Cinta Salju 1

Cinta Salju

       Bunyi hujan renyai-renyai bersama dengan angin sepoi-sepoi bahasa memecah keheningan malam. Malam seakan-akan memahami nasib seorang anak yatim piatu yang sedang mengerengkot di bawah sebuah pokok untuk mengelakkan diri daripada basah dan menekan-nekan perut kecilnya yang sedang berkeroncong kerana telah beberapa hari tidak makan. Budak tersebut berjaya meneruskan nyawanya hanya dengan air-air paip dan lebihan makanan dia jumpa.

       Keesokan pagi, seorang lelaki yang baik hati telah terjumpa dengan anak yang malang itu lalu dibawa ke rumahnya atau yang lebih sesuai villanya. Lelaki yang penyayang tersebut bernama Oh Luhan. Sampai saja di villa tersebut, Puan Oh atau Yuri marah kepada suaminya.

" oppa. Apa benda yang oppa bawa tu? " Lalu Luhan yang sedang sibuk mendukung budak kecil tersebut kerana ingin menyiapkannya menjawab " ai, awak ni dah rabun ke apa? Saya bawa budak la " . Sambil mengekori suaminya dia menjawab " yalah saya tahu. Tapi, apa dia buat kat sini? kenapa oppa bawa BENDA busuk masuk dalam rumah ni," Panas telinga Luhan dengar perkataan benda terkeluar daripada mulut isterinya. " okay. firstly, buat pengetahuan awak, ni bukan benda tapi budak kecik. Yang kedua saya akan ambil budak ni jadi anak angkat dalam keluarga ni.. " Yuri pintas percakapan dia " tapi.. " Luhan menjeling isterinya baru dia kunci mulut " by hook or by crook, awak setuju ke tak setuju, budak ni akan jadi keluarga kita" . " tapi oppa.." " tak de tapi-tapi". Terus Yuri keluar dari bilik sambil menghentak-hentak kakinya. Yuri tahu, tiada gunanya bertekak dengan suaminya kerana dia akan kalah.

 

   Oh Luhan pun pergi ke bilik anaknya Sehun setelah selesai menyiapkan budak kecil tersebut. Luhan ketuk pintu tetapi tiada jawapan. Apabila kali ketiga tiada jawapan juga Luhan pun masuk ke dalam bilik tersebut. Dilihatnya Sehun sedang belajar. Ya Sehun seorang yang suka belajar dan sangat pandai tapi satu je yang tak sedap didengar iaitu sikapnya yang dingin bagaikan salju.

    Luhan pun pergi ke meja belajar anaknya. " Sehun, appa ada benda nak cakap sikit ni", Sehun hanya pandang tanpa berkata apa-apa. " Awak dah dapat seorang adik perempuan. Namanya EunMi. Appa harap awak boleh jaga EunMi baik-baik okay". Sehun cuma mengangguk saja dengan muka yang tak berminat. Baginya ada adik perempuan sangat menyusahkan.

 

 

p/s = waktu ni Sehun 15 tahun EunMi 6 tahun

p.s lagi = Luhan tau nama budak kecik tu EunMi sebab budak tu ada pakai gelang kaki yang ada nama EunMi *apakah rahsia disebalik gelang tersebut?*

 

            ^^ HAVE A NICE DAY, THANKS FOR SUBSCRIDE^^
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
esya97
#1
Chapter 13: nice story^^
AsyiA_MiZuki
#2
Chapter 13: yea happy ending .sya sangka eunmi akan mati ^_^
NurRahSyaXD #3
Chapter 12: Author-nim, jgnlah buat sad ending.. saya x sanggup nak nangis...
Syazwaniroslee #4
Chapter 12: Janganlah sad ending. T.T Eunmi jangan mati. TvT
IsJongin #5
Chapter 11: Hah? Eunmi keguguran?! Andwaeeee~ Sehunaaa~ Bwoya~
brontophobia
#6
Chapter 11: hohoho sehun ni minta kaki ni. tinggalkan je sehun tu eunmi