Cinta Salju 6

Cinta Salju

    EunMi terjaga apabila terdengar suara kuat Sehun yang mengejutkannya disertai dengan goncangan di badannya yang agak kasar. Cepat-cepat EunMi bangun dan kepalanya terasa agak pening kerana bangun terlalu cepat. " Hei, kau ingat kau sorang je ke yang penat? Semua orang penat okay. Dah cepat pergi naik kereta ". EunMi cuma mengangguk-angguk kecil sahaja. Kemudian EunMi mencari-cari Myungsoo. Namun, kelibatnya tidak kelihatan di mata EunMi. EunMi hampir terjatuh apabila dijerkah oleh suaminya. " Apa lagi yang kau tercari-cari tu? Dah jom". Sehun memarahi isterinya seraya mencengkam lengan EunMi untuk menariknya ke dalam kereta.

 

   Sampai sahaja di villa kediaman keluarga Oh, EunMi berjalagan lutut yang terketar-ketar. Kelihatan ramai ahli keluarga Oh sedang bersantai-santai. Tiba-tiba Sehun berbisik di telinga EunMi " Kau pergi tidur dalam bilik aku. Bahaya kalau ahli keluarga yang lain tahu " . EunMi cuma mengangguk-angguk kecil lantas menuju ke bilik yang dimaksudkan.

 

   Terketar-ketar tangan EunMi memegang tombol pintu tersebut. Berdebar-debar rasa hatinya membayangkan malam pertamanya. Seperti perempuan yang lain. EunMi juga mengimpikan malam pertama yang romantik dan memberi makna kepada kehidupannya. EunMi tertunduk seketika. Apakan daya. Impian hanya tinggal impian sahaja. Suaminya tidak mencintainya walau sekelumat pun. Namun, jauh di sudut hati kecil EunMi, dia berharap agar impiannya menjadi kenyataan walaupun perkara tersebut tidak akan terjadi.

 

    Bau haruman vanilla dan ros menusuk hidung EunMi sebaik sahaja dia membuka pintu. Sebaik sahaja EunMi membuka lampu,terpegun EunMi melihat keindahan bilik pengantin tersebut. Suasananya sangat romantik dan mencairkan hati perempuannya  dengan lampu yang berbentuk hati di dinding dan terdapat lilin berbentuk hati. Kelopak-kelopak bunga ros tersusun di atas lantai sehingga atas katil yang bercadar krim. Seolah-olah bunga ros tersebut merupakan laluan untuk ke katil. EunMi bagaikan bermimpi di alam nyata. Dicubit-cubit pipinya. Memang betul dia tidak bermimpi. EunMi berjalan dengan perlahan sehingga sampai ke katil sambil menikmati haruman bunga tersebut. EunMi terpaksa melompat sedikit untuk menaiki katil tersebut kerana kakinya yang pendk. Katil yang lembut dan empuk itu membuatkan mata EunMi yang sudah sedia berat menjadi lebih berat.

 

    EunMi telah bermimpi berjumpa dengan Myungsoo. Di dalam mimpinya mereka pergi ke amusement park. Habis semua permainan mereka cuba. Mereka bagaikan pasangan yang sangat bahagia. Tidak melepaskan tangan walau sedetik pun. Kedua-dua mereka sangat gembira. Kedua-duanya tersenyum dan bergelak ketawa sehingga menampakkan anak tekak mereka. Sangat bahagia. Ketika hendak berpisah, Myungsoo dan EunMi memandang mata ke mata sehingga turun ke hati. EunMi memeluk Myungsoo dengan erat sekali. Terasa sangat nyaman dan selamat. Seketika kemudian EunMi terasa dirinya ditarik dengan kasar daripada Myungsoo. Serta merta EunMi kenal suara orang yang menariknya itu kerana orang yang menariknya itu merupakan suaminya. Disebabkan kedegilan EunMi, Sehun terpaksa menarik dengan kuat lagi dan menyebabkan EunMi jatuh terjelepok. Dilihatnya Myungsoo sudah semakin jauh dan jauh dengan senyuman yang agak sedih terpapar di mukanya.

