidaklah banyak..hanya satu saja iaitu lukisan yang Dongwoon minta. Memandangkan hampir pukul 12 tengah malam dia dan lelaki itu pulang dari rumah lamanya, terpaksalah dia berjaga sampai pukul tiga pagi untuk menyiapkan lukisan itu. Dan hakikatnya Dongwoon tidak pernah membantu dia menyiapkan lukisan tersebut. Dia cuma tolong coverline untuk butlernya itu saja. Dia sendiri tidak pasti apa yang bekas kekasihnya itu lakukan sampai timbul lingkaran hitam di bawah mata. 

 

"Ai..baru hari pertama masuk sekolah dah dapat banyak kerja rumah? Rajin sungguh cikgu Sohee ya." 

 

"Memang agak rajin cikgu Sohee tu abang,"spontan Sohee menjeling Dongwoon di depannya yang sedang membuat muka kering, tidak berperasaan sambil mulutnya mengunyah roti bakar. 

 

"Oh ya. Abang lupa nak cakap. Esok ada majlis makan malam tahunan syarikat. Jadi abang nak Sohee ikut abang ke sana, abang nak perkenalkan Sohee kepada pemegang saham dan ahli lembaga syarikat. Petang nanti kamu dengan Dongwoon pergi beli baju untuk dipakai ke sana esok, okey?" 

 

Sohee mengerutkan dahi."Huh? Dia ni ikut juga ke majlis tu ke abang?"tanya gadis itu sambil menuding jari ke arah Dongwoon. 

 

Dujun hanya tersenyum. "Ya, dia kan butler dan pengawal peribadi Sohee. Dia akan ikut Sohee ke mana saja." 

 

Kau dengar tu Sohee? Aku sekarang umpama bayang-bayang kau.. Ke mana kau pergi aku akan ada di sisi kau..bisik hati kecil Dongwoon. Dihirup perlahan air teh dalam cawannya. 

 

 

SELEPAS Dongwoon memarkirkan kereta di tempat yang agak jauh dari sekolah, dia dan Sohee berjalan bersama menuju ke sekolah tetapi berjarak. Tujuannya supaya tiada sesiapa tahu yang dia datang ke sekolah bersama butler-nya. Walaupun pengetua sendiri tahu Dongwoon adalah butler Sohee,tapi dia tetap tidak yakin untuk pergi ke sekolah terang-terangan bersama lelaki itu. Nanti apa pula kata pelajar dan guru lain? Lagipun dia malas mahu menipu orang, jadi biarlah dia dan Dongwoon berlakon seperti tidak kenal di sekolah. 

 

Sampai sahaja di di depan pintu pagar, gadis itu terperanjat seketika. Sohee mengerutkan dahi melihat Hongbin yang sudah pun menunggunya di depan pintu pagar sekolah. 

 

"Selamat pagi Sohee. Awal pula awak datang hari ini?"soal Hongbin sengihan. Dia sudahpun berdiri di samping Sohee. 

 

Dongwoon yang baru saja sampai di depan pintu pagar hanya memerhatikan saja kelibat tuannya yang sedang bercakap dengan rakan semejanya Hongbin. Lelaki itu merengus perlahan. 

 

"Saya keluar awal sebab takut tertinggal bas..hehe," 

 

Serius Yoon Sohee, sejak bila kau naik bas ke sekolah? Kau naik kereta mewah dengan butler kau je,bebel gadis itu dalam hati. Terpaksa jugalah dia menipu pemuda di depannya. 

 

"Oh, awak ke sekolah naik bas? Kenapa tak suruh pemandu hantarkan saja?" 

 

Erk..aku lupa aku bersekolah di sekolah anak orang kaya! 

 

"Saya memang suka naik bas.. Boleh tengok suasana bandar di waktu pagi macam ni. Ahaha,"Sohee ketawa kekok. Itu sahaja yang mampu ditipunya sekarang. 

 

Dongwoon yang sedang berpura-pura mengikat tali kasut untuk mencuri dengar perbualan Sohee dan Hongbin sudah mencebikkan bibir. Huh, naik bas untuk tengok permandangan bandar konon.. 

