Cinta Salju 5 + hero baru

Cinta Salju

   EunMi ditinggalkan keseorangan di dalam bilik persalinan kerana Sehun terus bergegas keluar setelah selesai menukar pakaian. EunMi menangis kecil kerana mengenangkan nasibnya. Di dalam hatinya, dia pasrah dengan segala ketentuan tuhan. EunMi terkial-kial hendak membuka dress pengantin tersebut kerana tangannya yang agak pendek itu. Berpeluh-peluh EunMi yang cuba membuka zip dan butang di belakangnya. Kemudian, EunMi terjelepok terduduk. Badannya sangat letih. Hati dan perasaannya juga.

 

  Tanpa EunMi sedari, pintu biliknya terbuka. Seketika kemudian seorang lelaki menghulurkan tangannya. " Ai, kenapa princess menangis pada hari perkahwinannya? Ish Ish Ish " lelaki tersebut berkata sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. EunMi terkaku seketika kerana dia kenal sangat empunya suara tersebut. Suara lelaki yang pernah mencintainya suatu ketika dahulu. Bulat mata EunMi memandang lelaki tersebut. Mulut kecilnya terbuka sedikit. Lelaki tersebut tergelak kecil melihat reaksi comel EunMi.

 

   Tidak disangka perempuan pertama yang dicintainya telah berkahwin dengan adiknya setelah dia graduate di havard universiti untuk menjadi seorang lawyer terkemuka. Rindu bertandang di hatinya tatkala memerhatikan muka terkejut EunMi. " Kenapa? Ada orang ambil lidah awak ke, baby ? ". EunMi yang tidak dapat mengawal perasaannya terus mendakap erat tubuh lelaki tersebut sambil menangis teresak-esak. " Myungsoo oppa ".  Myungsoo menerima pelukan tersebut dengan hati yang terbuka. Myungsoo menggosok-gosok belakang EunMi sambil mengelus rambutnya. " Baby, oppa tahu la awak rindukan oppa. Tapi jangan lah menangis sampai macam tu sekali. Buruk rupanya. Muka dah comel, nangis macam ni pula. Shhh " Myungsoo membebel sambil mendodoi EunMi dengan lembut.

 

                                                                      ***

Ehhem ehhem . perkenalkan watak baru dalam cerita ni            MYUNGSOO/ L  (infinite)

 

Myungsoo merupakan abang kepada Sehun. Dia telah pergi menyambung pelajarannya di Havard University, satu institusi yang terkenal untuk sesiapa yang ingin menjadi lawyer atau peguam. Myungsoo juga mempunyai hati bak salju. Namun, Myungsoo berbeza dengan Sehun. Hatinya mudah cair terutamanya dengan EunMi. Myungsoo sayang sangat dekat EunMi. Baginya EunMi ialah adik dan kekasih hatinya kerana dia tidak pernah mencintai sesiapa sebagaimana dia mencintai EunMi. Myungsoo suka memberi EunMi teddy bear sewaktu dia kecil. Oh iya, Myungsoo tua setahun daripada Sehun. Bermakna dia tua 8 tahun daripada EunMi. Myungsoo meninggalkan Korea ketika berumur 18 tahun dan tinggal bersama neneknya di UK.

 

                             hehe .. Meet the cold ice hearted prince with his handsome and angelic feature

                                          During the wedding:)

                                                                       ****

Kembali kepada cerita..

 

  Tanpa disedari EunMi tertidur dalam pelukan Myungsoo. Myungsoo tersenyum sambil mengusap muka EunMi dengan lembut. Dia mengeluh " Apakan daya, kita tiada jodoh, EunMi ". Myungsoo telah merancang untuk melamar EunMi ketika dia pulang ke Korea sewaktu perkahwinan Sehun. Namun, tanpa disangka harapannya hancur berkecai apabila melihat EunMi yang naik ke aisle dan bercium dengan Sehun. Sepatutnya, EunMi menjadi milik Myunsoo bukannya Sehun.

 

 

                                                     HAVE A NICE DAY ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
esya97
#1
Chapter 13: nice story^^
AsyiA_MiZuki
#2
Chapter 13: yea happy ending .sya sangka eunmi akan mati ^_^
NurRahSyaXD #3
Chapter 12: Author-nim, jgnlah buat sad ending.. saya x sanggup nak nangis...
Syazwaniroslee #4
Chapter 12: Janganlah sad ending. T.T Eunmi jangan mati. TvT
IsJongin #5
Chapter 11: Hah? Eunmi keguguran?! Andwaeeee~ Sehunaaa~ Bwoya~
brontophobia
#6
Chapter 11: hohoho sehun ni minta kaki ni. tinggalkan je sehun tu eunmi