 

     EunMi terjaga dari tidurnya dan menangis teresak-esak sambil mulut kecilnya mengucapkan " oppa jangan pergi " berulang kali. Namun, suara kecilnya itu tidak didengar oleh Sehun. MElihat keadaan itu, Sehun terpaksa menahan kemarahannya buat sementara waktu kerana membuang masa dia memarahi EunMi jika budak tersebut tidak mendengar cakapnya. Sebenarnya Sehun yang menolak EunMi daripada katil tersebut kerana dia terlampau marah. Ya lah. Sehun menghias bilik itu untuk kekasih hatinya, bukannya untuk adiknya.

 

    Beberapa detik kemudian, EunMi baru tersedar ke alam nyata kembali. EunMi menggosok-gosok belakangnya yang sakit. Apabila menyedari kehadiran Sehun, EunMi cepat-cepat berdiri dan mencium tangan Sehun. Hal itu telah menyebabkan kepala EunMi agak berpusing sedikit. Namun, dikuatkan hatinya. Dengan suara yang kecil namun dapat didengari di dalam bilik yang sunyi itu, EunMi berkata " Sehun oppa, EunMi akan cuba jadi isteri yang terbaik dan sempurna untuk oppa. EunMi harap, oppa dapat terima kehadiran EunMi dalam hidup oppa ". Sehun mendiamkan diri kerana dia risau dia akan buat sesuatu yang akan menyakitkan isterinya itu. EunMi mengangkat mukanya untuk memandang suaminya. Kecut perut kecilnya melihat mata Sehun yang tidak terpapar sebarang emosi dan seperti sedang memberi amaran kepada EunMi melalui mata. Menggigil-gigil EunMi dibuatnya.

 

      Kemudian, EunMi merasa tangan hangat Sehun memegang dagunya dan memaksanya untuk memandang ke arah matanya. Pada mulanya EunMi melarikan matanya. Namun, apabila dia berasa tangan di dagunya memegang dengan lebih kuat, EunMi tiada pilihan lain. " kau dengar sini ya. Aku cakap sekali je. Perkahwinan ni tidak mempunyai apa-apa makna di mata aku. Jadi, jangan sesekali nak masuk campur urusan hidup aku. Aku tak kacau hidup kau, kau tak kacau hidup aku. And one more thing, jangan pernah mimpi nak tidur sebilik dengan aku lepas ni. Hari ni tak apa. nanti ada orang syak pula. Sebab aku tak ingin nak tidur dengan 'adik'. Jijik. Faham? aku cakap sekali je. Lepas ni, kalau kau banyak bunyi, siap kau aku kerjakan ". Sehun terus lepaskan dagu EunMi selepas itu. Terjelepok badan EunMi. Selepas itu, Sehun terus mandi lalu tidur tanpa mempedulikan badan kecil yang terjelepok di bilik sejuk itu.

 

    Menangis EunMi mengenangkan nasibnya. Terngiang-ngiang di telinganya perkataan suaminya tadi. Selama ini Sehun hanya tidak mempedulikan EunMi sahaja tidak pernah memarahinya. tetapi, mendengarnya melalui perkataan lebih menyakitkan hati kecil EunMi. Namun, cepat-cepat dikesat air matanya dan menahan dirinya daripada menangis kerana risau mukanya akan menjadi sembap pada esok hari dan akan menyebabkan salah faham kepada ahli keluarga.

 

 

          ______________________________________________________________________________________

 

 

thanks 4 subscride.. hehe

 

 

                                         HAVE A NICE DAY ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
esya97
#1
Chapter 13: nice story^^
AsyiA_MiZuki
#2
Chapter 13: yea happy ending .sya sangka eunmi akan mati ^_^
NurRahSyaXD #3
Chapter 12: Author-nim, jgnlah buat sad ending.. saya x sanggup nak nangis...
Syazwaniroslee #4
Chapter 12: Janganlah sad ending. T.T Eunmi jangan mati. TvT
IsJongin #5
Chapter 11: Hah? Eunmi keguguran?! Andwaeeee~ Sehunaaa~ Bwoya~
brontophobia
#6
Chapter 11: hohoho sehun ni minta kaki ni. tinggalkan je sehun tu eunmi