 

Tiba-tiba lelaki itu tersedar kemunculan satu bayang-bayang disebelah bayang-bayangnya. Eh, siapa pula yang sedang berdiri depan aku ni? 

 

"Jadi betullah apa yang saya dengar kelmarin yang awak dah jadi cikgu di sekolah ni."tegur Seohyun dengan senyuman. 

 

"Eh, Seohyun! Selamat pagi."cepat-cepat lelaki itu bangkit dan berdiri di depan Seohyun dengan sengihan. 

 

"Selamat pagi juga. Kenapa awak tak bagitahu saya je kelmarin yang awak memang akan jadi cikgu kat sini?" 

 

Dongwoon menggaru belakang lehernya."Erm..sebab masa tu saya tak pasti yang saya diterima sebagai guru atau tak? Saya cakap betul ni. Maaflah, saya tak ada niat pun nak tipu awak." 

 

Sohee perasan butler-nya sedang berbual dengan seseorang. Oh..bukan ke itu perempuan cantik kelmarin? Siapa dia agaknya ya? Kekasih lamakah?,fikir gadis itu sambil melangkah pergi bersama Hongbin ke kelas mereka. 

 

"Yelah. Jom kita ke bilik guru. Saya nak tahu juga meja awak kat mana." 

 

Dongwoon memerhatikan Sohee yang sudahpun berjalan pergi bersama Hongbin lalu menghembus nafasnya perlahan. "Okey," 

 

 

SEPERTI yang dijanjikan,Dongwoon meminta pelajar kelas 5 Titanium termasuk Sohee menghantar lukisan yang dimintanya kelmarin. Berebut-rebut pelajar perempuan kelas itu menghantar lukisan mereka kepada guru kacak itu semata-mata untuk bertentang mata dengannya. Sohee pula menjadi orang terakhir menghantar lukisannya. Mencerlung saja mata lelaki itu memerhatikan Sohee. 

 

"Baiklah..sekarang cikgu nak ajar kamu semua jenis-jenis berus yang ada. Cikgu ada bawa berus untuk dijadikan contoh." 

 

"Cikgu, berus mekap pun boleh dijadikan berus lukisan ke?"tanya penolong ketua kelas yang bernama Irene. 

 

Dongwoon memegang dagunya."Tak pernah pula cikgu dengar berus mekap boleh dijadikan berus lukisan. Tapi tak mustahil kot kalau awak nak buat macam tu. Kenapa? Awak warnakan lukisan yang awak hantar kepada saya tadi dengan berus mekap ke? Entah-entah lukisan tu pun awak warnakan guna mekap tak?" 

 

Seisi kelas ketawa mendengar kata-kata guru kacak itu. Sohee hanya pura-pura ketawa. Dia tidak faham apa yang lawaknya tentang kata-kata Dongwoon. 

 

Selepas habis kelas lukisan, rehat pun tiba. Hongbin pun mengajak teman semejanya rehat bersama. Seperti yang dimaklumkan, mereka berdua sama-sama pelajar baharu dan belum punya kawan baru lagi. Bagi mereka, rakan sekelas yang lain kelihatan agak susah untuk didekati. Mereka asyik sibuk menelaah sahaja, bercakap dan berbual pun jarang. Memang kelas budak pandai. 

 

"Kita ni kan..sudahlah sama-sama pelajar baru, lepas tu langsung kita tak tegur pelajar kelas kita yang lain. Awak tak risau ke kalau kita dicop sombong?" 

 

Kata-kata Sohee membuatkan kening Hongbin bertaut. 

 

"Awak ingat saya tak cuba tegur mereka ke? Bila saya nak tegur mereka sibuk buat kerja sedangkan kerja sekolah yang cikgu bagi tidaklah banyak mana. Saya rasa mereka tak sukakan kitalah. By the way, kenapa awak cakap macam tu? Awak dah bosan berkawan dengan saya ke?"pemuda itu membuat muka sedih. 

 

"Eh..mana adalah, Hongbin. Saya cuma tanya saja.. Mm, i

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<